Ahad, 25 Januari 2026 - Sudah sampai di Perak, tapi kami tidak terus pulang ke rumah. Kami singgah Gerik, dan cari tempat bermalam. Waktu pun sudah pukul 6 petang. Ada beberapa pilihan, tapi kami pilih yang hotel bajet saja, di tengah bandar. Supaya mudah nak cari tempat makan.
Ini pertama kali kami singgah Pekan Gerik. Biasanya, kami lalu saja. Pekan Gerik ini, selalu menjadi tempat singgah isi minyak atau solat, kalau dalam perjalanan dari Kelantan, balik ke Perak.
Hotel bajet ada beberapa tempat di Pekan Gerik. Tapi, kami pilih yang ini. Tiada tempahan, masuk saja bertanya, ada tak bilik kosong untuk dua orang.
![]() |
| Bangunan rumah kedai lokasi hotel. |
Bawah tu, ada kedai pakaian. Saya yang naik bertanya. Tinggi tangga di laluan naik ke hotel itu. Alhamdulillah, ada bilik kosong.
BB Hotel, diusahakan oleh Bangat Berkat Sendirian Berhad.
![]() |
| Laluan naik ke hotel. |
Hotel ini, sesuai untuk pengembara yang melawat Hutan Belum atau Tasik Temenggor. Ada paparan di dinding receptionist hotel, yang menawarkan trip ke Betong, pakej hiking di Gerik, pakej untuk Royal Belum Houseboat, pakej naik Gunung Bubu, Gunung Kerunai, Gunung Alai, dan Gunung Papulut.
Ini memang hotel hikers ni. Nombor untuk dihubungi semua ada, melalui hotel ini.
Kami tidaklah berminat. Cuma nak berehat berlunjur saja untuk malam hari.
![]() |
| Bahagian receptionist Hotel BB |
Ada vibe ala-ala rumah kedai zaman dulu. Masa bujang dulu, saya pernah duduk menyewa ramai-ramai, di rumah kedai beginilah.
![]() |
| Ruang legar Tingkat 1, Hotel BB. |
Tiada orang lain waktu kami check-in. Ada beberapa bilik kosong di Tingkat 1. Saya ingat nak request bilik mengadap jalanraya, tapi adik receptionist kata, bilik mengadap jalanraya, adalah bilik famili. Oh, okay.
![]() |
| Bila tengok atas, ada bilik lagi. |
Kami dapat bilik di bahagian tengah, tiada tingkap. Tingkap mengadap ruang legar dalam bangunan.
![]() |
| Ini bilik kami |
Standard bilik Queen. Bilik ber-aircond, Wifi percuma, TV, dan bilik air. Harga RM99 untuk semalam. Alhamdulillah. Dapat tempat untuk berehat dan bermalam. Hotel paling basic la ni, dalam perjalanan roadtrip kami ini. Semua ada kemudahan asas, mencukupi, termasuk tuala dan sabun segala.
Kot ada pembaca yang berminat untuk naik gunung sekitar Gerik, boleh hubungi hotel ini, ya.
Jumpa lagi. 💗








Biasanya lalu aje pekan greeck ni, tak pernah bermalam lagi.
ReplyDeleteSaya pun baru pertama kali bermalam di Gerik, Wak.
DeleteKalau saya selalu request nak aras tinggi dan takmo hadap jalan raya sebab nanti bising susah nak tidur 😄
ReplyDeleteWah, betul-betul opposite kami. Saya tak boleh request aras tinggi, sebab suami kaki sebelah OKU. Dia suka tengok kereta lalu lalang jalanraya, itu yang suka request menghadap jalanraya. Haha...
DeleteJadilah tu, janji bersih, selamat dan fasilitinya boleh digunakan. Sy x pernah bermalam di Gerik, sekadar tumpang lalu nak balik ke Baling
ReplyDeleteBetul, PH.
DeleteHa ah... saya pun pernah dari Baling ke Kelantan, ikut Gerik.
Dapat katil yang selesa untuk tidur pun dah ok.
ReplyDeleteAlhamdulillah... betul, Cie.
Deleteboleh dikatakan menarik juga hotel ini...ok la untuk rehat semalam lepaskan keletihan dalam perjalanan
ReplyDeleteYa, Encik Hanafi. Dah tua-tua, tak larat dah bawa kereta lama-lama.
DeleteLepas habis belajar..lalu Grik..berhenti dekat tandas dia yang vibe hutan².. tak ingat dah nama nya..dekat area tasik Banding tu kot..
ReplyDeleteIncikSuami masa berkhidmat, memang selalu la ops dekat tasik banding tu..dok la hutan 2, 3 bulan..
Ada R&R yang sudah tutup, R&R Tasik Raban dekat Gerik. Memang banyak pokok situ. Yang dekat Tasik Banding, dulu boleh berhenti ada tandas, sekarang sudah jadi Belum Resort. Guest saja boleh masuk. Gitu, rupanya, ha ah, ada camp askar dekat Tasik Banding. Lama duduk dalam hutan. Kuat, Linda, selalu PJJ dengan suami.
DeleteBagus hotel ni, ada tawarkan pakej2 pegi royal belum, hiking. Senang semua under dia je kan
ReplyDeleteYa, Mazni.
DeleteSaya sebenarnya suka hotel bajet sebab datang untuk tidur sahaja.
ReplyDeleteBagus ya macam-macam pakej disediakan.
Betul tu, NA. Kadang cuma mahu tempat bermalam, tak perlu hotel yang ada sarapan bagai. Iya, saya pun baru tahu bila tengok paparan di dindingnya.
DeleteBasic tapi bersih dan selesa x pe...kan?
ReplyDeleteBetul, SA, asal cukup keperluan asas, okay dah.
DeletePernah singgah 2 buah cafe di Gerik kalau tak silap. Gerik ni memang sebelum Maghrib elok duduk diam dalam hotel sebab tempatnya masih banyak hutan belukar. Di sesetengah jalan kurang lampu jalan. Awaknya rabun silau segala. Terpleot sikit jalan malam. Tapi kalau tak silap Gerik antara kawasan yang rajin disebut dalam buku Siri Bercakap Dengan Jin. Eh ke tu buku lain ye🤔
ReplyDeleteSetuju! Dalam buku Bercakap dengan Jin tu, bukan dia sebut pasal Beruas atau Parit ke? Gerik, saya tak pasti pula. Tapi memang hari tu, kami nak berhenti, fikir banyak kali juga nak tidur di Gerik ke, atau Lenggong. Itu yang kami pilih hotel tengah pekan tu, KSarie. Jadi, takdelah sunyi dan gelap.
DeleteHarga pun berbaloi laa RM99 untuk satu malam .. janji selesa ..
ReplyDeleteBetul, CCL. Nak tidur semalam je.
Delete