Monday, March 30, 2026

Sarapan Mamak dan masak apa

Cerita pada 5 Syawal 1447H, bersamaan 25 Mac 2026 yang lepas.

Sudah dua pagi berturut-turut, saya dan suami keluar jogging. Hari itu, kami keluar sarapan bersama, satu keluarga. Itupun, anak kedua, Hafizan tak ikut. Dia tak mandi satu hari, hari sebelumnya, bertapa dalam bilik, siapkan kerja. Ish ish ish...

Saya cakap gosok gigi sudahlah. Tapi dia kata, rasa dia kotor, jadi suruh kami tapau makanan saja. Baiklah.

Kami pergi restoran mamak di Kg Acheh, dekat pelabuhan Lumut. Luas kedainya. Walaupun ramai orang, tapi ada banyak tempat kosong.

Anak bongsu, Sulaiman, pesan nasi goreng ayam

Selalu atas meja depan restoran mamak itu, ada tersedia makanan siap dimasak ala bufet style, seperti bihun, mee, kuetiau, nasi goreng, putu mayam dan sebagainya. Tapi masa suami saya pergi tengok di meja, semua licin, you..... laris jualan kedai mamak lepas raya.

Anak sulung, Amirul pesan roti kahwin.

Roti kahwin kedai mamak, bermaksud roti telur yang disatukan dengan roti kosong. Dapat kuah dhal. Tapi Amirul minta kuah kari ikan juga.

Ambil ayam goreng seketul.

Kasi potong dan kongsi makan ramai-ramai.

Mama makan tosei garing.

Bapa budak makan roti sardin. Tak ambil gambar sebab tangan sudah pegang makanan, malas nak ambil phone. Lamanya tak makan tosei. Cicah chutney kelapa.

Balik dari mamak, kami pergi pick-up kopi di Zus Manjung Point. Amirul nak order buttercreme series, tapi sold out di Zus cawangan Lumut. Jadi, kami order dari cawangan Manjung Point. Lagi bagus, sebab sekali jalan je, dari kedai mamak.

Lepas ambil kopi, kami singgah PCK Fresh Mart, saya beli udang 10 ekor. Boleh tahan besar juga udangnya.

Balik rumah, suami ambil mesin rumput, potong rumput. Saya pun join sekali, menebas di bahagian tepi rumah. Sampai pukul 10 pagi, barulah kami masuk rumah. 

Saya memang dah rancang dari awal, nak masak bihun goreng.

Siap! 

Goreng sebungkus je bihun. Nanti nak hidang, tabur daun bawang. Alhamdulillah. Kalau orang datang beraya, jamu bihun goreng. Tak ada orang datang beraya, kita makan sendiri sampai ke malam. Hehe... 

Hari ni kome makan apa? Selamat bekerja ya, pada semua yang sudah kembali bertugas.

Jumpa lagi. 💗

32 comments:

  1. ayam goreng mamak tu SA suka..suka amik drumstick atau whole leg..juicy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... garing di luar, juicy di dalam. 😋

      Delete
  2. Saya kalau order roti canai biasanya mesti nak 1 telur, 1 kosong. Senang kalau ada jual roti kahwin, taklah saya rasa segan nak order dua keping makan sorang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa, kebanyakan kedai mamak ada roti kahwin ni, Ujie.
      Hehe.. apa yang nak disegankan. Mamak tu lagi suka kalau kita order banyak keping.😁

      Delete
  3. Hari Jumaat Linda sekeluarga ke Manjung, lupa nak roger akak..kot la boleh beraya.. hihi..

    Ingatkan anak² Linda yang kecik² je susah nk suruh mandi..rupanya abang Hafizan pun sama.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sedari raya kedua sudah ada di Manjung. Lain kali Linda mai Manjung, roger je la, ya.
      Oooo... ini kes buat assignment last minute, Linda, tak sempat makan, tak sempat mandi, tu la kan, tabiat buruk sejak budak ni sekolah menengah. Esok nak hantor, hari ni baru kelam kabut siapkan kerja.

      Delete
  4. Musim raya ni kedai banyak tutup. Kedai mana yang buka tu full house la.

    ReplyDelete
  5. Time raya ramai orang luar, kedai mamak la diserbu sbb kedai orang kita tutup, masih beraya.
    Rugi sy tak bertandang ke rumah Nur, sy suka bihun goreng 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, PH. Ramai orang luar.
      Lain kali mai ye, PH, singgah beraya. Tahun depan, panjang umur, Insya-Allah, saya ada di Manjung je ha, suami turn kerja.

      Delete
  6. Amboi... roti kahwin... dah teringin le tu.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tak boleh, belajar pun belum habis.

      Delete
  7. Tose garing tu kesukaan ciknur he hee
    Slmt hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan, Ciknur.. tosei... 😋
      Selamat hari raya, Ciknur... maaf zahir batin juga.. 🤗

      Delete
  8. Banyak acara tu, makan sarapan kedai mamak, minum kopi zussss, tenaga dah banyak, tebas rumput dan lalang pulak. Iman pun kalau ke mamak sekarang suka sgt order roti kahwin, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kerja saya, SK. Sibuk dengan benda-benda macam ni la, sampai tak sempat online.
      Aik.. macam ada makna tu.. hehehe... boleh gang dengan Amirul.

      Delete
  9. Lepas puasa ni dah 2-3 kali jugak makan tosei hehe

    ReplyDelete
  10. Ha....hari raya ketiga KSarie udah keluar rumah cari kedai mamak sebab udah tak lalu hendak makan lemang, rendang bagai😅 Tosei makan dengan chutney memang paling ngam. Ayam goreng mamak macam dalam gambar ni memang KSarie suka😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kannn... Itulah, feveret ayam goreng, bila pergi mamak, mesti ambil at least seketul.

      Delete
  11. Aduuuuuh jadi teringin tosei. 😍😍😍. Dah lama tak makan ini 😄. Tak sabar menunggu june, nak refreshing ke KL lagi, kali ini sendirian kak. Memang tujuan saya hanya nak santai, kuliner, lihat2 sekitaran 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... solo trip. Beraninya, Fanny. Tapi Fanny sudah biasa kan, dengan Malaysia. 😊

      Delete
  12. waduhhhhh tosei & ayam goreng mamakkkk sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  13. Sayapun suka tosei tapi tidak pernah makan dalam kedai mamak. Hari itu Auntie Nani bawa balik sedap pula toseinya.
    Ya Allah teringat adik bongsu saya begitu waktu sekolah tidak pernah mandi seharian. Lepas dia dapat belajar luar negara, dah tiada tabiat itu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan, tosei.
      Bijak adik NA. Hehe.. perangai budak-budak sekarang. Suka buat kerja last minute, sampai nak mandi pun tak sempat.

      Delete
  14. sedapnya menu sarapan hari ni. Yummy...

    ReplyDelete
  15. Banyak betul kuah tosei tu, sampai 3!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, tapi paling sedap, chutney kelapa tu, Mazni. Sambal merah tu manis sangat. Dhal okay juga, pilihan lebih sihat.

      Delete