Keluar lagi jalan pagi pada 7 Januari 2026 yang lepas. Bak kata kasut Nike, "Just Do It!" πͺ
![]() |
| Belasah kasut yang sama hari-hari. |
Dulu, zaman saya seorang pelari, saya ada beberapa pasang kasut lari pada satu masa. Masa itu, saya rotate pakai semua pasang, mengikut giliran. Kasut lari ini, kita kena guna. Kalau tak pakai, tapak mudah tercabut. Walaupun tak keluar berjalan atau berjogging, pakai saja keluar jalan-jalan ke shopping mall pun tak apa. Asalkan kita pakai. Sekarang, saya cuma ada dua pasang kasut lari. Inilah kasut New Balance, dibeli pada 8 Jun 2024. Masih elok dan sedap dipakai buat jalan pagi dan slowjogging. Sudah berjalan sejauh 516.48 kilometer untuk aktiviti yang direkod. Tidak termasuk aktiviti tidak direkod seperti jalan di mall dan keluar makan-makan. Sebab selalu lenjan di padang, ia selalu lembab dan basah. Jemur je, tanpa dibasuh. Nanti tunggu mood datang, akan basuh juga.
![]() |
| Berjalan selama 51 minit dengan jarak 4.57 kilometer. |
Sejak target saya bertukar dari 10 ribu langkah sehari ke 7 ribu langkah sehari, aktiviti jalan pagi menjadi lebih cepat siap. Tidak sampai 1 jam pun. Jadi kalau saya mula berjalan pukul 7 pagi, sebelum pukul 8 pagi saya sudah siap. Bagus juga, jadi tidaklah kena cahaya matahari yang mulai terik.
Semasa saya mula berjalan, suami saya kata dia nak pergi bungkus makanan untuk sarapan. Dekat padang kami berjalan, ada banyak kedai makan. Ada satu kedai ini, selalu ramai yang beratur bungkus makanan. Sebab kami tiba di padang awal pagi, suami tengok kedai itu belum ramai yang beratur. Jadi, dia pergi bungkus makanan dulu untuk dibawa pulang makan di rumah selesai jalan pagi.
Mari tengok suami saya beli apa untuk saya sarapan.
![]() |
| Nasi berlauk ikan kembung rebus dengan sambal belacan. |
Baiklah. Jumpa lagi, ye. π



Itu tandanya suami sayang la tu. Nak manjakan isteri katanya. Alhamdulilah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. π€²
DeletePatut la kasut Cie banyak rosak. Beli pakai setahun sekali je. Haha
ReplyDeleteHehe.. sekarang dah tahu, boleh la pakai selalu.
DeleteRezeki jangan di tolak apa lagi yang tersayang yang belikan. Tak pe makan hari ni besok diet. Betul lah. Kasut bila tak pakai lama emm dia cepat kopak. Ada sekali tu terkena. Sabou je lah nasib baik ada spare kasut kalau tak kaki ayam le kita
ReplyDeleteHehe.. betul, kak Notie. Kann... Itulah beli kasut mesti pakai, supaya tahan lama. Nasib baik akak ada kasut spare.
DeleteSubhanallah cantiknya sunrise. Rezeki jangan ditolak kan Nur.
ReplyDeleteBetul². π
DeleteAlhamdulillah..seronok kalau suami dah belikan makanan...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tak perlu masak. π
DeleteHehe kena makan sekali sehari. Alhamdulillah Nur dapat jalan laju dan makan sedap.
ReplyDeleteAlhamdulillah. π€²
DeleteMakan banyak takpe. Asalkan rajin exercise. π€
ReplyDeletePengsan! Akak malas sebenarnya exercise. Itu kena control makan.
DeleteYg penting workout kakak tetap rutin dan teratur. Jadi setidaknya kalori yg masuk tetep lebih kecil daripada kalori yg terbuang.
ReplyDeleteHarapnya begitulah Fanny. Sebab kakak sudah malas untuk kira kalori ini. π
DeleteTot tak perlu risau nak kena diet sebab Tot rajin briskwalking. Kira timbal balik macam tuh boleh keπ Nasi berlauk ikan kembung tuh nampak sangat menggoda sungguh. Ha langsung lapar teruk ni.
ReplyDeleteHarap begitulah, KSarie.
DeleteSedap, nasi lauk ikan kembung rebus. Simple saja, tapi itulah, cukup rasa semua.