Thursday, December 18, 2025

Tiada rotan, Akar pun berguna

Assalamualaikum, semua... harap hari anda hari ini ceria dan anda sihat sejahtera. Semoga dipermudahkan urusan dan tabah pada mereka yang diuji dengan ujian banjir sekarang ini.  

Pada 5 Disember 2025 yang lepas, kami buat pencarian cendol. Sebelum itu, ada baca di beberapa blog, teman bloggers pergi menyendol. Saya pula, rasanya dah bertahun tak makan cendol. Jadi, saya dan suami pun pergi ke tempat yang ada jual cendol. Kedai cendol pertama tutup. Pergi tempat seterusnya, pun tutup! Pergi lagi satu tempat, tutup juga, kome, walaupun google cakap buka. Hari Kedai Cendol Tutup Sedunia kot, pada hari Jumaat itu. Last-last kami pergi Aicha saja.

Oh, sebelum itu, saya baru balik dari temujanji hospital, jumpa doktor. Keputusan ujian darah berkala semakin membaik, walaupun belum normal. Alhamdulillah. Jadi, tiba-tiba rasa nak celebrate la. Celebrate makan benda manis. Hehe... aje gatei, orang Perak cakap.

Sunday Mango dan vanilla cone di Aicha
Tadaaaa.... 

Pernah sekali beli aiskrim Aicha ini, dulu. Kali ini, kami tak bungkus. Kami makan di dalam kedai. Sunday Mango untuk saya, harga RM5. Aiskrim cone vanilla untuk suami, RM1.99.
Ada seorang saja pelanggan yang sedang duduk di meja selain kami. Itu pun, air dia dah habis, tengah buat kerja guna laptop. 

Sunday Mango di Aicha
Nikmatnya! ๐Ÿ˜‹

Gambar close-up sunday mango yang sedap. Terasa jeli perasa mangga di setiap suapan aiskrim vanilla. Masya-Allah... lega rasanya, setelah sekian lama tidak menikmati benda manis. (ye la tu kan.. semalam ko dah makan brownie sejibik). 

Kami suami dan isteri sedang menikmati aiskrim Aicha
Selpiaq sekeping. 

Syok juga makan aiskrim di kedai, sebab tempatnya sejuk dan tidak ramai orang. Alhamdulillah. Sekali-sekala boleh la melayan. 

Tajuk entri bukan main lagi kan. Peribahasa tiada rotan, akar pun berguna membawa maksud sesuatu perkara yang dihajatkan, sekiranya tidak diperolehi, memadai dengan apa yang ada. (Sila baca penerangan peribahasa ini dengan membayangkan gaya ala ala pemberita TV3 dulu, Karam Singh Walia).

Baiklah. Jumpa lagi, ya. ๐Ÿ’—

41 comments:

  1. Hahahah..
    Cendol ❎
    Aiskrim ✅

    Tiada cendol aiskrim pun bolehhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... lain kali je la kita try cari cendol lagi sekali.

      Delete
  2. wah sebut pasal karam singh walia dia pi mana ye tak pernah tahu cerita dia sekarang. Aiskrim mango mengoda sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada google. Dato Karam Singh Walia sudah kurang sihat sekarang. Umur 66 tahun.

      Delete
  3. Alhamdulillah, berita baik pasal check up ๐Ÿคฒ๐Ÿป
    Takde cendol, aiskrim pun berguna. Sedap dua² tu

    ReplyDelete
  4. Fav anak-anak aiskrim ni, maknya layan jugak aiskrim kekadang... tp mkn dgn encik suami mmg lagilah layan.. bonding time kan... xde cendol aiskrim pun on... hehehe

    ReplyDelete
  5. Kihkihkih…lain macam penggunaan peribahasa ni.

    ReplyDelete
  6. Oh peribahasa rupanya. First time dengr.
    Tula blogger lain semua up pasal cendol kan. Dah satu keje nak mencari cendol hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ha ah, peribahasa.
      Teringin kan, bila orang dok share makan cendol.

      Delete
  7. Uncle pun dah angkat-angkat tangan macam Karam Singh Walia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeh... Hik hik! Seronok betul tengok gaya Karam Singh Walia dulu, kan, uncle.

      Delete
  8. Tak perasan pula Aicha ni. Nampak sedap ice cream tu.

    ReplyDelete
  9. Jadi teringat baru-baru ini juga saya makan es krim sundae mango nya mixue seger banget

    ReplyDelete
  10. Alahai, saya baca cerita awak nie pada jam 2.36 pagi.. aigooo mana nak cari aiskrim pepagi buta nie sebab tetiba rasa craving aiskrim plak... hihihi

    ReplyDelete
  11. Dah lama x makan benda manis sekali dapat csria hidup kan Nur....mana plak nak cari Aicha kat Seremban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SA. Takde Ai-cha, Mixue pun boleh. Lebih kurang je.

      Delete
  12. Keliru Aicha dengan kedai lagi satu apatah. Ada lalu kedai kata ini ke dahulu Nur pernah cuba aiskrimnya. Haha.
    Cendol tengah naik eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mixue. Ha ah, yang saya pernah share dulu, Ai-Cha la.
      Hehe.. berjangkit dari kawan² bloggers. ๐Ÿ˜

      Delete
  13. Alhamdulillah. Semoga Nur sentiasa sihat. Lama juga saya tak menyendol dan makan aiskrim. Nantilah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. ๐Ÿคฒ terima kasih, kak.
      Hehe.. kak Amie lagi best, dapat mengembara ke negara orang.

      Delete
  14. Suka kan dengar cara percakapan Karam Singh Walia. Sedapnya Sundae Mango. Moga Nur sentiasa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kadang peribahasa dia guna, kita tak pernah dengar pun. ๐Ÿ˜Š
      Aminn... ๐Ÿคฒ Terima kasih, Mulan.

      Delete
  15. jauh betul cendol bertukar jadi aiskrim tu. yg penting murah kan hehehe

    ReplyDelete
  16. Hahahahah langsung teringat gaya tangan Karam Singh Walia setiap kali dia berpantun๐Ÿ˜…Nampak molek pula aiskrim Achia tuh. Cuaca pun tengah panas lit-lit, molek makan aiskrim kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. kenangan dulu tengok berita.
      Betul, nikmat pekena aiskrim time cuaca panas ni.

      Delete
  17. Terbayang sedapnya eskrim dengan jelly manggo ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ.

    Saya juga sukaaa sangat cendol. Kalau di JKT jarang makan. Tapi tiap mudik ke solo, kampung suami, selalu beli. Kalau di Jawa tengah sebutannya bukan cendol, tapi dawet.

    Orang2 sumatera sebutnya sama macam Malaysia, cendol juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Fanny. Dawet. Belajar perkataan baru dari Fanny hari ini. Wah.. rupanya sana pun ada cendol. Baru tahu ni.

      Delete
  18. Sekali sekala tak salahkan rewards diri dgn benda² manis macam ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, CCL. Tiba² rasa nak pergi brisk walk esok. Sudah 2 hari tak beriadah. Aduhh..

      Delete
  19. Sekali sekala tak salahkan rewards diri dgn benda² manis macam ni ..

    ReplyDelete