Wednesday, October 22, 2025

Mengopi di Kopi Padang Tembak

💜 Selasa, 7 Oktober 2025 💜

Kami pernah sarapan di Kopi Padang Tembak, tapi masa tu, cafe di lokasi lama, iaitu Jalan Teluk Muruh, on the way ke Teluk Batik. Ini pertama kali kami mengopi di cafe ini di lokasi baru. Biasa nampak, sebab lokasinya di tepi jalan utama. Cuma, tak pernah singgah. 

Pada hari itu, cuaca panas. Cari tempat melepak yang ada aircond. Jadi, itulah yang kami singgah ni.

Masuk saja dalam cafe, terus kami order di kaunter. Buat bayaran, dan cari tempat duduk. Waktu kami datang, tak ramai pelanggan dalam cafe.  

Kopi Padang Tembak
Sejuk dalam cafe

Jumpa satu lagi port mengopi sejuk selain dalam mall.

Americano panas dan sejuk, tanpa gula.
Americano panas dan sejuk, tanpa gula.

Setia dengan americano. Saya kopi panas, suami kopi sejuk.

Ayam grill Kopi Padang Tembak
Saya pesan ayam grill

Ayam masak elok. Kulit garing. Dalam isi lembut dan masak sempurna. Tapi perapan ayam grill macam sedikit masin, bagi saya. Mungkin sebab saya ni sudah biasa makan benda tawar. Sos blackpepper diasingkan. Overall, okay, Alhamdulillah. 

Spagetti bolognese with chicken chop Kopi Padang Tembak
Suami pesan spagetti bolognese with chicken chop.

Jumlah harga kopi dan makanan kami ialah RM61.

Quote of the Day Kopi Padang Tembak
Quote of the Day

"Ikhlas itu ibarat gula dalam minuman...
Tak terlihat namun terasa manisnya."

Kopi tanpa gula menambah manis dalam senyuman. - Cafe Kopi Padang Tembak (CKPT)

Tak putus-putus pelanggan Kopi Padang Tembak ni. Pelanggan keluar, pelanggan masuk. Berbilang bangsa pula tu. 
Kopi Padang Tembak
Ambil gambar luar Kopi Padang Tembak

Boleh datang lagi lain kali, cuba menu lain pula.

Antara sajian cafe ini termasuklah pelbagai jenis kopi dan frappe, makanan western seperti chicken chop, fish and chips dan seangkatan dengannya, chicken croissant, roti bakar dan bagi bukan penggemar kopi, minuman teh pun ada. Menu nasi pun ada juga, contoh buttermilk chicken with rice dan black pepper beef with rice.

Alhamdulillah. Rezeki pada hari itu, dapat mengopi dan makan sedap di tempat yang sangat cozy.

Kopi Padang Tembak

Masa Operasi: Isnin hingga Sabtu 1 petang hingga 10 malam
Tutup setiap Ahad

Di bahagian atas cafe, ada event space boleh disewa, kapasiti 30-40 pax.

Alamat:  Kopi Padang Tembak, 2407, Taman Samudera, 32040 Seri Manjung, Perak.

Jumpa lagi, ye. 💗

33 comments:

  1. Alhamdulillah dapat lepak sambil makan dan minum.

    ReplyDelete
  2. Best spend time berdua kan...healing kata orang sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ye, SA. Pekena kopi sambil makan sedap, nikmat.

      Delete
  3. Ada rezeki, boleh lah singgah juga nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, Linda. Tapi agak pricey sikit, makanannya.

      Delete
  4. Wah kalau dekat, saya mampir nih
    Saya kan sangat suka dengan kopi
    Menu dagingnya menggoda selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat bagi penggemas kopi, cafe ini. Alhamdulillah, Mas.

      Delete
  5. Enjoy you life, best nampak tempat minum yang menarik..Tahniah menang meneka di Blog Amie's

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Cikgu. Terima kasih, maklumkan pada saya, Cikgu. 😊

      Delete
  6. Orang Malaysia memang suka kedai2 kopi hipster macam ni. Kalau buka biz kedai kopi camni memang laku keras la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... banyak cafe hipster dibuka merata-rata.

      Delete
  7. Kalau cuaca panas, pasti ramai singgah. Boleh sejukkan badan sambil minum-minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Orang cari tempat ada aircond je sekarang. Kalau open, panas laa.

      Delete
  8. Bertambah lagi senarai cafe untuk KSarie siasat kalau tersinggah Manjung nanti. Quote of the day tuh comel sangat

    ReplyDelete
  9. Best sbb laki bini geng mengopi... kalau sy ni bkn pengopi, husb je mengopi, selalunya sy akn mengeteh.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait la tu. Boleh minum sama juga. Biasa sekarang banyak kedai kopi pun jual teh juga. Lama tak nampak Kakmim. 😊

      Delete
  10. Menarik tempatnya. Boleh mengopi dan makanan western macam ni, memang fav la.

    ReplyDelete
  11. Chicken chop dengan ayam gril tu dua2 nampak sedap sangat Nur.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Mulan. Sedap, Alhamdulillah. Chicken chop tu besor portion.

      Delete
  12. Presentation menarik dan rasanya sedap, boleh repeat lagi Nur :)

    ReplyDelete
  13. chicken chop dengan spageti wah sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan big portion juga, kak. Kami makan share. Alhamdulillah.

      Delete
  14. Aduhai, wak dh xleh minum kopi.. huhu..
    Salam Dr Lumut ye cikkak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. tak leh minum kopi, boleh minum teh.
      Hehe... ye, Wak.

      Delete
  15. Sayangnya agak jauh dr Ipoh yaa. Kalo di Ipoh saya datangi nanti pas November 😁. Sukaaa liat plating masakannya. Nampak sedap kak.

    Nah saya juga begitu. Banyak kali coba makanan terasa asin. Bisa jadi Krn saya dah terbiasa makan mengurangi garam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Ipoh, lebih kurang 2 jam perjalanan ke Lumut, Fanny.
      Iya, bila stop sugar, deria rasa jadi lebih kuat. Makanya jika letak sedikit pun garam, sudah rasa cukup asin, kan.

      Delete