Saturday, February 14, 2026

Hotel BB Gerik Perak

 Ahad, 25 Januari 2026 - Sudah sampai di Perak, tapi kami tidak terus pulang ke rumah. Kami singgah Gerik, dan cari tempat bermalam. Waktu pun sudah pukul 6 petang. Ada beberapa pilihan, tapi kami pilih yang hotel bajet saja, di tengah bandar. Supaya mudah nak cari tempat makan.

Ini pertama kali kami singgah Pekan Gerik. Biasanya, kami lalu saja. Pekan Gerik ini, selalu menjadi tempat singgah isi minyak atau solat, kalau dalam perjalanan dari Kelantan, balik ke Perak. 

Hotel bajet ada beberapa tempat di Pekan Gerik. Tapi, kami pilih yang ini. Tiada tempahan, masuk saja bertanya, ada tak bilik kosong untuk dua orang.

Bangunan rumah kedai terletaknya lokasi hotel BB Gerik
Bangunan rumah kedai lokasi hotel.

Bawah tu, ada kedai pakaian. Saya yang naik bertanya. Tinggi tangga di laluan naik ke hotel itu. Alhamdulillah, ada bilik kosong. 

BB Hotel, diusahakan oleh Bangat Berkat Sendirian Berhad. 

Laluan naik ke hotel BB Gerik
Laluan naik ke hotel.

Hotel ini, sesuai untuk pengembara yang melawat Hutan Belum atau Tasik Temenggor. Ada paparan di dinding receptionist hotel, yang menawarkan trip ke Betong, pakej hiking di Gerik, pakej untuk Royal Belum Houseboat, pakej naik Gunung Bubu, Gunung Kerunai, Gunung Alai, dan Gunung Papulut. 

Pakej hiking Hotel BB

Pakej hiking lagi BB Hotel Gerik

Ini memang hotel hikers ni. Nombor untuk dihubungi semua ada, melalui hotel ini. 

Kami tidaklah berminat. Cuma nak berehat berlunjur saja untuk malam hari. 

Bahagian receptionist Hotel BB
Bahagian receptionist Hotel BB

Ada vibe ala-ala rumah kedai zaman dulu. Masa bujang dulu, saya pernah duduk menyewa ramai-ramai, di rumah kedai beginilah. 

Ruang legar Tingkat 1, Hotel BB
Ruang legar Tingkat 1, Hotel BB.

Tiada orang lain waktu kami check-in. Ada beberapa bilik kosong di Tingkat 1. Saya ingat nak request bilik mengadap jalanraya, tapi adik receptionist kata, bilik mengadap jalanraya, adalah bilik famili. Oh, okay. 

Ada bilik lagi di tingkat atas
Bila tengok atas, ada bilik lagi.

Kami dapat bilik di bahagian tengah, tiada tingkap. Tingkap mengadap ruang legar dalam bangunan. 

Ini bilik kami

Standard bilik Queen. Bilik ber-aircond, Wifi percuma, TV, dan bilik air. Harga RM99 untuk semalam. Alhamdulillah. Dapat tempat untuk berehat dan bermalam. Hotel paling basic la ni, dalam perjalanan roadtrip kami ini. Semua ada kemudahan asas, mencukupi, termasuk tuala dan sabun segala. 

Kot ada pembaca yang berminat untuk naik gunung sekitar Gerik, boleh hubungi hotel ini, ya. 

Jumpa lagi. 💗

22 comments:

  1. Biasanya lalu aje pekan greeck ni, tak pernah bermalam lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru pertama kali bermalam di Gerik, Wak.

      Delete
  2. Kalau saya selalu request nak aras tinggi dan takmo hadap jalan raya sebab nanti bising susah nak tidur 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, betul-betul opposite kami. Saya tak boleh request aras tinggi, sebab suami kaki sebelah OKU. Dia suka tengok kereta lalu lalang jalanraya, itu yang suka request menghadap jalanraya. Haha...

      Delete
  3. Jadilah tu, janji bersih, selamat dan fasilitinya boleh digunakan. Sy x pernah bermalam di Gerik, sekadar tumpang lalu nak balik ke Baling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PH.
      Ha ah... saya pun pernah dari Baling ke Kelantan, ikut Gerik.

      Delete
  4. Dapat katil yang selesa untuk tidur pun dah ok.

    ReplyDelete
  5. boleh dikatakan menarik juga hotel ini...ok la untuk rehat semalam lepaskan keletihan dalam perjalanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Encik Hanafi. Dah tua-tua, tak larat dah bawa kereta lama-lama.

      Delete
  6. Lepas habis belajar..lalu Grik..berhenti dekat tandas dia yang vibe hutan².. tak ingat dah nama nya..dekat area tasik Banding tu kot..
    IncikSuami masa berkhidmat, memang selalu la ops dekat tasik banding tu..dok la hutan 2, 3 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada R&R yang sudah tutup, R&R Tasik Raban dekat Gerik. Memang banyak pokok situ. Yang dekat Tasik Banding, dulu boleh berhenti ada tandas, sekarang sudah jadi Belum Resort. Guest saja boleh masuk. Gitu, rupanya, ha ah, ada camp askar dekat Tasik Banding. Lama duduk dalam hutan. Kuat, Linda, selalu PJJ dengan suami.

      Delete
  7. Bagus hotel ni, ada tawarkan pakej2 pegi royal belum, hiking. Senang semua under dia je kan

    ReplyDelete
  8. Saya sebenarnya suka hotel bajet sebab datang untuk tidur sahaja.
    Bagus ya macam-macam pakej disediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, NA. Kadang cuma mahu tempat bermalam, tak perlu hotel yang ada sarapan bagai. Iya, saya pun baru tahu bila tengok paparan di dindingnya.

      Delete
  9. Basic tapi bersih dan selesa x pe...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SA, asal cukup keperluan asas, okay dah.

      Delete
  10. Pernah singgah 2 buah cafe di Gerik kalau tak silap. Gerik ni memang sebelum Maghrib elok duduk diam dalam hotel sebab tempatnya masih banyak hutan belukar. Di sesetengah jalan kurang lampu jalan. Awaknya rabun silau segala. Terpleot sikit jalan malam. Tapi kalau tak silap Gerik antara kawasan yang rajin disebut dalam buku Siri Bercakap Dengan Jin. Eh ke tu buku lain ye🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Dalam buku Bercakap dengan Jin tu, bukan dia sebut pasal Beruas atau Parit ke? Gerik, saya tak pasti pula. Tapi memang hari tu, kami nak berhenti, fikir banyak kali juga nak tidur di Gerik ke, atau Lenggong. Itu yang kami pilih hotel tengah pekan tu, KSarie. Jadi, takdelah sunyi dan gelap.

      Delete
  11. Harga pun berbaloi laa RM99 untuk satu malam .. janji selesa ..

    ReplyDelete