Sunday, January 11, 2026

Briskwalk Isnin dan pasar pagi Parit

 Masih punya semangat untuk keluar jalan pagi pada 5 Januari 2026 yang lepas. Tapi, tidak bawa handphone, jadi tiada gambar diambil. Sehelai sepinggang keluar berjalan di padang. Malas nak pakai bag pouch di pinggang. 

Rekod berjalan pagi menggunakan Garmin Connect
Jalan pagi selama 52 minit, sejauh 4.55 kilometer.

Pada pagi Isnin itu, mood menyongket on. Jom kita jalan-jalan pergi pasar pagi di pekan Parit, Perak. Teringat lagu arwah Mr. Os, An Evening in Parit. 

Pasar paginya terletak di tengah pekan Parit. Memang tidak akan miss punya. Ini kali kedua kami sampai ke mari. Jualan bahan mentah seperti ikan, ayam, daging, sayur-sayur semua ada. Tapi kami ini lebih kepada mencari makan. Itu je la kerjanya ye.. nafsu makan sukar dibendung bila berjalan pagi ini. Perut sokmo berbunyi lagu berkeroncong saat belum diisi.

Gerai burger goreng di Pasar Pagi Parit
Burger goreng

Pasangan pakcik dan makcik yang jual burger goreng ini sudah kenal kami, sebab selalu beli. Mereka ada juga berniaga di Pasar Pagi Bota Kanan setiap Sabtu. Roti burger itu digoreng terlebih dahulu kemudian disediakan macam burger biasa tepi jalan itu.

Aneka kerepek dijual di Pasar Pagi Parit
Aneka kerepek

Sebungkus 5 ringgit, yang besar 10 ringgit. Kami beli buat kudapan, kerepek bawang dan pisang.

Aneka ubi kayu rebus yang dijual di Pasar Pagi Parit
Aneka ubi kayu rebus

Ada ubi keladi dan ubi kayu direbus. Ada yang dimakan dengan kelapa dan ikan masin. Ada yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Buah-buahan pun ada seperti pisang, cempedak, durian dan lain-lain.

Lempeng pisang yang dijual di Pasar Pagi Parit
Lempeng pisang panas-panas atas kuali

Beli dua lempeng pisang. Dalam lempeng pisang ada kelapa parut. Tebal lempeng, satu harga RM1.50

Suasana di Pasar Pagi pekan Parit, Perak.
Suasana di Pasar Pagi pekan Parit, Perak.

Makcik-makcik bawa bakul, beli barang keperluan. Itu jalan utama ke pekan. Kiri kanan jalan ada orang berjualan. 

Gerai ayam gunting di Pasar Pagi pekan Parit, Perak.
Ayam gunting, kegemaran anak-anak.

Suami sedang tunggu ayam gunting siap. Beli sosej juga.

Kiri kanan jalan orang berniaga di Pasar Pagi pekan Parit
Kiri kanan jalan orang berniaga

Nun di kejauhan nampak masjid pekan Parit. Kami parking kereta di situ, bayar RM2.

Burger biasa, burger crispy dan shawarma di Pasar Pagi pekan Parit, Perak
Burger crispy, burger biasa, shawarma

Burger biasa RM2 je, kome.

Kain meter yang dijual di Pasar Pagi Pekan Parit, Perak.
Kain meter

Ada kain RM3 semeter, ada yang RM5 semeter.

Gerai jual kuih dan nasi kerabu di pekan pagi Parit, Perak
Kuih-muih, nasi kerabu, nasi lemak, bihun, mi dan kuetiau goreng berserta lauk

Suami beli nasi kerabu, saya beli bihun goreng telur mata.

Kucing besar di Pasar Pagi pekan Parit, Perak
Kucing besar pun ada

Ada budak kecil cukup takut dengan kucing besar ini. Tapi tak kurang juga yang selfie bersama, dan boleh sedekah, ada peti boleh masukkan duit, kucing ini bawa di sekitar Pasar Pagi.

Gerai jual gajet dan tali pinggang di Pasar Pagi Pekan Parit, Perak.
Segala jenis kabel dan tali pinggang dan gajet orang zaman sekarang

Sulaiman kirim kabel type C. Beli, elok berfungsi Sulaiman pakai.

Parking berbumbung dalam masjid Parit, Perak
Parking berbumbung dalam masjid

Terima kasih pakcik baik hati, suruh kami parking di tempat berbumbung. Alhamdulillah. Jangan lupa sedekah sikit ikut kemampuan.

Itulah ceritanya, pergi jalan pagi dan jalan cari makan pula di Pasar Pagi pekan Parit, Perak. Alhamdulillah. 

Jumpa lagi, ye. 💗

7 comments:

  1. Selamat pagi Nur. Best jalan pagi cuci mata ye. Saya pun jalan pagi ni tapi ke pasar tani, konon-konon nak briskwalk hihihii.

    ReplyDelete
  2. BW kat pasar pun dapat banyak steps sambil membeli macam2.

    ReplyDelete
  3. waahhh besnyaaa! ana pun suka bwak mak jln2 pusing psr pagi sbb x terasa penat lgsung! ehehe

    ReplyDelete
  4. Wahhhhh lempeng pisang. I loike....memang molek jalan-jalan di pasar pagi kan

    ReplyDelete
  5. Tadi pagi saya morning walk, masa lebih kurang dengan masa Tot ~50 min tapi dapat ~3.5 km je 😅. Tu pasal saya anggap saya bukan brisk walk (berjalan cepat). Saya jalan terlalu santai tengok sana sini.

    Wah..ubi rebus pun ada jual jugak. Siap ada pilihan pencicah.

    ReplyDelete
  6. Suka pergi pasar kg macam ni sebab jumpa makanan yg jarang jumpa. Murah plak tu. Pergi time lapor memang penuh tgn dgn borongan

    ReplyDelete