💜 Tarikh: Rabu, 27 Ogos 2025 💜
Kadang-kadang berkebun juga, bila cuaca tidak hujan. Selalunya, cabut rumput dalam pasu, atas tanah, menebas, trim pokok, membaja atau menyembur insect repellent.
Kalau ada benda menarik, saya ambil gambar.
![]()  | 
| Bunga ros kuning | 
Pokok ros kuning ni, suka keluar bunga secara berjemaah. Bila satu keluar, ada je beberapa rose bud atau putik yang akan muncul. 😍
![]()  | 
| Cabang kaktus baru keluar | 
Kepala kaktus sudah hilang, angkara beruk. Ada saya cerita di entri ini. Hidup juga batang kaktus ni. Nasib baik saya tak cabut keluar dari pasu.
Itu sajalah perkembangan terbaru pada hari tersebut.
Walaupun tak banyak benda menarik berlaku, tapi saya catat jugalah di blog, untuk rujukan saya.
Baiklah.
Jumpa lagi, ye. 💗


Rajin cerita apa yang Nur buat. Saya ini tulis apa yang nak sahaja.
ReplyDeleteRajin juga Nur ambil gambar.
Bila catat, boleh tahu progress pokok, berapa banyak tumbesaran, kalau nak refer kemudian hari.
DeleteHaha.. suka, ambil gambar benda cantik dan gumbirakan hati, NA. 😊
Bunga ros ni kadang susah juga nak tanam dan kuar bunga. Tapi bila berkembang terasa hati pun berkembang sama. hehehe
ReplyDeleteBetul, kak Notie. Happy tengok bila keluar bunga. 🥰
DeleteCantiknya ros kuning...kalau nak tau SA memang suka ros kuning...dari zaman budak2 lagi....cantik sanagt pada pandangan SA... Ros kuning lambang Kesetiaan
ReplyDeleteBetul tu, SA. Wah.. dari zaman budak lagi ya, suka. Memang ros kuning ni, agak jarang keluar bunga. Warna dia pun, ada tone kuning gelap dan cerah pada kelopaknya, itu yang buat cantik kita tengok.
DeleteCantiknya bunga ros warna kuning. Semoga tunas kaktus yang baru tumbuh berjaya bertahan hidup
ReplyDeleteDah semakin besar cabang baru kaktus tu. Alhamdulillah.
Deletecantiknya ros kuning. saya ada ros merah aje
ReplyDeleteRos semua cantik, tak kira warna apa pun.
DeleteML sekarang pun baru nak bercucuk tanam. Habis tanah belakang rumah ML gembur since last month. Plan nak tanam pokok yang memang pakai mcm bawang, ulam-ulam, cili etc.
ReplyDeleteSelamat bercucuk-tanam, Mak Lin. Salam kenal, terima kasih, singgah blog saya.
DeleteDiapakan lah oleh beruk kaktus tuh yaa. Kan berduri 😅😅😅.
ReplyDeleteJadi tahu saya macam mana kaktus menumbuhkan daun yg baru 😍
Sebab sebelum ini, kepala pokok kaktus itu berwarna merah, Fanny. Mungkin cik nyet ingat sayur atau makanan.
DeleteAkak pun baru tahu, ia boleh tumbuh cabang baru dari badan induk begitu.
Indahnya, mawar kuning....
ReplyDeleteIya kan... cantik dipandang.
Delete