Jumaat, 23 Januari 2026 - Masa saya lepak di Pantai Batu Buruk, menantikan suami selesai solat Jumaat, saya ada browse beberapa pilihan hotel untuk kami inap. Patutnya, saya percaya naluri pertama saya. Yang first instinct selalunya, betul kan. Tapi tak payahlah nak sesal-sesal. Saya tukar pilihan sebab masa kami lalu jalan untuk ke hotel pilihan pertama, jalan itu sesak. Rupanya pada hari Jumaat, hari orang tak bekerja, semua orang berpusu-pusu ke mall. Hairan juga kami, jalan sesak itu nak ke mana. Rupanya, bila tengok papan tanda, jalan sesak itu menuju ke KTCC Mall. Sebab hotel pilihan pertama dekat kawasan situ, saya pun beralih ke hotel pilihan kedua.
Bukan hotel kami masuk ini kurang best, tapi agak lama, banding hotel pilihan pertama tadi. Takpe, semua sudah tertulis. Jom tengok hotel apa kami check-in. Seperti biasa, tiada tempahan. Masuk saja, tanya ada bilik untuk dua orang tak. Parking kereta ada disediakan untuk penginap, berhadapan hotel. The Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu, nama diberi.
![]() |
| Pandangan dari pintu bilik |
Keluasan bilik agak sederhana, nak kata kecil tidak, besar pun tidak. Asal ada ruang nak bentang sejadah solat, orait la.
![]() |
| Bilik air dan tandas sekali. |
Kebersihan pun memuaskan.
![]() |
| Sabun dan syampoo tergantung di ruangan shower. |
Kemudahan asas ada dan lengkap. Air pun kuat.
![]() |
| Macam agak romantik dan kelam gitu.. |
Katil selesa. Tiada masalah. Bantal dia bagi dua biji seorang, campur extra cushion.
![]() |
| Meja kerja dan TV. |
Ada free Wifi dan agak laju juga.
![]() |
| Kelengkapan membuat kopi dan air mineral. |
![]() |
| Ambil gambar hotel waktu petang semasa kami keluar. |
Lokasi hotel dekat dengan Masjid Al-Muktafi Billah Shah. Cantik masjidnya, masjid warna putih. Kalau jalan kaki ke Pasar Payang, dalam 10 minit berjalan di celah-celah bangunan. Masa kami duduk hotel ini, saya boleh dengar azan dari 2 masjid. Alhamdulillah. Suka. Tak perlu nak adjust lokasi pada app Waktu Solat di telefon pun, sebab dapat dengar azan.
Penginapan sekali dengan sarapan. Ater, dah sampai hotel, sudah selesai solat jamak, nak nyongket mana tu? Sambung lain entri ya.
Jumpa lagi. 💗







Molek hotelnya. Dekat pula dengan masjid dan Pasar Payang ye. Memang lokasi strategik ni. Kalau KSarie hotel suram dan agak romantis lampunya ni bikin mengantuk😅
ReplyDeleteYa, KSarie, lokasi hotel bagus. Betul la tu, memang kalau tak keluar, confirm kerja tidur je dalam bilik. 😁
DeletePernah kursus kat situ rasanya. Pool dia asing tau lelaki & perempuan. Nampak dari bilik.
ReplyDeleteOh, ye ke.. saya tak pergi check-it-out pun dia punya pool. Tapi hotel ini, hasil pendapatan ada disumbangkan sebagai harta wakaf, gitu, dia ada bagitahu. Sejuk hati kita mendengarnya.
DeletePantai Batu Buruk macam mana sekarang? Dulu ramai betul orang lepas petang-petang.
ReplyDeleteRamai je orang, BK. Masa akak pi, time orang laki solat. Ada la group orang perempuan je, duduk tepi pantai. Kalau orang laki, boleh kena saman tak pi solat Jumaat, kan.
DeleteMacam ni punya saiz bilik kira besar lah... Uncle selalu dok hotel oyo je... kecik
ReplyDeleteKecik ke, besor ke, asal boleh tidur dengan selesa, orait dah kan, uncle.
DeleteOk tu hotelnya Nur. Nampak selesa juga. Janji dapat tidur lena.
ReplyDeleteBetul, kak Amie. Alhamdulillah.
Deletegelak baca komen uncle gedek..ngade betul...eh betul la..hotel ni cantik dan selesa..confirm lena tidur kan
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang tidur tak sedar diri pun malam tu, SA. 😁
Deletebagi saya okay dah hotel ni. cuma sbb duduk center, jadi tak best sbb jem kan.
ReplyDeletetapi plus pointnya dekat dgn attractio spot
Ha ah, itu yang kami banyak jalan kaki jer, sebab lokasi tengah bandar, Mazni. Malam tu, memang sesak trafik, malam Sabtu, orang semua keluar.
DeleteTapi hotel kedua nih pun baguuuus juga. Terlihat dari foto, nyaman. Yg penting pun bersih saja. Saya kalau memilih, lebih suka hotel dekat pasar drpd dekat mall 😄.
ReplyDeleteSebab akak buat perbandingan, lebih suka hotel baru dari hotel lama. Betul, bilik bersih dan tidur selesa pun, sudah ok sangat, kan, Fanny. Alhamdulillah.
DeleteTengok ok juga hotelnya walaupun lama. Kalau terjah tapi tempah awal lagi mahalkan? Tapi sebenarnya lagi suka datang terus daripada tempah.
ReplyDeleteBetul, NA. Tempah online jadi lagi mahal harga. Betul, sebab kita berurusan direct dengan hotel, banding melalui pihak ketiga macam booking, agoda dan sebagainya.
Delete