Monday, January 12, 2026

Briskwalk Rabu dan sarapan apa

 Keluar lagi jalan pagi pada 7 Januari 2026 yang lepas. Bak kata kasut Nike, "Just Do It!" πŸ’ͺ

Kasut New Balance, kasut lari saya.
Belasah kasut yang sama hari-hari.

Dulu, zaman saya seorang pelari, saya ada beberapa pasang kasut lari pada satu masa. Masa itu, saya rotate pakai semua pasang, mengikut giliran. Kasut lari ini, kita kena guna. Kalau tak pakai, tapak mudah tercabut. Walaupun tak keluar berjalan atau berjogging, pakai saja keluar jalan-jalan ke shopping mall pun tak apa. Asalkan kita pakai. Sekarang, saya cuma ada dua pasang kasut lari. Inilah kasut New Balance, dibeli pada 8 Jun 2024. Masih elok dan sedap dipakai buat jalan pagi dan slowjogging. Sudah berjalan sejauh 516.48 kilometer untuk aktiviti yang direkod. Tidak termasuk aktiviti tidak direkod seperti jalan di mall dan keluar makan-makan. Sebab selalu lenjan di padang, ia selalu lembab dan basah. Jemur je, tanpa dibasuh. Nanti tunggu mood datang, akan basuh juga.

Rekod berjalan pagi menggunakan Garmin Connect
Berjalan selama 51 minit dengan jarak 4.57 kilometer.

Sejak target saya bertukar dari 10 ribu langkah sehari ke 7 ribu langkah sehari, aktiviti jalan pagi menjadi lebih cepat siap. Tidak sampai 1 jam pun. Jadi kalau saya mula berjalan pukul 7 pagi, sebelum pukul 8 pagi saya sudah siap. Bagus juga, jadi tidaklah kena cahaya matahari yang mulai terik. 

Semasa saya mula berjalan, suami saya kata dia nak pergi bungkus makanan untuk sarapan. Dekat padang kami berjalan, ada banyak kedai makan. Ada satu kedai ini, selalu ramai yang beratur bungkus makanan. Sebab kami tiba di padang awal pagi, suami tengok kedai itu belum ramai yang beratur. Jadi, dia pergi bungkus makanan dulu untuk dibawa pulang makan di rumah selesai jalan pagi. 

Mari tengok suami saya beli apa untuk saya sarapan. 

Nasi berlauk ikan kembung rebus dengan sambal belacan
Nasi berlauk ikan kembung rebus dengan sambal belacan.

Ada kuah kari juga. Alhamdulillah. Jadi, cuba kome bagitahu saya, camana nak diet ni? Suami suka beli makanan sedap-sedap untuk saya. 😁 Patutnya sarapan makan telur saja, mengikut perancangan saya. Tapi udah suami beli, takkan nak tolak. Sedap, kome! πŸ˜‹

Baiklah. Jumpa lagi, ye. πŸ’—

18 comments:

  1. Itu tandanya suami sayang la tu. Nak manjakan isteri katanya. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  2. Patut la kasut Cie banyak rosak. Beli pakai setahun sekali je. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sekarang dah tahu, boleh la pakai selalu.

      Delete
  3. Rezeki jangan di tolak apa lagi yang tersayang yang belikan. Tak pe makan hari ni besok diet. Betul lah. Kasut bila tak pakai lama emm dia cepat kopak. Ada sekali tu terkena. Sabou je lah nasib baik ada spare kasut kalau tak kaki ayam le kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul, kak Notie. Kann... Itulah beli kasut mesti pakai, supaya tahan lama. Nasib baik akak ada kasut spare.

      Delete
  4. Subhanallah cantiknya sunrise. Rezeki jangan ditolak kan Nur.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..seronok kalau suami dah belikan makanan...

    ReplyDelete
  6. Hehe kena makan sekali sehari. Alhamdulillah Nur dapat jalan laju dan makan sedap.

    ReplyDelete
  7. Makan banyak takpe. Asalkan rajin exercise. 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengsan! Akak malas sebenarnya exercise. Itu kena control makan.

      Delete
  8. Yg penting workout kakak tetap rutin dan teratur. Jadi setidaknya kalori yg masuk tetep lebih kecil daripada kalori yg terbuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah Fanny. Sebab kakak sudah malas untuk kira kalori ini. πŸ™ˆ

      Delete
  9. Tot tak perlu risau nak kena diet sebab Tot rajin briskwalking. Kira timbal balik macam tuh boleh keπŸ˜…Nasi berlauk ikan kembung tuh nampak sangat menggoda sungguh. Ha langsung lapar teruk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah, KSarie.
      Sedap, nasi lauk ikan kembung rebus. Simple saja, tapi itulah, cukup rasa semua.

      Delete