Sabtu, 24 Januari 2026 - Penginapan di hotel, termasuk dengan sarapan. Kami turun dalam pukul 7 pagi lebih kurang. Orang belum ramai. Saya ada nampak banner yang buffet sarapan di hotel dibuka untuk orang luar juga, dengan harga berapa, saya sudah lupa. Jom tengok kami sarapan apa pagi itu.
![]() |
| Roti bakar sekeping dan telur separuh masak. |
Suka ya, kalau duduk hotel, makan roti bakar. Kalau di rumah, tak makan roti bakar pula. Kih kih... saja suka letak roti dalam pembakar besar itu dan tengok ia berjalan. π Sebenarnya, tempat orang ambil nasi, ada orang, tempat roti tak ada orang, itu yang saya tuju di bahagian roti dulu.
![]() |
| Nasi dagang gulai ikan tongkol |
Nasi dagang dia memang torrrrrbaik! ππ Tak tahu nak cakap apa dah. Sedap, cukup rasa segala. Ini pinggan suami. Tapi, saya ambil tax sikit la, nak rasa juga. Setakat ini, kami makan nasi dagang di pasar malam dan tepi jalan Dungun sedap, di hotel pun sama sedap.
![]() |
| Nasi goreng dan kentang goreng |
![]() |
| Kopi o dan jus orange |
Kopi o yang disediakan tiada gula. Walaupun sudah siap dibancuh dalam bekas, dan mereka tiada coffee machine. Baguslah, sebab kami memang minum kopi tanpa gula. Kalau nak, tambah sendiri, ada disediakan.
Jus orange tu, kordial. Bukan perahan jus segar dari buah. Boleh rasa. Ok ler. Eh, minum air manis juga ni. Ha ah. Bila makan di hotel, tak ada pantang-pantang manis ke kosong ke. Pantang lihat saja. Ambil apa yang teringin dan tak masak di rumah.
Hotel tiada stesen telur yang biasanya tukang masak tolong masak scrambled egg atau omelette atau telur mata. Tapi, ada stesen goreng-goreng celup tepung panas-panas, di situ. Wah, menarik juga.
![]() |
| Ambil keledek, cucur dan pisang goreng. |
Makan benda panas-panas sambil menghirup kopi panas memang marbeles lah, ye! Alhamdulillah syukur nikmat.
![]() |
| Mi campur bihun sup |
Suami rajin pergi celur mi dan bihun di stesen mi. Sedap juga.
Ada juga bubur atau nasi air. Disertakan sekali segala jenis bahan tambahan yang boleh masuk dalam bubur. Tapi kami tak makan bubur pagi itu. Kenyang sudah.
![]() |
| Ambil puding roti |
Puding roti dia sedap juga. Semua la sedap pada tekak kami, Alhamdulillah. Ada orang pernah cadang kalau datang ke KT, jangan ambil hotel dengan sarapan, sebab pergilah cuba Nasi Dagang Atas Tol yang popular itu. Tempat itu memang sentiasa dipenuhi orang. Kata kawan suami semalam, kalau nak makan situ, kena solat subuh di masjid berhampiran dan terus pergi ke kedai selepas solat, sebab kalau lewat, memang beratur panjang. Dia juga kata, nasi dagangnya so-so je. Selalu macam tu lah kan, kalau tempat viral, rasa makanan sebenarnya biasa-biasa saja, mungkin orang nakkan suasana jer.
Tak apa, sarapan mana-mana pun ok. Lepas sarapan kami ke mana?
Sambung lain entri. Jumpa lagi, ya. π







Ye betul kat situ dibuka untuk orang luar juga buffet breakfast. Masa Cie kursus di situ dulu ramai juga orang makan.
ReplyDeleteKan, Cie. Tempat makan dia sampai ke lobi hotel la, jadi banyak tempat.
DeletePernah menginap di sini dulu2. Sedap breakfast nya.
ReplyDeleteHa.. ye ke... sedap, kan, Mulan.
DeleteSedap semua breakfast nya. Kalau KSarie ni rambang mata tak tau nak makan apa. Sudahnya akan makan sampai pecah perutπ
ReplyDeleteHehe.. itulah, kalau tak mengenangkan nak nyongket tempat lain, saya pun akan duduk lama situ, makan dan cuba semua, ambil sikit-sikit. π
Deletebila travel memang suka cari hotel yang sediakan sarapan pagi...semua benda kalau boleh nak cuba kan..semua tu SA setuju nampak sedap..
ReplyDeleteBetul, SA. Memang rasa nak cuba semua, tapi perut tak mampu.
DeleteNasi dagang dah pasti bila dekat Ganu..
ReplyDeleteKannnn.... π
Deleteorang cakap, kat setiap ceruk mana2 kedai yg jual nasi dagang di terengganu ni wajib sedap. kalau tak sedap, takde orang nak makan situ lagi. baguslah kat hotel pun sedap juga nasi dagangnya
ReplyDeleteOh, gitu rupanya. Patutlah, semua kedai yang ada jual nasi dagang, sedap belaka, cukup rasa.
DeleteNasi dagang tuh asal KT juga ya kak? Saya suka Nasi dagang, tp kalau pilihannya nasi lemak, nasi kerabu atau nasi dagang, saya akan pilih nasi lemak, nasi kerabu, baru trakhir nasi dagang π.
ReplyDeleteTooosss lah kita. Sayapun kalau traveling, skip dulu diet. Tp ya itu, saya ttp harus rajin workout. Banyak jalan, dan sebisa mungkin gym di gym hotel.
Masalah sarapan di hotel, saya lihat situasi juga. Kdg2 saya pesan, tp sering juga tidak. Macam di Penang, saya prefer tidak, sebab lebih suka makan di luar hotel
Iya, nasi dagang dari Terengganu.
DeleteAkak kalau hotel ada gym pun, belum tentu pergi. Banyak agenda makan saja, Fanny. π di Penang, haruslah sarapan di luar hotel. Memang bergantung lokasi juga ya.
Nasib baik makanan hotel sedap.
ReplyDeleteSelalu begitulah orang tempatan akan kata makanan tempat viral itu biasa-biasa. Ikut tekak orang agaknya.
Saya memang tidak berapa suka hendak ke tempat viral sebab tidak suka tempat orang ramai yang kena buat beratur.
Alhamdulillah, NA.
DeleteIya juga. Sedap itu subjektif.
Sama la kita. Baik makan tempat biasa saja. Tidak perlu viral.
pernah duduk hotel ni masa ada kerja di KT, sedap2 menu breakfastnya...sos cili depa panggil 'kuah lada' rasanya...
ReplyDeleteOh ye ke... ramai juga teman bloggers pernah duduk hotel ini rupanya.
DeleteHa ah, kuah lada. Hehe..