Thursday, March 12, 2026

Lama tak jenguk pokok

Cerita pada 6 Mac 2026 yang lepas.

Di bulan puasa ini, saya belum sekali pun keluar tengok kebun kecil saya. Malas bebenor. Lepas tu, nak jimat tenaga sebab puasa. Kalau duduk luar rumah lama-lama, risau dahaga pula. Kalau berkebun hari biasa bukan di bulan puasa, memang saya selalunya letak botol air di luar rumah supaya senang nak minum.

Hujan pun jarang sekali turun. Kesian pula tengok pokok. Pada hari itu, saya keluar jugalah tengok pokok sekejap.

Ambil dua biji bendi

Ada bendi tua, dah keras. Saya biarkan dipokok. Nanti boleh jadikan benih.

Hello, awak...

Setia pokok ros kuning ini keluar bunga. Walau pun tuan dia malas siram pokok hari-hari.

Sebab rumput di laluan saya tengok pokok pun mulai panjang, saya menebas sikit guna sabit. 

Mealybug atau saya panggil bena putih

Laju betul tau, menatang ni buat kerja. Dekat pokok ros jepun. 

Sejenis perosak tanaman. Mealybug ini dibawa oleh semut. Jadi, perlu cari laluan semut dan hapuskan, mengikut si gemini. 

Banyaklah juga dekat satu pasu

Saya sudah buang. Saya kerat di mana ada bena putih tu, dan buang. Harap nanti cambah baru, tak ada la lagi. 

Itulah, baru lebih kurang 2 minggu tak jenguk pokok, sudah ada serangga perosak ni. 

Jadilah hari tu, saya berkebun dari jam 7 hingga 9 pagi. Kena jimat tenaga juga. Banyak lagi kerja lain perlu buat, nanti tak larat pula nak memasak.

Orait. Jumpa lagi, ye. 💗

31 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki bendi. Rasa macam nak start tanam sayur lah pulak sikit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok tu, Mulan. Boleh la petik dari rumah je. Ulam raja paling senang nak tumbuh.

      Delete
  2. Cantik betul la ros kuning tu....jeles tengok...SA dan suami pun x start lagi kemas kebun mini PZ tu...nanti la lepas- lepas raya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SA. Lagi pun cuaca sekarang panas. Susah sikit nak berkebun.

      Delete
  3. Ade jgk dkt pokok kari sy dkt rumah lama dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, Nieza, merata juga bena putih ni suka duduk.

      Delete
  4. Bena putih tu jgn dibiar nanti habis semua pokok mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, PH. Saya rasa dah buang semua. Tengok la kot rajin, saya jenguk esok lusa ada lagi ke idok.

      Delete
  5. Bena putih selalu ada. Geram jugak. Perosak pokok.

    ReplyDelete
  6. Uwaaah jadi paham hama2 tanaman. Walau saya tak suka gardening, tp melihat tanaman yg subur dan caranya dipelihara , saya sukaaaa. Teringat mama yg memang suka gardening juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu banyak tanaman dan pokok bunga cantik di rumah mama Fanny. 😊

      Delete
  7. Saya pun punya taman kecil di balkon rumah mbak. Tapi apa daya, sama seperti mbak tot, kadang saya pun suka malas untuk menyiram. Saya ada tanam jeruk, selalu habis daunnya oleh hama, hiks.
    Ditambah lagi lebaran nanti mau ditinggal mudik, sepertinya bakal layu ini tanamannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. biasalah tu, Mas Fajar. Turun naik mood bercucuk-tanam, kan.. belum masuk serangan perosak lagi. Aduh.. harus redha tu. Kalau masih panjang umur, pokoknya boleh hidup, jika terkena tempias hujan mungkin di balkoni Mas.

      Delete
  8. Bena Putih tu mmg lajuuuuu betul buat kerja kat ros jepun.. menyampaaahhh sangat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. sabor je la. Nak kena spray dengan penghalau serangga tu, akak beli kat kedai Eco je, tapi dah habis.

      Delete
  9. gemok betul bendi tua tu.. kalau masak mesti tak sedap sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang akak ambil dalam gambar tu, okay lagi, Mazni. Rebus lama sikit, lembutlah ia.

      Delete
  10. berbudi kpd tanah pasti ada hasilnya. Bersyukur sgt2 bila tgok pokok mula mengeluarkan hasil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Abe Kie. Adalah sikit hasil, buat masak keluarga sendiri.

      Delete
  11. Boleh saya berkebun awal-awal pagi tak la terasa sangat bahangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Encik Hanafi, itu yang saya mula pukul 7 pagi tu. Lebih awal dari itu, nyamuk pula yang banyak.

      Delete
  12. Cantiknya bunga ros kuning tu. Mekar elok terletak. Nanti Tot akan ada pokok bendi baru selepas menyemai benih dari bendi tua tuh ye. Jahat betul bena putih tuh kan. Cepat naw dia merebak. Semoga Tot happy dan bahagia sokmo di sisi keluarga ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Pokok tua biasa saya cabut, dan semai biji benih baru.
      Aminn... 🤲 Terima kasih, KSarie. Semoga berbalik semula doanya pada KSarie.

      Delete
  13. Cantiknya bunga ros kuning. Pokok bunga ros ni perlu disayang selalu sebab dia pandai merajuk kakau rak dipeduli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak Amie. Kalau malas membaja pun, kena juga siram pokok setiap hari.

      Delete
  14. Bulan puasa ni .kebun , pokok² bunga malas nak jenguk .. kena rajinkan diri untuk siram pokok .. kat rumah pokok kacang bendi tumbuh hasil ..selalu celur buat ulam ..

    Cantiknya bunga pokok roses tu ...
    Pokok rose jepun CCL haritu kena bena lepas tu dah fedup nak jaga .. runit bila dah kena bena ni

    ReplyDelete