Bercerai badan - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, August 21, 2025

Bercerai badan

 Tarikh: Ahad, 27 Julai 2025

Bahagian atas pokok kaktus tu, dah tercabut. Dipercayai, kerja menatang beruk. Tak nampak semasa kejadian. Cuma perasan semasa nak siram pokok.

Kepala kaktus tercabut dari badan kaktus
Kepala kaktus tercabut dari badan kaktus.

Ada bekas gigitan juga. Walaupun berduri, tapi mungkin beruk ingat, boleh makan kot. Itu yang dia gigit. Lepas tu, dia cabut.

Saya tak tahu sama ada badan kaktus tu, boleh tumbuh kepala baru ke tak, kalau saya biar saja begitu. Yang merah tu, saya dah buang. Sekarang tinggal badan kaktus sahaja.

Nampak sangat beruk kebulur. Dia ingat bahagian merah tu, buah epal kecil kot. Hai... entahlah. Benda ada duri pun dia boleh nak makan. Saya pernah share gambar semasa pokok ini masih sihat di entri ini 👉 Anak dan buah kaktus

Oh, saya baru tanya chatGPT. Boleh tumbuh. Nasib baik saya belum cabut lagi badan kaktus dari tanah. 😊

Orait. Jumpa lagi. 💗

6 comments:

  1. Alaaaaa...patah dah...awak kamu beruk...biasa ye....

    ReplyDelete
  2. Beruk cik nyeh ni apa saje kalau boleh di makannya. Kat kampung kelapa jadi lawas sebab yang muda-muda dia makan jadi mana nak datang yang tua kalau yang muda dah habis dia rembat. Sabor je lah

    ReplyDelete
  3. ala sayangnya kaktus tu.. dah la lambat dia nak membesar.. suka2 ati je dia ngap.. - -'

    ReplyDelete
  4. Alaaa sayangnya. Betul pernah baca, kaktus tu boleh tumbuh balik.

    ReplyDelete
  5. Kaktus tahan lasak..nanti dia tumbuh balik..

    ReplyDelete