Masak apa 29 Ramadan
Semalam, 19 Mac 2026, bersamaan 29 Ramadan, tak sempat nak online untuk update blog. Banyak buat kerja. Bila kerja dah siap, badan pula takde kederat. Berlunjur je depan TV, rehat.
Insya-Allah, nanti lepas update entri ini, saya sekeluarga akan bertolak ke KL. Orang raya balik kampung. Kami raya, pergi bandar. Hehe...
Kakak kedua, sudah selamat sampai dari Kuching, semalam. Dia request saya bawa paru masak hitam.
Saya sudah beli awal minggu ini, paru. Ambil dua ketul blok paru. Bila timbang satu blok, tak sampai sekilo. Ambil dua blok, tak sampai 2 kilo. Ok la tu.
Semalam, saya pun masak la. Sebab pagi. Orang semua cakap hari Jumaat, raya. Tak apa lah tu, kita sudah prepare awal, siap masak segala.
![]() |
| Rebus dulu paru |
Paru is lempung, in bahasa orang Perak. Rebus sampai air hampir kering. Tinggal sikit air rebusan. Bila rebus memang nampak banyak, sebab paru tu timbul ke atas.
![]() |
| Siap! Paru masak hitam. |
![]() |
| Spagetti goreng |
![]() |
| Sambal sardin |
![]() |
| Goreng ayam |
![]() |
| Goreng keropok lekor |







sedap tu menu paru...fav kita
BalasPadamSedap, mama tisya, Alhamdulillah.
Padammeriah la raya nanti bila semua adik-beradik berkumpul. Salam Aidil Fitri dari Tanah Merah, Kelantan..
BalasPadamSalam Aidil Fitri, Abe Kie. Maaf zahir batin ya.
PadamOhh raya bandar rupanya, kurangla sikit jem 😁 sedapnya paru
BalasPadamHa ah, Mazni. Lancar je trafik hari tu, pergi KL. 😊
PadamTerbalik pulak ye, orang balik kampung Nur pulak datang KL hehe... Sedap tu lauk paru. Kami panggil kelepong, bunyi akan² sama dgn lempong juga kan
BalasPadamHa ah, itulah pasal, PH.
PadamYe la, lebih kurang bunyinya, kelepong. Hik hik!
Meriah betul juadah berbuka kak tot. Selamat berbuka untuk puasa yang ke-30 kak. Dan selamat hari raya.
BalasPadamLama rasa tak makan paru.
Terima kasih, Sofie. Selamat hari raya juga untuk Sofie.
PadamHa ah, paru macam menu jarang² dimasak, kan.
Huntunglah balik bandar tak ngadap jem
BalasPadamPergi KL tak jem, Wak. Balik Perak, hambikk.. 😅
PadamSama lah kita. Tak sempat nak update bila dah dekat-dekat raya.
BalasPadamSini masih ramai peniaga kat bazar.
Itulah, banyak kerja nak kena settle, kan.
PadamBaguslah camtu, senang nak cari makan.
Ya Allah sedap nya paru masak hitam tu... Kita melihat dengan penuh kesabaran sahaja hahaha.. terliur tgk semua nya..
BalasPadamHehe.. Alhamdulillah, sedap². 😋
PadamOoo Nir beraya di KL...ala mana2 pun sama aje...sedapnya menu paru masak hitam..share resipi plisssss
BalasPadamNanti saya share resepinya nanti, ya SA, waktu entri last ramadan nanti ya. Entri buka posa di KL, Insya-Allah.
PadamSelamat Hari Raya Tot. Maaf Zahir Batin. Lauk paru favourite KSarie juga. Seronok dia beraya. Tidak akan tersangkut dalam kesesakan
BalasPadamSelamat hari raya, KSarie. Maaf zahir batin juga. 🤗 Ye, Alhamdulillah. Pergi, trafik lancar. Balik je, sangkut kat Kuala Selangor.
PadamAda juga raya KL pada raya pertama. Dahulu seronok jalan beraya kerana tidak sesak.
BalasPadamKann.. tempat saya pergi ni pun, tidaklah sesak mana di pagi raya.
Padam