💜 Jumaat, 19 September 2025 💜
Cerita tentang masak-masak lagi.
![]()  | 
| Ayam sweet sour | 
Atau ayam masak masam manis. Saya guna bahagian dada ayam sepenuhnya. Potong kecil-kecil. Saya juga tidak goreng dulu, ayamnya. Lepas tumis bawang dengan halia hingga naik bau, masuk semua sekali ayam bersama sos plum, sos cili, sos tiram dan air. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
Kemudian, saya masak lagi satu lauk. Hari tu, telan air liur saya, bila baca Sueann masak Sambal Goreng Jawa. Jadi, saya pun buat la.
![]()  | 
| Sambal goreng jawa. | 
Versi saya. Guna apa yang ada dalam peti ais. Ada tauhu pok, fucuk, suhun, tempe dan kacang gajus. Orang guna kacang tanah, saya guna kacang gajus. Itu jer yang ada. Takpe la. Sendiri juga mahu makan. Kacang gajus tu, suami saya pula yang tolong gorengkan. Sampai hitam, kau! Lantak pi. Masuk jer.
Alhamdulillah. Sedap la, pada tekak kami. Selera sungguh kami makan pada hari tersebut.
Saya ratah sambal goreng je. Tak makan nasi. Kenyang.
Sekian laporan masak-memasak pada hari itu.
Kome sudah makan ke belum? Makan apa hari ni?
Jumpa lagi, ye. 💗


Saya orang Jawa yang dah lama tak buat sambal goreng Jawa 😄
ReplyDeleteTapi kalau saya buat memang tak pernah letak kacang tanah.
Hehehe... oh ye ke. Saya pun pernah makan sambal goreng jawa ni, kadang ada letak kacang goreng, kadang takde.
DeleteTak pernah buat sambal goreng jawa.
ReplyDeletePernah makan, tak? Buat versi kita kita, je, Cie.
DeleteSedap tu sambal jawa Nur. Tak sabar nak balik kampung time raya, nak makan sambal jawa puas-puas.
ReplyDeleteDekat LD, susah nak cari bahan-bahannya, ya, kak, seperti tempe tu?
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteTerima kasih, Wak.
Deletebyk tauhu sambal jawa tu...sedap, ratah2 aje.....
ReplyDeleteHa ah, kak. Sedap, Alhamdulillah.
Deletemy fav..sambal goreng jawa tu..makan mcm tu je pun layannn
ReplyDeleteKannn..... 😋
DeleteSambal goreng jawa sedapnya, tak pernah buat.
ReplyDeleteSaya pun jarang-jarang buat. Ikut dalam buku resepi je.
DeleteSedapnya sambal goreng jawa tu! Kalau tak letak fuchuk tu takpw kan?
ReplyDeletefuchuk tu yang bagi sedap..hihihi...nikmat gigit dia kenyal2 gitu
DeleteHa, kak Linda dah tolong jawapkan tu, Mazni. Hehe.. ala, letak je la apa yang Mazni nak letak. Kita juga yang nak makan.
DeleteBetul cakap Linda tu. Sedap kan, ada fucuk.
alamak..macam tak pernah makan pula sambal jawa yang ada kacang tanah...selalu suun, pucuk, tempe, kacang panjang
ReplyDeleteEntah, Linda, akak rujuk buku resepi juga. Hehe...
DeleteSuka makan sambal jawa tapi tidak pernah buat. Hehe selalu dapat makan ketika kenduri atau masa beli nasi ambeng.
ReplyDeleteHa ah, kan. Kalau beli tu, saya dapat rasa sikit je, tak puas makan. Itu yang saya buat sendiri tu, NA.
DeleteSaya panggil sambal campak-campak. Masuk je apa yang ada kat dapur. Hasilnya lumayan. ðŸ¤
ReplyDeleteHehe... betul, betul. Masuk je apa ada dalam peti ais.
DeleteAgak beda dengan sambal goreng yang saya tahu di sini . Bisa jadi Krn saya orang Batak sumatera, jadi kalau masak sambal goreng biasanya pakai kentang, ati dan rempelo ayam.
ReplyDeleteSayang mama mertua yg orang Jawa dah tak ada. Kadang suka saya tanya dengan kuliner khas Jawa yg mama sering masak
Memang beza, sebab akak guna bahan yang ada dalam peti ais akak saja, Fanny. Tidak ikut resepi sambal goreng jawa yang asli.
Delete