Assalamualaikum, semua...
Hari ini adalah hari ke-364 pada tahun ini. Tahun baru menjelang tiba. Ramai yang ambil cuti pergi jalan-jalan. Hati-hati di jalanraya ya, bila memandu.
Pada 17 Disember 2025 yang lepas, saya dan suami pergi mengopi di tempat kegemaran kami, iaitu 989 Kopi, Lumut.
Tapi mungkin nak kena keluarkan dari senarai port mengopi feveret kot. Sebab cawan americano panas dia sudah mengecil.
![]() |
| Sudah minum separuh baru ingat nak ambil gambar. |
Suami saya minum latte ais dan saya americano panas. Saya tegur adik barista tu, "Aik.. dah guna cawan baru."
"Ye kak," dia jawap sambil tersenyum.
Hmmm... saya sedikit old fashion. Pada pendapat saya, kopi panas seharusnya dihidang dalam cawan, bukan gelas kecil seperti di atas. Pemegang pun tak ada. Agaknya itu pasal dia buat americano saya suam pada hari itu. Kalau panas melebor, macamana nak minum? Sedangkan saya suka hirup kopi panas sikit-sikit dari cawan. Entahlah. Tak tahu nak cakap. Sebelum ini, mereka hidangkan minuman panas dalam cawan berpiring. Boleh klik entri lama-lama saya, banyak kali saya share mengopi di sini.
Kalau malas basuh cawan, letak dalam take-away cup pun takpa, untuk minuman panas. Ini, buat americano panas dalam gelas kecil? 😕
![]() |
| Order pizza juga |
Nasib baik chicken pepperoni pizza dia sedap. Datang petang selepas pukul 6, ada menu pizza ini. Pizzanya dibakar dalam tempat grill yang bertutup. Gebu je dia punya crust. 😋
Itulah last kami mengopi di 989 Kopi. Tak pergi dah. Kalau tak seminggu, ada sekali pergi. Tak puas minum kopi dalam gelas cinonet. Baik buat kopi di rumah saja.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗


Pizza nampak sedap! Lapar pula rasa
ReplyDeleteMemang sedap pizzanya, Cuya.
DeletePizza sedap ok la dapat sejukkan hati.
ReplyDeleteYe, Cie.
DeletePizza tu sedapnya
ReplyDeleteMemang sedap, Mulan. Alhamdulillah.
DeletePizza tu nampak gebu gebas. Kebetulannya belum makan dari pagi. Jadi extra kelaparan tengok gambo pizza tu
ReplyDeleteHehe.. sila cari pizza, KSarie. 😁
DeleteSusah tiada pemegang cawan. Harga sama eh?
ReplyDeleteYe, harga sama.
DeleteAlaa dapat yg suam ni spoil mood pula kan ..
ReplyDeleteYe la, CCL, kurang kick.
DeleteSekecil gelas espresso tak ? Memang tak suka juga kalau kopi hitam dibuat dalam cawan begitu. Susah nak minum kalau panas kan.
ReplyDeleteBesar sikit saja dari gelas espresso, Fanny. Betul. Mungkin sebab itu dia buat kopi kakak suam.
Deletesusah la nak minum kopi panas dalam gelas yg takde pemegang camni..
ReplyDeleteBetul, Mazni.
Delete