Monday, December 1, 2025

Rasmi but baru

 Ada satu hari tu, waktu saya berkebun, sedang menebas dan mengemas satu kawasan yang semak dengan rumput panjang. Saya cabut rumput dan kumpulkan satu tempat. Tiba-tiba rasa macam ada benda merayap atas kaki saya. Benda kecil berkaki banyak.

Ulat gonggok (millipede)
Ulat gonggok (millipede).

Serentak dengan itu, sebelah kaki saya naik ke atas menyepak di udara, dengan harapan ulat gonggok itu akan melantun terbang. Haa, lega dah tak ada. Eeee.... kalau kita penyetkan dengan kayu, akan keluar bau busuk tau, ulat gonggok jenis ini. 

Bukan ulat gonggok je, kadang ada jumpa lipan juga, kalau angkat pasu atas tanah. Ulat bulu pun ada, yang kecil, yang besar. Cuma kadang kita tak perasan je. Suami sudah lama suruh saya pakai kasut but waktu berkebun. Cuma saya malas nak beli. Tapi sejak ulat gonggok itu naik atas kaki saya, saya pun pergilah beli sepasang but berkebun di kedai Pusat Pakaian Sin Chow. Sebab pernah nampak situ ada jual, dia letak depan kedai saja. Nasib baik ulat gonggok kan, kalau dibuat benda berbisa naik atas kaki, tak tahulah.

Sandal berkebun nak putus
Sandal pakai berkebun pun dah nak putus.

Sebelum: Inilah sandal berkebun saya. Lama beli sandal ni. Tahan dah bertahun-tahun.

But berkebun baru
Taraaaa....

Selepas: But berkebun saya.

Suami suruh saya beli yang tinggi, boleh sampai ke betis itu, supaya air tak boleh masuk, katanya. Air apa pula nak masuk? Bukannya saya berkebun dalam sawah padi. Jadi saya ambil yang ketinggian but lebih sikit dari buku lali. Ok lah ni. Dapat melindungi kaki saya. Kadang rasa macam too much pun ada. Padahal berkebun di rumah saja. Padahal kebun sekangkang kera je. 😁 Tak apalah, for safety reason.

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗

26 comments:

  1. Awak berkebun pakai but, saya morning walk pun pakai but paras betis tau 😄
    Sebab pernah terserempak ular, jadi lebih selamat pakai but. Rumah dekat dengan hutan, ada macam-macam benda tersembunyi di balik rumput.

    Rumah saya pun banyak ulat gonggok gini, bila sapu terus keluar bau tak sedap tu. Menyampah betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie memang patut pakai but, sebab Perlis banyak ulor. Jaga² morning walk tu ya, Ujie.
      Kann.. dari ulat bau busuk ni, baik ulat gonggok merah kecik yang bila kita usik, dia bergulung tu. Yang itu, takde bau busuk.

      Delete
  2. Ni spesis ulat gonggok juga ye. Baru tahu ada keluarkan bau dia. Bahaya kalau ada lipan tu. Sampai uzur sandal Kak Nur pakai berkebun. Safety first kak Nur, elok sangat tu pakai but. Tak kisahlah berkebun di rumah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Fizah, famili ulat gonggok juga. Alah membeli menang memakai, sandal pink itu. Nasib baik dah koyak, sayang juga dah pakai bertahun.

      Delete
  3. Kalau SA x tau la dah melompat or lari bagai x cukup tanah ni...pernah ulat gonggok besar yang kita jumpa dalam hutan tu masuk dalam baju kelawar SA..elok dia bergulung kat area paha...masa tu kat rumah lama SA...musim hujan kalau x salah...sejak tu takut ngan ulat gonggok ni...meremang bulu roma kalau nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kalau ulat gonggok hutan yang besor tu, saya pun takut, SA.

      Delete
  4. dekat rumah pun macam2 ada...lagipun tempat serangga2 tu kat luar rumah...takpe kak, pakai untuk safety.. hihihi

    ReplyDelete
  5. Okay la tu Nur, utk keselamatan.
    Sy pun baru ni beli sarung tangan kebun tu. Sebelum² ni naked hands je cabut rumput or semai benih² pokok. Rasa teringin pulak nak pakai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah PH, memang perlu pakai gloves bila bercucuk-tanam. Cabut rumput tak pakai gloves, boleh sakit tangan, lagi-lagi kalau rumput jenis degil dan tebal.

      Delete
  6. Betul tu, kalau kita penyekkan ulat gonggok tu mst ada keluar bau tu kan? kelakar pulak cadangan en suami tu, dia sayang la tu takut isteri tersayang cedera ke apa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau kurang menyenangkan itu, kan kakmim.
      Hehe... ye, ye.

      Delete
  7. cantik sandal tu hihi.. ok lah pakai but bila berkebun, untuk safety. selain menatang kecik, ada kayu tajam or kaca., mana tau kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Encik. Malang tidak berbau, orang kata. Kita ambil langkah berjaga-jaga.

      Delete
  8. Hehe sayapun ada but paras betis masa tolong Abah tanam kebun pisang lereng bukit. Hehe betul rasa selamat sedikit hendak memijak tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, NA pun ada but. Baguslah pakai semasa di kebun pisang. Kann.... lindungi kaki kita.

      Delete
  9. Memang seram kali liatnya, kakinya banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram tu, tidaklah, cuma geli saja, bila dia naik atas kaki kita.

      Delete
  10. Bagus ada but. Dapat elak dari kena serangga berbisa atau terpijak objek tajam.

    ReplyDelete
  11. Rupa sandal berkebun itu menunjukkan tuannya memang aktif di kebun!
    Jumpa kaki seribu ye Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu... bertahun-tahun pakai, kak. Itu yang udah rupa macam itu.
      Itulah, selalu sangat jumpa menatang kaki seribu semenjak dua menjak ni.

      Delete
  12. Betuuul, untuk keamanan kita juga kak. Kadang adaaa saja hewan2 yg buat geli jumpa di kebun. Tp yg saya takutkan memang macam lintah atau ular 🤣🤣. Cacing juga saya takut 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kebun akak tak ada lintah, Fanny. Ular sekali saja dulu, itu pun dia lalu sahaja. Cacing memang banyak, tapi dalam tanah. Tak perlu takut.

      Delete
  13. Tengok but ni teringat but Phua Chu Kang😅KSarie geli geleman kalau terjumpa ulat gonggok dan seumpama dengannya dekat pasu yang sekupang dua itu. Semoga dengan ada but baru akan lebih bersemangat untuk berkebun💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, sebab warna kuning ye, KSarie. Insya-Allah. Saya cuba. 🤗

      Delete