Ahad, 11 Januari 2026 - Saya tidak keluar jalan pagi. Lepas subuh, masuk dapur. Saya sediakan sarapan. Disebabkan roti bun hotdog beli hari tu untuk buat roti hamlet masih ada, saya ulang buat roti hamlet kali kedua.
![]() |
| Roti hotdog sudah tampal telur |
Kali ini, saya habiskan tampal roti dengan telur dadar dulu, barulah saya sapu kaya dan butter.
![]() |
| Sudah disapu kaya dan butter |
Butter cair bila disapu kerana telur pada roti masih panas. Jadilah roti hamlet. Alhamdulillah.
Selain sarapan roti hamlet, nasi tidak habis ada disimpan dalam peti ais. Saya panaskan nasi dalam rice cooker. Ada dua biji telur goreng juga dalam peti ais. Saya goreng lagi dua biji telur mata.
![]() |
| Telur goreng masak sos |
Saya tumis bawang merah dan cili api sebiji. Bila bawang sudah layu, masukkan sesudu cili kisar. Kacau seketika, kemudian masukkan sos tomato dan sos cili. Tambah air sikit jika terlalu pekat. Masukkan empat biji telur goreng. Jadilah, telur masak sos. Buat lauk makan dengan nasi. Alhamdulillah. Tidak perlu beli makan di luar. Masak simple saja di rumah.
![]() |
| Siri the Walking Dead |
Sarapan sambil layan siri the Walking Dead. Sudah masuk musim keenam, marathon siri ini. Saya sudah ikuti siri ini sejak masih langgan Astro beberapa tahun lepas. Tapi sudah berhenti tengok. Tawar hati selepas Carl mati. Sedangkan dalam komik Walking Dead, Carl adalah pencerita. Tambah tawar hati selepas Glenn mati, kena bunuh oleh Negan. Berhenti tengok lepas the Whisperers keluar. Manusia pakai kulit muka orang yang sudah mati. Sekarang, saya tengok semula. Slow-slow layan bila ada waktu free. Cerita zaman zombie. Teringat cerita Zombie Kampung Pisang arahan arwah Mamat Khalid. Zomba katik. π
Seronok bersenang-lenang di hari Ahad. Hujung minggu Sabtu atau Ahad, rasa lebih seronok lepak di rumah. Masak benda yang simple-simple dan mudah siap. Layan TV. Salam Israk Mikraj kepada semua pembaca sekalian. Kome pergi jalan-jalan ke, atau lepak rumah saja?
Jumpa lagi, ye. π




Keluar sarapan dari pagi sampai tengahari terus tapau makanan lunch. Banyak urusan hujung minggu.
ReplyDeleteHujung minggu la boleh top-up barang-barang dapur ya, Cie.
DeleteKita menjenguk anak di asrama la Nur :)
ReplyDeleteUtk dinner malam ni, sy baru selesai masak sambal telur rebus. Simple² cukup la :)
Alhamdulillah. Itu la, hujung minggu je boleh jenguk anak ya, PH.
DeleteSedap tu PH, sambal telur rebus.
Simple2 macam ni best kan?
ReplyDeleteBetul, uncle. Lauk simple macam ni, sekejap je habis.
DeleteSimple menunya tapi ini yang kadang-kadang buat bertambah nasi kan? KSarie tak pernah tengok Walking Dead ni 1 episod pun sebab macam jantung nak tercopot je genre macam niπ Tapi budak-budak dan apak mereka tengok sampai habis tapi depa melalui fasa macam Tot, berhenti agak la selepas Carl mati, patah betul hati demeπ KSarie pun kadang-kadang suka rehat je kat rumah bila weekend.
ReplyDeleteHehe.. betul, KSarie.
DeleteItulah, sebab yang bersiri ni, tak ikut macam dalam komik, kita pun jadi malas nak follow.
Berehat di rumah lebih best kan, KSarie.. π
nampak mcm roti john version mini pulak!
ReplyDeletecomelnya header baru kak nur!
Betul, Mazni, roti john pendek tak ada sayur. Hehe...
DeleteTerima kasih, Mazni.
Cuya baru tahu ada roti hamlet.. aritu nampak kak nieza pos. Cuya ingatkan roti helmet! π Nampak sedap tuu
ReplyDeleteCuya harini baru balik drpd Kuantan balik hari
Hehe... ramai yang ternampak macam helmet.
DeleteSeronok Cuya, dapat makan kenduri di Kuantan, sambil berjalan-jalan.
Hari Ahad memang untuk bersenang-lenang...santai kawan kan.
ReplyDeleteBetul. Rileks je. Kalau diikutkan, masak pun malas hari Ahad.
DeleteLauk simple pun dah sedap walaupun orang kata biase-biase je. Tak boleh jadi ni kena buat lah roti helmet tu.
ReplyDeleteBetul²!
DeleteHelmet pun, helmet la kak. π
Sy tengok jugak WD ni tapi tak habis. Penat pulak tengok zombie, hihi.
ReplyDeletePenat kan. Itu baru tengok. Belum lagi lawan zombie. Kikiki..
DeleteTidak tengok WD itu. Hehe.
ReplyDeleteSabtu di kampung, buat kenduri tahlil dan doa selamat.
Ganas ceritanya. Tak tengok pun takpe, tak rugi apa pun.
DeleteAlhamdulillah, seronok ada kenduri tahlil dan doa selamat ni. Dapat jumpa sanak saudara.
Saya nih sejak tergila2 Drakor, series Hollywood dah tak nonton. Ntah kenapa jadi tak tertarik, kecuali movie masih nonton. Apalagi kalau series dah banyak season, dahlaaah, baca spoiler saja kak π€£
ReplyDeleteHaha.. DraKor lebih menarik ya, Fanny. Ya betul, lain orang, lain citarasanya.
Deletewah roti john..sdpnya..WD ni cerita zombie ka? sha peminat kdrama hihi..ada juga kmovie yang cerita zombie cumanya kena ada kwn tgk..takut haha..
ReplyDeleteYe, cerita zombie, Sha. Ramai yang minat kdrama. π
DeleteTak takut pun, zombie tu kan rekaan semata-mata.
Walking Dead tu suami SA je tgok..hehehe..SA x layan...sedap plak nampak roti tu Nur...
ReplyDeleteHehe.. orang yang minat je layan Walking Dead ni.
DeleteSedap, SA, nanti trylah buat. π