Pages

Friday, October 3, 2025

Update aktiviti berkebun

💜 Tarikh: Rabu, 27 Ogos 2025 💜

Kadang-kadang berkebun juga, bila cuaca tidak hujan. Selalunya, cabut rumput dalam pasu, atas tanah, menebas, trim pokok, membaja atau menyembur insect repellent.

Kalau ada benda menarik, saya ambil gambar.  

Bunga ros kuning
Bunga ros kuning 

Pokok ros kuning ni, suka keluar bunga secara berjemaah. Bila satu keluar, ada je beberapa rose bud atau putik yang akan muncul. 😍

Cabang kaktus baru keluar
Cabang kaktus baru keluar 

Kepala kaktus sudah hilang, angkara beruk. Ada saya cerita di entri ini. Hidup juga batang kaktus ni. Nasib baik saya tak cabut keluar dari pasu. 

Itu sajalah perkembangan terbaru pada hari tersebut. 

Walaupun tak banyak benda menarik berlaku, tapi saya catat jugalah di blog, untuk rujukan saya.

Baiklah.

Jumpa lagi, ye. 💗

16 comments:

  1. Rajin cerita apa yang Nur buat. Saya ini tulis apa yang nak sahaja.
    Rajin juga Nur ambil gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila catat, boleh tahu progress pokok, berapa banyak tumbesaran, kalau nak refer kemudian hari.
      Haha.. suka, ambil gambar benda cantik dan gumbirakan hati, NA. 😊

      Delete
  2. Bunga ros ni kadang susah juga nak tanam dan kuar bunga. Tapi bila berkembang terasa hati pun berkembang sama. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kak Notie. Happy tengok bila keluar bunga. 🥰

      Delete
  3. Cantiknya ros kuning...kalau nak tau SA memang suka ros kuning...dari zaman budak2 lagi....cantik sanagt pada pandangan SA... Ros kuning lambang Kesetiaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, SA. Wah.. dari zaman budak lagi ya, suka. Memang ros kuning ni, agak jarang keluar bunga. Warna dia pun, ada tone kuning gelap dan cerah pada kelopaknya, itu yang buat cantik kita tengok.

      Delete
  4. Cantiknya bunga ros warna kuning. Semoga tunas kaktus yang baru tumbuh berjaya bertahan hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah semakin besar cabang baru kaktus tu. Alhamdulillah.

      Delete
  5. cantiknya ros kuning. saya ada ros merah aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros semua cantik, tak kira warna apa pun.

      Delete
  6. ML sekarang pun baru nak bercucuk tanam. Habis tanah belakang rumah ML gembur since last month. Plan nak tanam pokok yang memang pakai mcm bawang, ulam-ulam, cili etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercucuk-tanam, Mak Lin. Salam kenal, terima kasih, singgah blog saya.

      Delete
  7. Diapakan lah oleh beruk kaktus tuh yaa. Kan berduri 😅😅😅.

    Jadi tahu saya macam mana kaktus menumbuhkan daun yg baru 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab sebelum ini, kepala pokok kaktus itu berwarna merah, Fanny. Mungkin cik nyet ingat sayur atau makanan.
      Akak pun baru tahu, ia boleh tumbuh cabang baru dari badan induk begitu.

      Delete