Sabtu, 31 Januari 2026 - Pagi pagi lepas subuh, kakak sulung sudah whatsapp ajak pergi breakfast. Rumah kakak di Subang. Dia datang ambil saya dan suami dekat hotel di Rawang. Lebih kurang jam 7 pagi.
Sejenis suka tengok video TikTok dan IG. Dia bawa ke sebuah kedai yang agak tersembunyi. Kalau yang tak familiar dengan kawasan Rawang, susah kot nak jumpa. Lokasi dekat pekan Rawang lama.
Parking kereta dekat barisan kedai tidak jauh dari situ. Sebab laluan masuk ke kedai macam agak sempit. Kami jalan kaki sikit. Sebenarnya, kakak suruh suami pergi cari. Tahu somewhere di belakang area parking, tapi tak pasti exact location.
![]() |
| Tadaaa.... |
![]() |
| Cantik, kan, tempatnya... |
![]() |
| Kedai Atok Legacy, Rawang. |
Kalau saya dan suami saja cari tempat makan, memang tak jumpa la ya, tempat-tempat macam ni. Sebab kakakku ini rajin tengok TikTok, jadi sampailah kami di sini.
Pergi saja dekat kaunter, tengok lauk-pauk nasi lemak yang ada. Nasi lemak dia dikukus. Special dapur kukus dia. Malu pula nak ambil gambar. Sebab periuk bertingket-tingket. Kita dari luar boleh nampak.
Lontong darat dan nasi lemak boleh terus ambil di kaunter, dan terus bayar. Ada juga menu yang kita boleh order tapi ambil masa untuk siap, bayar dulu, dan dia akan hantar ke meja. Menu yang ada selain nasi lemak berlauk dan lontong darat, ada juga roti telur, nasi kerabu, sate ayam dan daging, roti kukus, soto, juadah western, makanan tengahari ada menu lain pula seperti nasi ayam penyet, nasi bujang, nasi ayam, bakso dan pelbagai jenis roti.
![]() |
| Saya ambil lontong darat. |
Kakak suruh ambil menu lain-lain. Jadi dapat merasa sikit-sikit. Passing-passing pinggan.
![]() |
| Suami saya ambil nasi lemak paru |
Besar portion makanan di sini. Nasi lemak Kedai Atok ni, mengingatkan kami akan nasi lemak Dang Wangi, KL. Nasi peroi, diberi sekali kangkung. Peh.. rindu pula nasi lemak Dang Wangi yang dekat Kampung Baru dulu. Entah wujud lagi ke tidak kedainya.
![]() |
| Kakak order murtabak singapore |
Murtabak singapore ambil masa nak buat, order di kaunter, dia hantar ke meja bila dah siap. Kalau tengok gambar diambil dari atas dan makanan nampak full, itu saya ambil. Kalau tengok gambar murtabak singapore di atas, close-up lain macam, itu kakak saya ambil. Dia tegur saya ambil gambar old fashion. Mestilah close-up, baru boleh upload kat IG. Haha.. ye la. Dia geng IG dan TikTok. saya geng blogger. Media sosial semua sudah uninstall daaa... cukuplah aktif di blog saja.
![]() |
| Ini gambar saya ambil, dari atas. ๐ |
Tebal, okay, murtabaknya. Kenyang makan. Nasib baik share-share kami bertiga. Sebab sedap, kakak suruh suami orderkan sekeping lagi, bungkus untuk papa kami.
![]() |
| Jemput makan... |
Minum teh o panas kosong.
![]() |
| Suka ya, selpiaq senget-senget ni. |
Sejuk je tempatnya. Sebab banyak pokok besar. Jadi redup. Alhamdulillah, semua makanan sedap-sedap belaka. Pinggan besar, portion besar. ๐๐
![]() |
| Atok punya campervan ke tu.. |
Lawa dinding dia. Lepas sarapan, dan murtabak dibungkus pun siap, kami pergi rumah papa. Besar juga kawasan Rawang ni. Jalan pun sesak. Ambil masa juga nak sampai rumah papa.
![]() |
| Bunga kesidang |
Ada bunga kesidang di laman rumah papa. Tanam dalam pasu pun berbunga. Wangi juga bau bunganya. Papa saya terkejut, sebab saya tak bagitahu saya nak datang. Dia ingat, kakak saja yang datang bawa sarapan. Hehe... saja, surprise.
Okay. Sambung lain entri, cerita pergi makan kenduri.
Jumpa lagi, ye. ๐











Alhamdulillah
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Alhamdulillah. Terima kasih, Wak.
DeleteTengok murtabak spore tu teringin la pulak! Okeh! Nanti cari kat param lah!
ReplyDeleteHehe.. sila, sila, uncle. ๐
Deletecantik pulak dia hias murtabak singapore tu, kalerful gitu
ReplyDeleteHa ah, terang je warna bawang tu, contrast dengan warna salad.
DeleteMenarik jugak menu kat situ ye. Sekarang memang memasing cari tempat viral kat TT je. Cie takde TT masih old fashion google je kalau nak cari apa2.
ReplyDeleteYa, Cie. Lain kali kot singgah, boleh cuba menu lain pula.
DeleteSamalah kita. Masih suka google je.
Bukan biasa biasa tempat breakfast ni.. makanan pun nampak sedap.. Nanti nak try la kedai atok legacy ni tapi tu lah nak puasa dah huhuu
ReplyDeleteHari ni la last, kalau nak cuba. Tak tahu pula saya, kedai Atok ni buka ke tidak di bulan puasa.
DeleteTak pernah lagi sampai situ..tapi, mcm tak sampai juga ni.. hihi..
ReplyDeleteHehe... kot suami Linda dan anak-anak datang, boleh la ajak.
DeleteSA pun x tau tempat ni...dulu lama duduk Sg Buloh...ada gak 5 tahun..kalau x sure tau kan...Rawang ngan Sg Buloh bukan jauh punnn...kalau dpt pi ni mesti best ni
ReplyDeleteTempat tersembunyi, SA. Nanti ada rezeki, boleh la pergi, sesuai dating dengan suami. Tapi esok dah nak puasa. Tak pasti saya, dia buka malam ke tak, di bulan puasa.
DeleteKalau tempat hidden begini suami saya yg paling suka cari. Apalagi dia pakai Tiktok. Sementara saya LBH suka IG.
ReplyDeleteTp saya lebih suka ambil foto dari atas dulu utk melihat menu keseluruhannya, baru setelah itu close up kak. JD ada bayangan juga seperti apa bentuk full nya. Kalau close saja, kdg tak jelas porsi, dan bentuk
Oh, begitu... ๐
DeleteIya kan, Fanny, haruslah ambil foto dari atas, untuk nampak seluruh juadah.
KSarie paling jarang terjumpa tempat viral sebab old school sungguh bila nak cari kedai makan. Selalu taip kedai makan sedap near me๐ Lontong darat dia nampak molek. Baca pula hari pertama Ramadan. Langsung perut sakan berjoget๐
ReplyDeleteSamalah kita. Sejujurnya, baik kita tak makan di kedai viral, sebab orang mesti ramai. Hehe.. memang sedap lontong darat kedai Atok ni. Teringat-ingat. Boleh repeat makan situ kalau tersampai Rawang lagi.
DeleteSama tiada media sosial lagi kecuali FB.
ReplyDeleteNasib baik semua sedap dan makanan banyak.
Alhamdulillah, NA. Boleh la repeat lain kali kot pergi Rawang lagi.
DeleteSuasana dia pun santai je… duduk sembang pagi-pagi, angin kampung sepoi-sepoi,
ReplyDeleteBetul, CCL. Nampak macam di kampung, tapi lokasi di tengah pekan lama Rawang ni, CCL. Hidden cafe. ๐
DeleteLontong darat dia nampak best apa lagi murtabak dia nampak banyak isi ya. Pernah pi rawang tapi bukan untuk makan pi rumah kakak lama dulu.
ReplyDelete