Lama tak jenguk pokok
Cerita pada 6 Mac 2026 yang lepas.
Di bulan puasa ini, saya belum sekali pun keluar tengok kebun kecil saya. Malas bebenor. Lepas tu, nak jimat tenaga sebab puasa. Kalau duduk luar rumah lama-lama, risau dahaga pula. Kalau berkebun hari biasa bukan di bulan puasa, memang saya selalunya letak botol air di luar rumah supaya senang nak minum.
Hujan pun jarang sekali turun. Kesian pula tengok pokok. Pada hari itu, saya keluar jugalah tengok pokok sekejap.
![]() |
| Ambil dua biji bendi |
Ada bendi tua, dah keras. Saya biarkan dipokok. Nanti boleh jadikan benih.
![]() |
| Hello, awak... |
Setia pokok ros kuning ini keluar bunga. Walau pun tuan dia malas siram pokok hari-hari.
Sebab rumput di laluan saya tengok pokok pun mulai panjang, saya menebas sikit guna sabit.
![]() |
| Mealybug atau saya panggil bena putih |
Laju betul tau, menatang ni buat kerja. Dekat pokok ros jepun.
Sejenis perosak tanaman. Mealybug ini dibawa oleh semut. Jadi, perlu cari laluan semut dan hapuskan, mengikut si gemini.
![]() |
| Banyaklah juga dekat satu pasu |
Saya sudah buang. Saya kerat di mana ada bena putih tu, dan buang. Harap nanti cambah baru, tak ada la lagi.
Itulah, baru lebih kurang 2 minggu tak jenguk pokok, sudah ada serangga perosak ni.
Jadilah hari tu, saya berkebun dari jam 7 hingga 9 pagi. Kena jimat tenaga juga. Banyak lagi kerja lain perlu buat, nanti tak larat pula nak memasak.
Orait. Jumpa lagi, ye. 💗





Alhamdulillah rezeki bendi. Rasa macam nak start tanam sayur lah pulak sikit2.
BalasPadamElok tu, Mulan. Boleh la petik dari rumah je. Ulam raja paling senang nak tumbuh.
Padamjrg jumpa ros kuning
BalasPadamKannn...
PadamCantik betul la ros kuning tu....jeles tengok...SA dan suami pun x start lagi kemas kebun mini PZ tu...nanti la lepas- lepas raya nanti
BalasPadamBetul, SA. Lagi pun cuaca sekarang panas. Susah sikit nak berkebun.
PadamAde jgk dkt pokok kari sy dkt rumah lama dulu.
BalasPadamItu la, Nieza, merata juga bena putih ni suka duduk.
PadamBena putih tu jgn dibiar nanti habis semua pokok mati.
BalasPadamBetul tu, PH. Saya rasa dah buang semua. Tengok la kot rajin, saya jenguk esok lusa ada lagi ke idok.
PadamBena putih selalu ada. Geram jugak. Perosak pokok.
BalasPadamItula pasal. Kesian kat pokok.
PadamUwaaah jadi paham hama2 tanaman. Walau saya tak suka gardening, tp melihat tanaman yg subur dan caranya dipelihara , saya sukaaaa. Teringat mama yg memang suka gardening juga
BalasPadamTentu banyak tanaman dan pokok bunga cantik di rumah mama Fanny. 😊
PadamSaya pun punya taman kecil di balkon rumah mbak. Tapi apa daya, sama seperti mbak tot, kadang saya pun suka malas untuk menyiram. Saya ada tanam jeruk, selalu habis daunnya oleh hama, hiks.
BalasPadamDitambah lagi lebaran nanti mau ditinggal mudik, sepertinya bakal layu ini tanamannya
Oh.. biasalah tu, Mas Fajar. Turun naik mood bercucuk-tanam, kan.. belum masuk serangan perosak lagi. Aduh.. harus redha tu. Kalau masih panjang umur, pokoknya boleh hidup, jika terkena tempias hujan mungkin di balkoni Mas.
PadamGeram tengok bendi tu huhuhu
BalasPadamHehe..
PadamBena Putih tu mmg lajuuuuu betul buat kerja kat ros jepun.. menyampaaahhh sangat :(
BalasPadamKann.. sabor je la. Nak kena spray dengan penghalau serangga tu, akak beli kat kedai Eco je, tapi dah habis.
Padamgemok betul bendi tua tu.. kalau masak mesti tak sedap sangat
BalasPadamYang akak ambil dalam gambar tu, okay lagi, Mazni. Rebus lama sikit, lembutlah ia.
Padamberbudi kpd tanah pasti ada hasilnya. Bersyukur sgt2 bila tgok pokok mula mengeluarkan hasil..
BalasPadamAlhamdulillah, Abe Kie. Adalah sikit hasil, buat masak keluarga sendiri.
PadamBoleh saya berkebun awal-awal pagi tak la terasa sangat bahangnya
BalasPadamYa, Encik Hanafi, itu yang saya mula pukul 7 pagi tu. Lebih awal dari itu, nyamuk pula yang banyak.
PadamCantiknya bunga ros kuning tu. Mekar elok terletak. Nanti Tot akan ada pokok bendi baru selepas menyemai benih dari bendi tua tuh ye. Jahat betul bena putih tuh kan. Cepat naw dia merebak. Semoga Tot happy dan bahagia sokmo di sisi keluarga ye
BalasPadamHa ah. Pokok tua biasa saya cabut, dan semai biji benih baru.
PadamAminn... 🤲 Terima kasih, KSarie. Semoga berbalik semula doanya pada KSarie.
Cantiknya bunga ros kuning. Pokok bunga ros ni perlu disayang selalu sebab dia pandai merajuk kakau rak dipeduli.
BalasPadamBetul tu, kak Amie. Kalau malas membaja pun, kena juga siram pokok setiap hari.
PadamBulan puasa ni .kebun , pokok² bunga malas nak jenguk .. kena rajinkan diri untuk siram pokok .. kat rumah pokok kacang bendi tumbuh hasil ..selalu celur buat ulam ..
BalasPadamCantiknya bunga pokok roses tu ...
Pokok rose jepun CCL haritu kena bena lepas tu dah fedup nak jaga .. runit bila dah kena bena ni
Alhamdulillah, merasa makan sayur tanam sendiri ya, CCL.
PadamBetul. Kalau ada bena, potong je batang yang ada bena putih tu. Lepas tu, sembur penghalau serangga, CCL. Boleh selamat pokok ros jepun, cuma kena tengok selalu, takut bena putih datang balik.
Lama juga Nur di luar. Ya Allah, saya sekarang lepas Subuh tidur. Mengantuk sangat.
BalasPadamKalau mengantuk sangat, memang kena tidur, NA. Badan kena rehat.
PadamCantiknyaaa ros kuning Nur. glowing la diaaa 😍
BalasPadamItu la. Warna kuning terang tu, menyerlah. 🥰
Padam