Tuesday, February 10, 2026

Roadtrip Pantai Timur: Kuala Terengganu - Kota Bharu

 Saya dilanda angin malas giler, semenjak dua menjak ini. Malas untuk update blog. Ish, tak tahulah apa nak jadi dengan saya ini. Maafkan saya, ya. Slow-slow, saya cuba untuk bangkit semula ni. Jomlah saya sambung cerita roadtrip yang saya belum habis cerita. 

Sabtu, 24 Januari 2026 - Setelah check-out dari hotel, kami sambung perjalanan roadtrip kami ke negeri Kelantan. Babai Terengganu, negeri yang aman makmur dengan laut yang cantik. Panjang umur, kita jumpa lagi ya, Ganu Kiter...

Alkisah hari tu, masa kami dari Dungun ke Kuala Terengganu, sebab berjalan hari Jumaat, banyak kedai tepi jalan yang tutup. Ada lalu kedai roti paung, tapi tutup belaka. Ini kali, bila jumpa saja, haruslah berhenti. Tak pernah rasa. Baca tentang roti paung ni, dari blog Mazni.

Eh, kebetulan, kedai yang jual roti paung itu, tak jauh dari situ, ada kedai kopi juga. Jadi, belilah keduanya, buat bekal makan dalam kereta. 

Roti paung asli
Roti paung perasa asli.

RM4 sebiji. Saya beli perasa biasa dan yang marjerin. Ada banyak perasa lain. Yang ada kacang di dalam, yang kaya dan lain-lain, saya pun tak perhati semua. Dua jenis roti paung, jumlah harga RM8. Lembut bebenor roti paung ini. Pekena pula dengan kopi panas. Peh.. tak boleh berhenti kami makan. Habis wei. Alhamdulillah.

Suami pandu kereta santai-santai saja. Nak kata laju, tak laju, slow pun tidak. Sambil menikmati pemandangan tepi laut. 

Kami singgah Pantai Penarik, Setiu. Pantai paling cantik. Angin kuat. 

Pantai Penarik, Setiu, Terengganu
Indahnya pemandangan di sini. 😍

Masa duduk lepak layan perasaan tengok laut, ada peniaga jual aiskrim naik motor lalu. Saya tahan, nak beli. Orang aiskrim tu tahu kita orang luar. Dia tanya, saya dari mana? Saya cakap dari Perak. Sambil sembang dengan dia, dia tak berhenti scoop aiskrim satu demi satu atas kon aiskrim. Saya tegur dia, banyaknya letak! 

Dia bagi banyak scoop, sampai tinggi aiskrim kita jadinya. Dia kata, ha.. baru boleh kenyang. 😂 Baiknya. Pandai pula dia balut kon aiskrim dengan tisu tebal, sebab aiskrim tinggi. Cuaca walau berangin tepi laut, tapi panas. Aiskrim mudah cair. Semoga murah rezeki penjual aiskrim baik hati, cedok banyak aiskrim scoop untuk kami.

Laut Terengganu yang cantik
Boleh duduk sini lama la, tengok laut.

Kalau tak mengenangkan perjalanan kami masih jauh, mahu je kami lepak situ lama lagi. Syok, sebab angin kuat. Suka saya dengan majlis perbandaran sini. Orang ramai boleh tengok laut cantik percuma. Di tempat saya, contoh macam Teluk Batik, kalau nak jejak kaki tepi pantai, kena bayar tiket masuk. 🙈

Acik selfie pakai tudung sarung baru beli
Acik selfie pakai tudung sarung baru beli di Kuala Terengganu.

Rasa macam nak pindah duduk Terengganu, la. Hehe.. saya upload video pemandangan tepi laut yang cantik ini, sebagai kenangan.


Tidak lama lepas tu, kami pun teruskan perjalanan.

Lalu Besut, dan masuk negeri Kelantan. Ikut Pantai Tok Bali, Bachok, sampai Kota Bharu. Check-in hotel di Kota Bharu di petang hari.

Jarak perjalanan yang direkodkan oleh meter kereta, 164 kilometer untuk perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu pada hari itu. Alhamdulillah, selamat sampai ke negeri terakhir dalam roadtrip Pantai Timur kami. Saya sambung di lain entri, ya.

Jumpa lagi. 💗

33 comments:

  1. Banyak tempat menarik kat KB untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaaa...lajak terus ke Kota Bharu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... alang-alang di Pantai Timur, balik kampung suami terus la, SA. 😁

      Delete
  3. Best nya trip Nur. Rindu Terengganu. Lepak tepi pantai memang rasa tak nak balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Mulan. Betul kan. Suka betul laut kat sana.

      Delete
  4. Mana gambar aiskrim bertingkat-tingkat tu? Pantai-pantai di Terengganu semua cantik-cantik. Ramai yang bila lepak di Terengganu cakap nak pindah duduk sana. Slow and steady ye Tot update blog. KSarie pun ke laut dalam juga mood hebdak update blog🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak ambil gambar, KSarie. Cair cepat bebenor aiskrimnya. Memang kena laju-laju la, menjilat.
      Itu la, termasuk saya. Jatuh cinta dengan Terengganu.
      Saya cuba la ni, bila free, untuk habiskan publish draft yang ada. Slow-slow. Paksa diri juga, nanti nak masuk bulan puasa dah.

      Delete
  5. Sedap pulak tengok roti paung tu. Lama tak ke Terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Cie. Lembut rotinya. Memang tak ada roti seumpamanya di tempat saya ini. Jumpa di sana jer.

      Delete
  6. Sebab kan pantai tOk Bali tu lah.. kampung Bali yang dekat tRonoh tu asyik la kami panggil Tok Bali.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Kampung Bali tu, short cut kan, nak pergi Tanjung Tualang dan Gopeng.

      Delete
  7. Roti paung, aritu baca di blog Mazni sekarang blog Nur pulak. Wajib cari kalau saya ke sana, teringin nak mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lah, Ujie. Memang boleh repeat kalau sampai sana. 😋

      Delete
  8. Tu bukan malas... tapi kehilangan momentum! hehehe

    ReplyDelete
  9. sedap tu roti paung...bestnya amik angin pantai

    ReplyDelete
  10. nampak lembut roti tu kan. Akak punya trip pantai timur pun dah terhenti kat terengganu. Aduhaiiiii nak mengarang ni kadang M tahap gaban. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lembut, kak, rotinya.
      Hehe.. itu yang saya nak cuba habiskan cerita roadtrip pantai timur ni, kak. Kalau saya stop, takut tak sambung dah. 😁

      Delete
  11. Jom kita pindah sama² Nur .. Sy pun jatuh chenta dgn Ganu :)

    ReplyDelete
  12. negeri paling bahagia..kita pun ikut rasa bahagia je bila tengok gambar ni

    ReplyDelete
  13. roti paung sedap kannn. saya yg baru pestime makan haritu rasa suka. kitorang beli smpai 4 bekas haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia, 4 bekas! Oh takpe, family ramai. Akak berdua je. Syedap kan, Mazni. 😋

      Delete
  14. Eh roti paung ini kalau saya lihat, mirip roti sobek di Indonesia. Ada yg pakai isi, ada yg tidak.

    Baiknya tukang eskrim 😄😄👍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, lebih kurang kot, Fanny.
      Iya la, semoga murah rezeki penjual aiskrim.

      Delete
  15. Ingat Nur ada kata akan pindah Kelantan apabila suami pencen. Rasanya tidak jauh kalau hendak singgah ke Terengganu.
    Tidak pernah cuba roti paung. Harap ada rezeki cuba.
    P.S: Cantik kain rentang blog. Malaspun ada hasil keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA, tapi tak sama macam tinggal di sana. Hehe.. susah nak explain.
      Insya-Allah, ada rezeki, boleh rasa roti paung bila sampai sana ya, NA.
      Itu bukan saya buat, minta tolong AI buatkan. Saya tepek je. 😁

      Delete
    2. Hehe dari gambar tidak nampak beza tudung mungkin kena rasai sendiri kainnya. Tq tunjuk.

      Delete
    3. Lupa nak taip rupanya AI boleh buat kain rentang.

      Delete
    4. Sama-sama. Kain lembut, tidak jarang. Walaupun angin kuat tiup tepi laut, tapi tudung tidaklah terbang sangat. Sikit je. Makna, kain ada weight. Tapi tetap selesa dipakai.
      Ha ah, cuma beri arahan lengkap pada chatGPT, nak banner macamana, contohnya nak letak gambar apa, warna apa, untuk apa, konsep font apa, dan lain-lain maklumat, lepas tu kita suruh ia buatkan.

      Delete