Jangkit Nieza, buat roti hemlet

 Lumrah kehidupan seorang blogger. Bila kawan blogger seorang masak asam pedas, esok lusa kita pula masak asam pedas. Kalau seorang teman blogger makan kuetiau, esok lusa, ada seorang juga menyusul masak kuetiau atau pekena kuetiau di kedai. Begitulah saya.

Tergoda tengok Nieza, blog My Story Board, masak roti hemlet (hemlet tau, bukan helmet motor) 😁 maka saya pun turut buat juga, pada 9 Januari yang lepas. Saya beli kaya cap yeos, tin kecil. Butter saya beli yang pure butter. Roti sosej saya jumpa di kedai PCK, kedai runcit di rumah saya sudah habis.

Sejarah Roti Hamlet

Sebenarnya, ejaan dia adalah hamlet. Bukan hemlet. Sejarah roti hamlet tidak jelas, tetapi ia dipercayai berasal dari Dungun, Terengganu pada 1980-an, dan orang salah sebut roti omelette, di mana ia adalah roti berisi telur dadar bersama bahan lain seperti daging atau sayur. Mirip roti john, tapi bukan, dan berasal dari pasar malam. Gigih saya buat carian. 

Ater...jomlah kita. Saya cakap pada Hafizan yang waktu itu, dia belum balik ke Politeknik lagi, saya akan buat untuk dia. Roti apa, dia tanya? Hemlet!

Bahan-bahan nak buat roti hamlet
Telur, saya pecahkan 4 biji gred A.

  1. Panaskan kuali dengan butter. Curah telur yang sudah dipukul di dalam mangkuk, sikit saja. Telur tu, saya campur lada putih sikit.
  2. Tekap dengan roti sosej yang dipotong separuh.
  3. Masak dua-dua belah roti, depan dan belakang. Angkat.
  4. Sapu kaya sebelah, butter sebelah.
  5. Butter tu, cair, sebab roti telur masih panas.

Roti hamlet
Tadaaa....

Kurang cantik rupa roti hamlet saya buat. Roti sosej yang saya beli, lembut. Ada yang dipotong sikit tu, saja test rasa, baru ingat nak ambil gambar. Rasanya sedap. 😋 Buat kopi pula tu. Sesuai sangat buat minum petang. Budak yang kurang suka roti john sebab ada sayur, sukalah makan roti hamlet ni.

Hehe... orait.

Jumpa lagi, ye. 💗

Share:

42 ulasan:

  1. Anak² kita, kalau dalam roti² tu ada sayur..boleh pula makan.. haisyhhh.. hahaha . Kalau suruh makan sayur, berchenta masing²

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. dia orang tak perasan tu sayur kot, Linda. Sebab duduk dalam roti.

      Padam
  2. Eh..kita nak tegur, header dah lawa.. nak membuat renovasi juga dekat rumah kita, tapi M besar betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih, Linda. Hehe.. kecikkan sikit M tu, boleh jadi dah, Linda.

      Padam
  3. Pengaruh rakan blogger ni namanya. Hihi. Bagus juga sebabnya boleh menambah idea nak masak memasak kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. betul²! Ha ah.. Cie, dapat idea nak masak apa.

      Padam
  4. Nampak sedap roti hamlet.. Kalau mudah LZ pun teringin cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je nak membuatnya, LZ, roti tepek pada telur dadar dan sapu kaya dan butter.

      Padam
  5. Menarik jugak ni utk budak². Mak budak dan pak budak pun mesti suka. Kadang beli roti sosej tu makannya berapa ketul jer, bakinya boleh la buat roti hamlet ni kannnn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Betul², SK. Ha ah, saya 2 hari buat baru habis.

      Padam
  6. baca mula-mula baca pun fikir helmet tetapi rupanya hemlet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, itu biasa. Otak kita suka memutar belitkan keadaan, gitew.

      Padam
  7. kalo blk klate..mmg suka mkn roti hamlet ni..buat sdiri ni puas la mkn

    BalasPadam
  8. Ooo roti omelet ... ingat helmet yg org bawa motor tu hahahaa.. kira mcm roti john la jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik-beradik dia la lebih kurang. Roti john panjang. Roti hamlet pendek.

      Padam
  9. Nanti nak cuba le tapi tenguk yang nieza guna pan tu lagi molek je letak roti atasnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nieza guna pan non stick, jadi cantik kejadiannya. Saya guna kuali biasa je, kak.

      Padam
  10. Tahniah sis berjaya buat smp jadi..As simple as ABC aje kan? =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tima kasih, Nieza. Ha ah, senang je nak membuatnya. Cuma kita rajin atau tak masuk dapur, tu je. 😊

      Padam
  11. Okay, nak pi cari bahan. Suruh Abang la buatkan dia free sekarang hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila, sila. Abang mesti boleh buat punya la. Senang je.

      Padam
  12. KSarie mula-mula baca ingatkan roti helmet. Kero sudah mata KSarie ni hehehehe. Macam senang aje tapi itu la ye hendak cari kerajinan itu yang payah tu😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kita nampak helmet kan. Suruh anak KSarie yang sulung buatkan, dia kan rajin masuk dapur. Hehe..

      Padam
  13. Alah. Saya baca helmet. Patut lah tengok gambar tak jumpa rupa helmet. 😭

    BalasPadam
  14. eh Ana pun ,ula2 terbaca HELMET! ahahahaha adehhhhh~

    BalasPadam
  15. Boleh cuba buat juga roti hamlet ni, nampak sedap.

    BalasPadam
  16. Patutlah tiada foto yang menggambarkan helmet... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Ramai yang tersalah baca rupanya.

      Padam
  17. Aduhai...lapar dh lerut SA ha..blom sampai lagi KL Sentral masalahnya....

    BalasPadam
  18. nampak mudah nak masak dia ni, macam roti john!
    budak2 mesti suka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Mazni, senang saja nak sediakan roti hamlet ni.
      Memang dia orang la yang habiskan. Mak pak makan sebiji, share dua orang. Huhu..

      Padam
  19. Rasa macam pelik ada kombinasi telur dan kaya itu. Hehe menjadi Nur buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, itu yang buat rasa lemak-lemak dan kenyang makan roti hamlet ni, NA. Alhamdulillah.

      Padam
  20. Saya dah baca yg punya kak nieza juga, memang teringin nak buat juga. Tp hrs beli dulu roti hotdog dan srikaya. Nampan sedap memang kak 😍

    BalasPadam