Assalamualaikum, semua... harap hari anda hari ini ceria dan anda sihat sejahtera. Semoga dipermudahkan urusan dan tabah pada mereka yang diuji dengan ujian banjir sekarang ini.
Pada 5 Disember 2025 yang lepas, kami buat pencarian cendol. Sebelum itu, ada baca di beberapa blog, teman bloggers pergi menyendol. Saya pula, rasanya dah bertahun tak makan cendol. Jadi, saya dan suami pun pergi ke tempat yang ada jual cendol. Kedai cendol pertama tutup. Pergi tempat seterusnya, pun tutup! Pergi lagi satu tempat, tutup juga, kome, walaupun google cakap buka. Hari Kedai Cendol Tutup Sedunia kot, pada hari Jumaat itu. Last-last kami pergi Aicha saja.
Oh, sebelum itu, saya baru balik dari temujanji hospital, jumpa doktor. Keputusan ujian darah berkala semakin membaik, walaupun belum normal. Alhamdulillah. Jadi, tiba-tiba rasa nak celebrate la. Celebrate makan benda manis. Hehe... aje gatei, orang Perak cakap.
![]() |
| Tadaaaa.... |
![]() |
| Nikmatnya! ๐ |
Gambar close-up sunday mango yang sedap. Terasa jeli perasa mangga di setiap suapan aiskrim vanilla. Masya-Allah... lega rasanya, setelah sekian lama tidak menikmati benda manis. (ye la tu kan.. semalam ko dah makan brownie sejibik).
![]() |
| Selpiaq sekeping. |
Syok juga makan aiskrim di kedai, sebab tempatnya sejuk dan tidak ramai orang. Alhamdulillah. Sekali-sekala boleh la melayan.
Tajuk entri bukan main lagi kan. Peribahasa tiada rotan, akar pun berguna membawa maksud sesuatu perkara yang dihajatkan, sekiranya tidak diperolehi, memadai dengan apa yang ada. (Sila baca penerangan peribahasa ini dengan membayangkan gaya ala ala pemberita TV3 dulu, Karam Singh Walia).
Baiklah. Jumpa lagi, ya. ๐



Hahahah..
ReplyDeleteCendol ❎
Aiskrim ✅
Tiada cendol aiskrim pun bolehhhh.
Kann... lain kali je la kita try cari cendol lagi sekali.
Deletewah sebut pasal karam singh walia dia pi mana ye tak pernah tahu cerita dia sekarang. Aiskrim mango mengoda sungguh
ReplyDeleteSaya ada google. Dato Karam Singh Walia sudah kurang sihat sekarang. Umur 66 tahun.
DeleteAlhamdulillah, berita baik pasal check up ๐คฒ๐ป
ReplyDeleteTakde cendol, aiskrim pun berguna. Sedap dua² tu
Alhamdulillah, PH.
DeleteFav anak-anak aiskrim ni, maknya layan jugak aiskrim kekadang... tp mkn dgn encik suami mmg lagilah layan.. bonding time kan... xde cendol aiskrim pun on... hehehe
ReplyDeleteHehe.. boleh la ye, kakmim.
DeleteKihkihkih…lain macam penggunaan peribahasa ni.
ReplyDeleteHehe.. ๐
DeleteOh peribahasa rupanya. First time dengr.
ReplyDeleteTula blogger lain semua up pasal cendol kan. Dah satu keje nak mencari cendol hahaah
Hehe.. ha ah, peribahasa.
DeleteTeringin kan, bila orang dok share makan cendol.
Uncle pun dah angkat-angkat tangan macam Karam Singh Walia....
ReplyDeleteYeh... Hik hik! Seronok betul tengok gaya Karam Singh Walia dulu, kan, uncle.
DeleteSedap pulak nampak aiskrim tu.
ReplyDeleteSedap, Cie.
DeleteTak perasan pula Aicha ni. Nampak sedap ice cream tu.
ReplyDeleteSedap! ๐
DeleteJadi teringat baru-baru ini juga saya makan es krim sundae mango nya mixue seger banget
ReplyDeleteAiskrim Mixue pun enak juga ya, Mas.
DeleteAlahai, saya baca cerita awak nie pada jam 2.36 pagi.. aigooo mana nak cari aiskrim pepagi buta nie sebab tetiba rasa craving aiskrim plak... hihihi
ReplyDeleteHehe.. esok masih ada, Shikin.
DeleteDah lama x makan benda manis sekali dapat csria hidup kan Nur....mana plak nak cari Aicha kat Seremban.
ReplyDeleteBetul, SA. Takde Ai-cha, Mixue pun boleh. Lebih kurang je.
DeleteKeliru Aicha dengan kedai lagi satu apatah. Ada lalu kedai kata ini ke dahulu Nur pernah cuba aiskrimnya. Haha.
ReplyDeleteCendol tengah naik eh?
Mixue. Ha ah, yang saya pernah share dulu, Ai-Cha la.
DeleteHehe.. berjangkit dari kawan² bloggers. ๐
pernh try juga sundae mango
ReplyDeleteHa, sedap kan.
DeleteAlhamdulillah. Semoga Nur sentiasa sihat. Lama juga saya tak menyendol dan makan aiskrim. Nantilah.....
ReplyDeleteAminn.. ๐คฒ terima kasih, kak.
DeleteHehe.. kak Amie lagi best, dapat mengembara ke negara orang.
Suka kan dengar cara percakapan Karam Singh Walia. Sedapnya Sundae Mango. Moga Nur sentiasa sihat.
ReplyDeleteHa ah, kadang peribahasa dia guna, kita tak pernah dengar pun. ๐
DeleteAminn... ๐คฒ Terima kasih, Mulan.
jauh betul cendol bertukar jadi aiskrim tu. yg penting murah kan hehehe
ReplyDeleteBetul! Hehe..
DeleteHahahahah langsung teringat gaya tangan Karam Singh Walia setiap kali dia berpantun๐ Nampak molek pula aiskrim Achia tuh. Cuaca pun tengah panas lit-lit, molek makan aiskrim kan
ReplyDeleteKan.. kenangan dulu tengok berita.
DeleteBetul, nikmat pekena aiskrim time cuaca panas ni.
Terbayang sedapnya eskrim dengan jelly manggo ๐คฉ๐คฉ๐คฉ.
ReplyDeleteSaya juga sukaaa sangat cendol. Kalau di JKT jarang makan. Tapi tiap mudik ke solo, kampung suami, selalu beli. Kalau di Jawa tengah sebutannya bukan cendol, tapi dawet.
Orang2 sumatera sebutnya sama macam Malaysia, cendol juga
Memang sedap, Fanny. Dawet. Belajar perkataan baru dari Fanny hari ini. Wah.. rupanya sana pun ada cendol. Baru tahu ni.
DeleteSekali sekala tak salahkan rewards diri dgn benda² manis macam ni ..
ReplyDeleteBetul, CCL. Tiba² rasa nak pergi brisk walk esok. Sudah 2 hari tak beriadah. Aduhh..
DeleteSekali sekala tak salahkan rewards diri dgn benda² manis macam ni ..
ReplyDelete