Pages

Saturday, October 11, 2025

Tampal seluar

💛 Tarikh: Selasa, 16  September 2025 💛

Setiap orang mesti ada baju kegemaran, atau seluar kegemaran. Padahal dalam almari, ada banyak helai boleh dipakai. Tapi suka juga pakai pakaian yang sama. Bila koyak, saya lah yang jadi tukang jahitnya. Bagus juga, jadi boleh manfaatkan mesin jahit. Kalau tidak, terbiar saja, diselaputi sarang labah-labah, mesin jahit itu. 🙈

Kalau koyakannya jenis kecil, boleh dicantum sahaja fabriknya. Jahit rapat. Tapi macamana kalau koyakannya, jenis berlubang-lubang halus, umpama fabrik seluar itu sudah hampir reput. Seluar lama, pakai, basuh, pakai, basuh. Lama-lama jadi nipis fabriknya. 

Jadi, kena tampal lah, bahagian yang koyak itu.

Tampal kain pada seluar, guna jarum peniti.
Tampal kain pada seluar, guna jarum peniti.

Ambil kain perca mana-mana. Tengok warna yang sesuai atau hampir sama dengan seluar. Gunting sekadarnya untuk menutup bahagian yang koyak. Semat dengan jarum peniti.

Jahit keliling kain.
Jahit keliling kain.

Jahit guna mesin jahit, keliling kain tampalan. Kalau nak lebih kuat, boleh jahit zig zag atas kain tampalan tu. Saya pada hari itu agak malas, jahit keliling sahaja.

Bahagian luar seluar.
Bahagian luar seluar.

Tak perfect. Tapi boleh la cover, bahagian yang koyak. 

Sudah siap tampal seluar koyak.
Sudah siap tampal seluar koyak.

Dua tampalan, siap dijahit. Seluar suami. Bukan saja cerewet membeli. Sudah banyak kali suruh beli seluar baru. Tapi suka bebenor pakai seluar yang sama. Siap! 

Jumpa lagi, ye. 💗

30 comments:

  1. Untung pandai jahit sendiri. Tak perlu upah orang dah.

    ReplyDelete
  2. Sy tak boleh lama² depan mesin jahit, pening dan sakit belakang. Maybe effect c-sec kot. Mesin jahit simpan je la huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kesian PH. Take care, ya.
      Tak lama pun jahit seluar ni. Kurang setengah jam, sudah siap.

      Delete
  3. Biasanya orang yang suka pakai begitu dia rasa selesa, tu pasal tak mau tukar lain walaupun banyak dalam almari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kak. Seluar yang selesa dipakai, susah dicari, suami saya kata.

      Delete
  4. kalau tampal pakai warna yg sama, okaylah lagi. tak nampak sangat kesan tampalan tu.
    kalau saya seluar yg koyak camni, beli baru jelah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kalau akak pun beli baru. Sebab macam bahaya kita pakai seluar kain yang nipis tu. Sekali buat squat, oh tidak...

      Delete
  5. Jimat tu..alhamdulillah..suami semakin sayang suri hati dia..saham akhirat tu..

    ReplyDelete
  6. Nanti bagi kejutan..seluar yang dirasakan sesuai pasti suami sambut dengan gembira ya..suatu masa ..

    ReplyDelete
  7. Orang lelaki kan makhluk yang ringkas... hehehehe

    ReplyDelete
  8. Ini yang selalu diajarkan ibuku. Kalau masih bisa diperbaiki, perbaiki dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... ibu ibu selalu ajar anak-anak berjimat, kan. 😁

      Delete
  9. Itulah saya dahulu ada seluar koyak nipis sebab dah haus buat cara begini tapi lepas itu tidak dapat diselamatkan sebab koyak banyak sangat.
    Hehe sebab seluar itu selesa yang suami Nur tidak mahu beli seluar baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, betul-betul guna hingga tidak dapat diselamatkan lagi tu, NA.
      Betul, seluar selesa agak susah ditemui, katanya.

      Delete
  10. kemas jahitannya. kalau cara gini kukuh sikit tampalan tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna mesin memang lebih kemas dan kuat. Insya-Allah.

      Delete
  11. Cuya seluar asik koyak kat bahagian tengah jahitan... Agak langkah Cuya ni besar amat agaknya... Malas betul nak jahit, tapi gigih gak jahit

    P.s- Bunga matahari Cuya macam tknk tumbuh je kak dah berbelas hari dh. Tkde rezeki la kot 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tergelak baca, malas betul nak jahit, tapi gigih gak jahit. Hehe.. jalan kecik-kecik Cuya, macam orang jepun pakai kimono, baru tak koyak kot. 😁
      Takpe. Adat dalam menanam. Kadang dia tumbuh, kadang takde rejeki. Jangan sedih, tau. Semua kan Allah yang tentukan.

      Delete
  12. Kalo pandai jahit bisa buat begini. Saya dulu pernah liat video di FB, ttg orang yg membuat kreasi baguuus sangat di baju2 dia yg robek. Adalah dibuat sulaman bunga, etc. tuhlaah kalo memang pandai jahit menjahit dan kreatifitas tinggi, bisa buat begitu 😅👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fanny. Akak pun ada tengok. Yang koyak, langsung dicover oleh sulaman bunga dan sebagainya. Tapi sebab ini seluar suami, takdelah akak nak buat. Hehe..

      Delete
  13. of coz ada..bukan x nak beli...maybe dah x jual dah yg mcm tu. so yg lama jugak sedap pakai kannn

    ReplyDelete
  14. Sama lah hubby ni, selagi boleh tampal dan jahit, akan dipakai lagi dan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. seluar feveret kan... mesti selesa.

      Delete
  15. Haha seluar dan baju yg dah ‘season’ lah yg plg best dipakai. Ammi ada baju tido yg dah terkoyak2 dileher tp itulah yg ammi basuh pakai basuh pakai. Sampai anak ammi cakap “daif sungguh ibu saya”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... sedap pakai ya, Ammi.. baju dah season. Saya dulu pun ada, bahagian leher dah serupa kelopak bunga, tak bulat dah. Sungguh daif rupa, tapi peduli apa, kan.. 😁

      Delete