Friday, March 20, 2026

Masak apa 29 Ramadan

Semalam, 19 Mac 2026, bersamaan 29 Ramadan, tak sempat nak online untuk update blog. Banyak buat kerja. Bila kerja dah siap, badan pula takde kederat. Berlunjur je depan TV, rehat. 

Insya-Allah, nanti lepas update entri ini, saya sekeluarga akan bertolak ke KL. Orang raya balik kampung. Kami raya, pergi bandar. Hehe...

Kakak kedua, sudah selamat sampai dari Kuching, semalam. Dia request saya bawa paru masak hitam. 

Saya sudah beli awal minggu ini, paru. Ambil dua ketul blok paru. Bila timbang satu blok, tak sampai sekilo. Ambil dua blok, tak sampai 2 kilo. Ok la tu. 

Semalam, saya pun masak la. Sebab pagi. Orang semua cakap hari Jumaat, raya. Tak apa lah tu, kita sudah prepare awal, siap masak segala.

Rebus dulu paru

Paru is lempung, in bahasa orang Perak. Rebus sampai air hampir kering. Tinggal sikit air rebusan. Bila rebus memang nampak banyak, sebab paru tu timbul ke atas.

Siap! Paru masak hitam.

Hehe... macam magik pula, ya. Baru tadi rebus, tiber jadi lauk. Dipendekkan cerita. Alhamdulillah, sudah rasa semalam, waktu berbuka. Cukup garam dan rasa. Itulah bila masak time puasa ni, semua main agak-agak je, nasib baik sedap. Suami saya lah kata. Anak-anak pun makan berselera. 😋
Saya tidak merendang, kerana kakak sulung yang tinggal di KL yang akan masak. Bersama nasi tomato, segala. 

Spagetti goreng

Ini juadah berbuka semalam. Tiru style Mulan, masak spagetti dalam periuk. Bernas sungguh idea ni. Takde la mercik keluar masa menumis rencah. 
Nasi pun saya masak juga. Nasib baik ada masak. Sebab boleh buat sahur, nasi. Spaggeti waktu berbuka, tinggal secoet je. Laku, Alhamdulillah...

Sambal sardin
Buat sambal sardin sebab plan kalau hari ni raya, saya nak masak cucur pagi-pagi, makan dalam perjalanan ke KL. Tapi sebab hari ni kita puasa, cancel buat cucur. Sambal sardin buat lauk berbuka hari ni. 

Petang
Lepas Asar, masuk dapur lagi. Suami kerja balik lewat, jadi tak pergi bazar. Kalau pergi pun, masih ada ke orang niaga, kan. Jadi, sediakan sesuatu ekstra. Anak-anak lelaki sedang giat membesar macam ni la. Deme makan banyak.

Goreng ayam
Ayam goreng bahagian drummet, goreng 4 ketul yang frozen.

Goreng keropok lekor

Sebab keropok lekor Terengganu sudah duduk lama dalam freezer, saya rebus dulu sampai lembut. Lepas lembut, potong, barulah goreng. Alhamdulillah, masih sedap rasa dia. 😋
Orait. Harap trafik tak sesak la nanti. Kome dah sampai kampung ke? Hati-hati di jalanraya, semua. 
Jumpa lagi, ye. 💗

22 comments:

  1. meriah la raya nanti bila semua adik-beradik berkumpul. Salam Aidil Fitri dari Tanah Merah, Kelantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri, Abe Kie. Maaf zahir batin ya.

      Delete
  2. Ohh raya bandar rupanya, kurangla sikit jem 😁 sedapnya paru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Mazni. Lancar je trafik hari tu, pergi KL. 😊

      Delete
  3. Terbalik pulak ye, orang balik kampung Nur pulak datang KL hehe... Sedap tu lauk paru. Kami panggil kelepong, bunyi akan² sama dgn lempong juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, itulah pasal, PH.
      Ye la, lebih kurang bunyinya, kelepong. Hik hik!

      Delete
  4. Meriah betul juadah berbuka kak tot. Selamat berbuka untuk puasa yang ke-30 kak. Dan selamat hari raya.

    Lama rasa tak makan paru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Sofie. Selamat hari raya juga untuk Sofie.
      Ha ah, paru macam menu jarang² dimasak, kan.

      Delete
  5. Huntunglah balik bandar tak ngadap jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi KL tak jem, Wak. Balik Perak, hambikk.. 😅

      Delete
  6. Sama lah kita. Tak sempat nak update bila dah dekat-dekat raya.

    Sini masih ramai peniaga kat bazar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, banyak kerja nak kena settle, kan.
      Baguslah camtu, senang nak cari makan.

      Delete
  7. Ya Allah sedap nya paru masak hitam tu... Kita melihat dengan penuh kesabaran sahaja hahaha.. terliur tgk semua nya..

    ReplyDelete
  8. Ooo Nir beraya di KL...ala mana2 pun sama aje...sedapnya menu paru masak hitam..share resipi plisssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya share resepinya nanti, ya SA, waktu entri last ramadan nanti ya. Entri buka posa di KL, Insya-Allah.

      Delete
  9. Selamat Hari Raya Tot. Maaf Zahir Batin. Lauk paru favourite KSarie juga. Seronok dia beraya. Tidak akan tersangkut dalam kesesakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, KSarie. Maaf zahir batin juga. 🤗 Ye, Alhamdulillah. Pergi, trafik lancar. Balik je, sangkut kat Kuala Selangor.

      Delete
  10. Ada juga raya KL pada raya pertama. Dahulu seronok jalan beraya kerana tidak sesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. tempat saya pergi ni pun, tidaklah sesak mana di pagi raya.

      Delete