Saturday, February 7, 2026

Aktiviti Kuala Terengganu

 Sabtu, 24 Januari 2026 - Lepas sarapan di hotel, saya dan suami menaiki kereta ke Jeti Bot Penambang Seberang Takir. Tunggu kawan suami, kalau ada rezeki, nak naik bot. Lokasi jeti ini, di belakang Masjid Kampung Seberang Takir.

Pemandangan dari Jeti Seberang Takir
Pemandangan dari Jeti Seberang Takir

Jeti bersejarah ini telah beroperasi sejak tahun 1930-an. Ia menghubungkan Kampung Seberang Takir dengan pusat bandar Kuala Terengganu. Perjalanan naik bot ambil masa 10 minit saja. 

Bot penambang ke seberang
Kelihatan bot terawal baru berlepas dari jeti ke seberang.

Lagi satu info, boleh sewa bot dengan kadar RM80 untuk satu jam perjalanan. Laluan khas ini, penumpang akan dibawa menikmati tarikan utama di sepanjang sungai termasuk Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Masjid Kristal, dan bersiar-siar di Perkampungan Nelayan Pulau Duyong.

Kenangan di jeti Penambang Seberang Takir
Selpiaq sekeping, sementara tunggu orang.

Tapi nampaknya, tak ada rezeki kami naik bot. Kami tunggu kawan suami sampai sudah 1 jam, tengok-tengok dia ada urusan penting tiba-tiba. Dan bot yang dia punya pula ada trip angkut barang. Tak apa, lain kalilah. Kami pun tidaklah beriya sangat nak naik bot. Kawan suami yang ajak. Kami ikut saja. Tak apa, tak apa. Ada hikmahnya tu. Takut kang nanti terkejar-kejar pula, nak check-out hotel pula pukul 12 tengahari, takut tak sempat. Insya-Allah, lain kali, kalau ada rezeki, ya.

Sebab tak dapat naik bot, kawan suami bawa kami ke kedai keropok lekor milik keluarga isterinya. Dekat-dekat situ juga. Masya-Allah, ini lagi bagus! Keropok lekor Terengganu memang sedap la ya, terasa-rasa ikannya. 

Anak kawan suami, sedang menggentel keropok.

Ha ah, anaknya, yang sedang tunggu keputusan SPM, bantu kedai ibu saudaranya, dapatlah upah harian. Isi ikan yang telah dikisar, digentel bulat-bulat, dengan tepung sikit, untuk elak lekat, dan kemudian direbus.

Keropok lekor yang baru digoreng
Ini yang fresh baru gentel, terus digoreng

Keropok lekor segar, kome! Walaupun waktu masih awal pagi, dalam pukul 9 lebih, sudah ada pelanggan tunggu depan kedai. Nak beli keropok lekor baru siap diproses. Kami pun dapat merasa sebungkus. Masya-Allah, lembut dan sedaplah! ๐Ÿ˜‹ 

Di samping itu, saya ada juga membeli keropok lekor yang sudah dalam pembungkusan vakuum (dikeluarkan udara) yang boleh tahan lebih lama, kalau tidak simpan dalam peti ais. Boleh tahan 2 hari, kata akak tuan kedai. Sebab kami pun masih dalam perjalanan. Juga beberapa bungkus keropok keping mentah, dan yang sedia untuk dimakan pun ada. Borong keropok kami di sini. Alhamdulillah.

Selepas itu, kawan suami yang bertindak seperti pemandu pelancong, membawa kami ke Pasar Kedai Payang. Ada kawasan yang boleh parking, bayar terus RM2 masa nak masuk. Waktu pagi, jadi banyak lagi parking kosong. 

Pasar Kedai Payang
Tadaaa.... 

Ini pertama kali saya sampai ke Pasar Kedai Payang. Ada bahagian basah, ada bahagian jual produk kering. Kelihatan kawan suami dan isterinya dalam gambar di atas. Usaha deme, bawa kami jalan-jalan. 

T-Shirt Terengganu untuk anak-anak
Ini T-Shirt Terengganu untuk anak-anak.

Selain T-Shirt Terengganu di atas, saya ada beli juga fridge magnet dan keychain, dan sebuah beg tangan. Jalan-jalan tengok periuk-periuk. Memang menarik. Kena pejam mata, takut terbeli. Mangkuk tingkat pun lawa-lawa la, design. Aduh... geram tengok. Sebab ada orang Terengganu ikut dan tolong tawar-menawar, harga beg anyam yang saya beli RM50, boleh dapat RM35 jer. Seronoknya!

Lagi satu, isteri kawan suami beritahu, emas Terengganu tak sama macam emas Kelantan. Bagi yang suka emas, ada kedai emas juga di tingkat bawah. Tengok-tengok kalau berminat. 

Selepas habis shopping di Pasar Kedai Payang, kami pulang semula ke hotel. Parking saja di ruangan parking, tapi tidak terus check-out. Kawan suami dan isterinya bawa kami jalan kaki ke belakang hotel saja, pergi Terminal Bas Kuala Terengganu. Minum sekejap di medan selera. Kemudian, naik atas, bahagian orang jual tudung-tudung dan pakaian. Saya terbeli tudung bawal 5 helai, dan tudung sarung, 4 helai. Hahahaha... suka, suka! ๐Ÿ˜ Tudung bawal tu harga display RM15 sehelai, saya dapat RM10 sehelai. Isteri kawan suami yang saya panggil Kak Nora,  tolong tawar-menawar dengan makcik tudung. ๐Ÿ˜

Alhamdulillah. Banyak betul saya shopping di KT. Suami geleng-geleng kepala tengok hasil belian saya. Beg pun beranak. Ater... bukan selalu, kan. Sini tudung dia lain pula, kain lembut je. Masya-Allah, kalau tak beli karang, terbayang-bayang tak boleh tidur. Baiklah beli, dan nanti kita duduk rumah diam-diam ya.

Sekian aktiviti kami sebelum kami check-out hotel pada waktu tengahari. Alhamdulillah, rezeki ada kawan suami yang bawa kami jalan-jalan, beli keropok dan shopping. Panjang umur, kita jumpa lagi, ya. 

Ok. Sambung cerita roadtrip di lain entri ya. 

Jumpa lagi. ๐Ÿ’—

28 comments:

  1. Teringin jugak nak naik bot kat sana tu. Macam best je boleh lalu bawah drawbridge tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Cie. Insya-Allah, lain kali ada tu rezeki untuk Cie dan saya naik bot pula, di KT.

      Delete
  2. Shopping sakan ye Nur ... Baik beli dari tak beli, nanti teringat² pulak... Best la dapat tengok proses buat keropok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PH, kita tak tahu bila lagi boleh sampai sana.
      Ha ah, pertama kali saya tengok, proses buat keropok.

      Delete
  3. Bestnya Nur dapat ke kedai buat keropok lekor tu. Kalau ke KT memang wajib beli macam2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki, Mulan, ada kawan bawa.
      Iya, takut tak beli, terbayang-bayang. Kita pula tak tahu bila lagi boleh sampai sana.

      Delete
  4. Pegi KT tak singgah pasar payang macam tak pegi KT lah kan?

    ReplyDelete
  5. sy sendiri pun jika ke Dungun akan singgah di mana2 utk beli keropok dan satar sama ada yg dibakar atau frozen sbb di Kelate kurang sedap benda2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya setuju la, dengan Abe Kie. Keropok dan satar, memang Ganu juga yang sedak! ๐Ÿ˜‹

      Delete
  6. Sesekali berjalan kena la shopping kan Nur....

    ReplyDelete
  7. Amboi sakan dia terbeli tudung berhelai-helai๐Ÿ˜…Rezeki sangat kan ada kawan yang jadi ala-ala tour guide dan tukang tawar harga๐Ÿ˜…Keropok leko asli Terengganu memang sedap kan sebab ikannya penuh. Lagi-lagi yang baru siap dibuat. Nampak gaya kena datang lagi ye sebab nak kena naik bot pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, KSarie, Alhamdulillah, membantu sangat ada kawan orang Ganu ni. Hehe...
      Insya-Allah, ada rezeki akan pergi lagi, explore tempat yang tak sempat itu hari.

      Delete
  8. Ahhh..rindu nya Ganu..memang jalan kaki je dulu dari station bas p Pasar Payang.. tapi, yang lama punya..yang baru ni tak pernah sampai lagi..kena juga road trip ni..kumpul duit..kumpul duit.. hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelah saja Linda, yang lama dan yang baru. Insya-Allah, ada rezeki Linda nanti jalan ke Ganu.

      Delete
  9. Amboii..memborong tudung sungguh tu Nur. Tapi betul la..biar menyesal beli daripada menyesal tak beli teringat-ingat pulak ๐Ÿคญ

    Agaknya apa yang beza emas Ganu dengan emas Kelate? Bukan ke emas adalah emas ๐Ÿค”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka beli tudung Ujie. Itu last la saya beli. Tak beli dah, okay. Hehe...
      Kak Nora kata, warna pun beza. Dari segi kegelapan emas itu, dari segi kehalusan design tukang emas buat sesuatu barang kemas itu pun lain. Ada beberapa benda lagi dia cerita hari tu. Tapi saya tak ingat.

      Delete
  10. yg pasar payang baru kita tk jejak lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh la Mama Tisya pergi cuti Ganu.

      Delete
  11. eh ada beza ke emas terengganu dgn kelantan? mana lagi murah? hehe
    tgok gambar pasar payang tu, rasa sedih mengingatkan kembali fridge magnet nasi dagang saya yg hilang tanpa dikesan tu. sampai ke hari ni rasa sedih tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tak tahu, Mazni. Tapi harga emas mahal sekarang, itu akak tau. Hehe...
      Ala, kesian Mazni. Akak pun terlupa. Kalau tak, boleh akak belikan Mazni yang baru, sebab udah sampai sana. Tercicior kot tu.

      Delete
  12. Kalau saya JD kakak pun, saya lebih rela naik boat ditukar dengan makan Lekor di tempat ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฉ. Ituuuu jauuuh lebih sedap kan ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„❤️.

    Isssh, saya nak Lekor jugaaaaa ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿ˜„. Kalau semisal saya kesana, beli Lekor yg vacum, trus bawa balik JKT, masih tahan tak yaa? Teringin sangaat lah beli banyak buat stok di JKT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeh.. sama kita. Mestilah aktiviti makan-makan lebih best! ๐Ÿ˜
      Insya-Allah, tahan dua hari tanpa masuk fridge. Kalau Fanny terus balik, boleh kot.

      Delete
  13. Ek ada beza ke tudung bawal di sana. Tunjuk 1 tudung nanti di blog. Hehe saya di Kelantan, sempadan Thai itu tidak menahan beli t-hirt murah. Rasa bahagia. Betul beli bukan senang hendak ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudung bawal sana, macam lebih kurang sini. Tudung sarung tu, yang lembut sikit. Ada saya pakai masa entri Roadtrip dari KT ke Kelantan.
      https://hiduptot.blogspot.com/2026/02/roadtrip-pantai-timur-kuala-terengganu.html
      Selesa, jatuh elok, tudungnya. Bila beli barang, mesti rasa bahagia, kan.. suka, suka! Wah, ada di sempadan Thai rupanya NA sekarang. Selamat bercuti, ya, NA! Haruslah beli, kita bukan selalu dapat pergi sana. ๐Ÿ˜

      Delete
    2. Eh bukan sekarang di sempadan Thai. Ni cerita lama masa beli-belah masa jalan ke Kelantan. Oh!Ya nanti saya tengok pos yang Nur tunjuk tengok tudung sarung yang lembut.

      Delete
    3. Oh... ok. Hehe.. salah faham.

      Delete