💜 Selasa, 7 Oktober 2025 💜
Kami pernah sarapan di Kopi Padang Tembak, tapi masa tu, cafe di lokasi lama, iaitu Jalan Teluk Muruh, on the way ke Teluk Batik. Ini pertama kali kami mengopi di cafe ini di lokasi baru. Biasa nampak, sebab lokasinya di tepi jalan utama. Cuma, tak pernah singgah.
Pada hari itu, cuaca panas. Cari tempat melepak yang ada aircond. Jadi, itulah yang kami singgah ni.
Masuk saja dalam cafe, terus kami order di kaunter. Buat bayaran, dan cari tempat duduk. Waktu kami datang, tak ramai pelanggan dalam cafe.
![]()  | 
| Sejuk dalam cafe | 
Jumpa satu lagi port mengopi sejuk selain dalam mall.
![]()  | 
| Americano panas dan sejuk, tanpa gula. | 
Setia dengan americano. Saya kopi panas, suami kopi sejuk.
![]()  | 
| Saya pesan ayam grill | 
Ayam masak elok. Kulit garing. Dalam isi lembut dan masak sempurna. Tapi perapan ayam grill macam sedikit masin, bagi saya. Mungkin sebab saya ni sudah biasa makan benda tawar. Sos blackpepper diasingkan. Overall, okay, Alhamdulillah. 
![]()  | 
| Suami pesan spagetti bolognese with chicken chop. | 
Jumlah harga kopi dan makanan kami ialah RM61.
![]()  | 
| Quote of the Day | 
"Ikhlas itu ibarat gula dalam minuman...
Tak terlihat namun terasa manisnya."
Kopi tanpa gula menambah manis dalam senyuman. - Cafe Kopi Padang Tembak (CKPT)
Tak putus-putus pelanggan Kopi Padang Tembak ni. Pelanggan keluar, pelanggan masuk. Berbilang bangsa pula tu. 
![]()  | 
| Ambil gambar luar Kopi Padang Tembak | 
Boleh datang lagi lain kali, cuba menu lain pula.
Antara sajian cafe ini termasuklah pelbagai jenis kopi dan frappe, makanan western seperti chicken chop, fish and chips dan seangkatan dengannya, chicken croissant, roti bakar dan bagi bukan penggemar kopi, minuman teh pun ada. Menu nasi pun ada juga, contoh buttermilk chicken with rice dan black pepper beef with rice.
Alhamdulillah. Rezeki pada hari itu, dapat mengopi dan makan sedap di tempat yang sangat cozy.
Kopi Padang Tembak
Masa Operasi: Isnin hingga Sabtu 1 petang hingga 10 malam
Tutup setiap Ahad
Di bahagian atas cafe, ada event space boleh disewa, kapasiti 30-40 pax.
Alamat:  Kopi Padang Tembak, 2407, Taman Samudera, 32040 Seri Manjung, Perak.
Jumpa lagi, ye. 💗






Alhamdulillah dapat lepak sambil makan dan minum.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur, rejeki.
DeleteBest spend time berdua kan...healing kata orang sekarang...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ye, SA. Pekena kopi sambil makan sedap, nikmat.
DeleteAda rezeki, boleh lah singgah juga nanti
ReplyDeleteSila, sila, Linda. Tapi agak pricey sikit, makanannya.
DeleteSelamat mengopi Nur.
ReplyDeleteTerima kasih, kak. 😊
DeleteWah kalau dekat, saya mampir nih
ReplyDeleteSaya kan sangat suka dengan kopi
Menu dagingnya menggoda selera
Sesuai sangat bagi penggemas kopi, cafe ini. Alhamdulillah, Mas.
Deletetypo. penggemar
DeleteEnjoy you life, best nampak tempat minum yang menarik..Tahniah menang meneka di Blog Amie's
ReplyDeleteAlhamdulillah, Cikgu. Terima kasih, maklumkan pada saya, Cikgu. 😊
DeleteOrang Malaysia memang suka kedai2 kopi hipster macam ni. Kalau buka biz kedai kopi camni memang laku keras la.
ReplyDeleteKannn... banyak cafe hipster dibuka merata-rata.
DeleteKalau cuaca panas, pasti ramai singgah. Boleh sejukkan badan sambil minum-minum.
ReplyDeleteBetul. Orang cari tempat ada aircond je sekarang. Kalau open, panas laa.
DeleteBertambah lagi senarai cafe untuk KSarie siasat kalau tersinggah Manjung nanti. Quote of the day tuh comel sangat
ReplyDeleteHehe.. sila, sila, masuk list. Kann...
DeleteBest sbb laki bini geng mengopi... kalau sy ni bkn pengopi, husb je mengopi, selalunya sy akn mengeteh.. hihihi
ReplyDeleteOrait la tu. Boleh minum sama juga. Biasa sekarang banyak kedai kopi pun jual teh juga. Lama tak nampak Kakmim. 😊
DeleteMenarik tempatnya. Boleh mengopi dan makanan western macam ni, memang fav la.
ReplyDeleteItu la dia. Boleh repeat lagi lain kali.
DeleteChicken chop dengan ayam gril tu dua2 nampak sedap sangat Nur.....
ReplyDeleteYe, Mulan. Sedap, Alhamdulillah. Chicken chop tu besor portion.
DeletePresentation menarik dan rasanya sedap, boleh repeat lagi Nur :)
ReplyDeleteYe, PH. Insya-Allah.
Deletechicken chop dengan spageti wah sedap tu
ReplyDeleteSedap dan big portion juga, kak. Kami makan share. Alhamdulillah.
DeleteAduhai, wak dh xleh minum kopi.. huhu..
ReplyDeleteSalam Dr Lumut ye cikkak 😁
Ooo.. tak leh minum kopi, boleh minum teh.
DeleteHehe... ye, Wak.
Sayangnya agak jauh dr Ipoh yaa. Kalo di Ipoh saya datangi nanti pas November 😁. Sukaaa liat plating masakannya. Nampak sedap kak.
ReplyDeleteNah saya juga begitu. Banyak kali coba makanan terasa asin. Bisa jadi Krn saya dah terbiasa makan mengurangi garam
Dari Ipoh, lebih kurang 2 jam perjalanan ke Lumut, Fanny.
DeleteIya, bila stop sugar, deria rasa jadi lebih kuat. Makanya jika letak sedikit pun garam, sudah rasa cukup asin, kan.