Monday, February 16, 2026

Makan malam di Nasi Kukus Ulek Mayang

 Jumaat, 30 Januari 2026 - Lepas check-in hotel dan solat jamak, kami turun bilik, cari tempat makan malam. Tanya orang hotel, dia kata keliling restoran ada banyak restoran, seberang jalan pun ada banyak kedai makan. Ha ah, betul dia kata. Kami jalan kaki saja.

Paling dekat dengan lokasi hotel, ada kedai mamak. Belakang kedai mamak, kami jumpa kedai ini.

Nasi Kukus Ulek Mayang, Rawang
Nasi Kukus Ulek Mayang, Rawang.

Ada orang makan di dalam. Kami duduk di meja luar. Kedai makan lot tepi, jadi luas dan banyak tempat.

Nasi kerabu pun ada
Nasi kerabu pun ada, selain nasi kukus

Menu yang ada, nasi kukus pelbagai lauk, contohnya ayam dara, ayam berempah, ayam kampung, ikan keli, ayam cincang, ikan bawal, udang galah, burung puyuh dan sotong. Ada juga mee celup. Ada air tuak atau nira kelapa, dari Kelantan. Suami saya beli sebotol. Dia kata, ha ah, sama macam air nira kelapa di kampungnya.

Dekat dalam restoran, ada jual barang-barang dari Kelantan juga seperti keropok pelbagai jenis, rempah ratus dari sana, macam dekat atas pasar Siti Khadijah tu, rempah kari, kerutuk, dan lain-lain. Sos-sos, bahan dari Thailand, yang biasa kita jumpa dekat pasar tu la, ada dijual di restoran ini.

Nasi kukus ikan keli
Pinggan saya

Saya makan nasi kukus lauk ikan keli. Pertama kali makan nasi kukus ada lauk taugeh. Minta maaf cakap, kuah kari rasa kureng sikit. Kuat rasa rempah.

Pinggan suami

Suami makan nasi kerabu lauk daging. Nasi kerabu dia lebih sedap dari nasi kukus. 😋

Minuman kami
Minuman kami

Suami minum nescafe o ais kosong, saya minum air suam. 

Alhamdulillah, rezeki makan malam, dekat hotel saja. Lepas makan, kami jalan ambil angin keliling blok hotel. Rupanya belakang itu, ada banyak lagi kedai makan menarik. Ceh... kalau tahu, kita buat tawaf dulu keliling kemudian pilih makan tempat paling menarik. Tapi tak apa lah, lain kali. Dekat sangat dengan Lotus's Rawang. Saya nampak dari luar ada kedai Jalan Jalan Japan dalam Lotus. Tapi kami tak pergi la. Jalan kaki satu pusingan dan kembali ke hotel penginapan kami.

Masuk bilik, saya bancuh kopi, tapi belum minum sudah tertidur. 

Okay. Jumpa lagi. 💗

15 comments:

  1. haha nama kedai nasi kukus, tapi nasi kerabu pulak lagi sedap ye..
    memang tak pernah dibuat orang nasi kukus tiba2 ada tauge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. itu la pasal, Mazni. Pertama kali tengok ada taugeh.

      Delete
  2. Pertama kali tengok nasi kukus ikan keli tu. Selalunya ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, banyak lauk pilihan selain ayam kat kedainya.

      Delete
  3. Biasa nasi kukus ada ayam..kalai ni ada ikan keli ye..nampak sedap

    ReplyDelete
  4. Kalau kesana sayapun akan memilih nasi kerabu sepertinya 😄😄❤️❤️. Sukaaaa liat nya. Ada telur asin dan kerupuk fav saya juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Fanny, nasi kerabunya sedap. Jauh lebih sedap dari nasi kukusnya. Hehe..

      Delete
  5. Ala geram kan kalau kita dah kenyang makan lepas tuh ada terjumpa kedai lain yang nampak lagi awesome😅Daging nasi kerabu tuh nampak molek sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... patutnya, pusing dulu, usha line, baru boleh compare mana kedai paling menarik. Hehe.. Ha ah, lembut daging dalam nasi kerabu tu.

      Delete
  6. Strategik tempatnya dekat Tesco Rawang.
    Banyak kedai nanti pening hendak pilih mana satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, NA, lokasi strategik.
      Hehe.. kami biasa makan kedai tomyam saja, NA. 😊

      Delete
  7. Yang bestnya, lauk keli ni ada aura dia sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, CCL. Lagi-lagi ikan keli digoreng rangup, memang syok makan.

      Delete
  8. Produk kelantan tu yg best cam pi kelantan rupanya Di rawang

    ReplyDelete