Cerita pada hari Ahad, 3 Mei 2026 yang lepas. Pagi-pagi, sudah mengunjungi pasar terpanjang Kuala Kangsar. Saja, jalan-jalan cari makan dan jamu mata. Pasar ini setiap hari Selasa petang dan pagi Ahad. Saya tak pernah pergi Selasa petang. Jauh nak jalan waktu petang ke Kuala Kangsar. Kalau pagi-pagi tak apa.
Jarak antara Manjung ke Kuala Kangsar lebih kurang 86 kilometer. Kalau ikut Lebuhraya Pantai Barat, WCE, lebih kurang 1 jam 20 minit masa perjalanan. Sudah banyak entri saya berkenaan Pasar Kuala Kangsar. Jika berminat untuk baca, bolehlah klik link berikut:
π· Suatu Pagi di Pasar Terpanjang Kuala Kangsar
π· Makan di Kedai Sup
π· Pergi Pasar Pagi Kuala Kangsar
Saya dan suami memang suka pergi jalan-jalan di pasar hujung minggu. Macam-macam benda kita boleh jumpa. Selain beli barang dapur, beli makanan juga, dan jamu mata tengok tudung, baju, buah-buah, sayur-sayur, produk IKS, dan macam-macam lagi.
Pada hari tersebut, kami singgah sarapan di kedai nasi kerabu yang kami pernah makan di lokasi pasar.
![]() |
| Nasi berlauk ayam bakar. |
Memang kegemaran saya ni. π Nasi itu, sudah minta separuh. Masih nampak banyak. Suami saya pula makan nasi kerabu. Tak ambil pula gambar nasi suami. Sebab lapar, tak ingat dah nak ambil gambar. Hehe..
![]() |
| Ini kedainya. |
Kedai Nasi Kerabu Tumis Khaiwani. Ada nasi kerabu, nasi dagang, laksam, nasi berlauk dan nampaknya sudah tambah menu baru, nasi kukus ayam berempah.
Pagi, saya makan nasi berlauk. Tengahari, di rumah, saya makan pasembor yang dibeli di pasar di pagi hari. Kongsi makan dengan suami.
![]() |
| Pasembor untuk makan tengahari. |
Pasembor ini, asalnya makanan dari Pulau Pinang, dan terdiri daripada bahan-bahan seperti timun yang dimayang, kentang, tauhu, taugeh, dan cucur yang dihidangkan bersama kuah kacang yang pekat. Boleh tahan sedap. Cucurnya pun masih rangup, walaupun kami bungkus dan makan di rumah waktu tengahari.
Selepas Asar, kami hantar anak kedua, Hafizan, balik PUO di Ipoh.
Singgah maghrib di surau stesen minyak Shell. Malam, saya makan bihun tomyam. Sebelum tu, kami singgah stesen minyak Petron yang ada Mynews. Beli kopi. Pertama kali saya beli kopi Maru. Kurang sedap, pada pendapat saya. Huhu... singgah stesen minyak Petron tu, sebab nak ke tandas. Tandas di stesen minyak kami singgah maghrib sebelum itu, rosak. Biasanya, MyNews ini ada di shopping mall. Ini, di stesen minyak. Saya dapati di dalamnya, selain minuman, ada makanan juga, macam mini cafe. Oh, memang ini laluan perjalanan kalau orang dari Simpang Pulai, atau Cameron Highland, nak ke daerah Perak Tengah.
☕ Americano Ais harga RM6.49
☕ Americano panas harga RM5.99
Kalau tak cuba, tak tahu. Sudah cuba, baru tahu.
![]() |
| Lama tak makan bihun tomyam. |
Kami singgah makan di kedai tomyam dekat Siputeh, Perak. Sudah lepas Batu Gajah, tapi sebelum sampai Tronoh. Bihun tomyam sedap. π Dulu waktu zaman bujang, asal ke kedai tomyam saja, mesti pesan bihun tomyam. Kombinasi rasa masam dan pedas memang buat berpeluh bila kita makan. Lega rasanya.
Alhamdulillah. Syukur, rezeki dapat makan sedap-sedap dan berjalan-jalan sambil hantar anak di Ipoh.
Selepas ini, kalau pergi Ipoh lagi untuk hantar Hafizan, kena gerak dari rumah lebih awal. Pihak politeknik sudah wajibkan kereta ibubapa boleh masuk ke kolej penginapan sebelum jam 7 malam. Ini berikutan kes pelajar kolej yang mati ditikam 61 kali itu. Sebelum ini, boleh saja masuk walaupun selepas jam 7 malam. Undang-undang baru. Semoga anak-anak kita selamat sentiasa, janganlah bagi keluar seorang-seorang, mesti berteman ke mana-mana.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. π




sedap semua pilihan makanannya
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang sedap.
DeletePasar terpanjang di kuala kangsar? menarik utk diziarahi ni..
ReplyDeleteAduh tak tahan tengok nasi berlauk ayam tu.. ingat nasi dagang sbb mcm lebh kurang sama jer huhuu..
Nampak macam nasi dagang sebab saya ambil acar nasi dagang kot. Tapi nasi, saya ambil nasi putih.
DeleteJauhnyer jjcm
ReplyDeleteHehe.. sambil ronda-ronda naik kereta, Wak.
DeleteMasa arwah pah (nenek suami) masih ada pernah la pi pasar KK tu. Macam2 ada jual.
ReplyDeleteBetul, Cie. Kenangan ya.
DeleteMemang seronokbkalau pergi pasar. Macam-macam boleh jumpa. Kadang tak cukup tangan menjinjing barang yang dibeli.
ReplyDeleteBetul tu kak, dua tangan penuh plastik belian. π
DeleteYa sayapun selalu pesan bihun tomyam atau kuetiau tomyam. Memang sedap ada pedas, masam,masin.
ReplyDeleteKann... NA. Kuetiau tomyam masih belum cuba, saya lebih suka bihun.
Deletelama tk mkn passembor
ReplyDeleteNanti cari, ya. Sedap! π
Deletenasib baik jauh..kalau dekat SA dah pergi dah...
ReplyDeleteHehe..
Deleteipoh memang syurga makanan! bulan 6 nanti saya ada kenduri kat sana, memang nak singgah jalan2 dan makan hihi
ReplyDeleteWah...kena plan elok² tu mana nak pergi, Mazni. π
DeletePasembor sedapnya. Lama sungguh tak ke Pasar Minggu/Tani
ReplyDeleteMacam² ada di pasar minggu atau tani. Best jamu mata, Mulan. π
Deletebila2..nak try la ke pasar pagi kuala kangsar tu...
ReplyDeleteaamin...semoga yang baik2 je untuk anak2 kita, selamat di mana sahaja mereka berada...
Pergilah Linda, nak cuti sekolah ni, boleh bawa anak² jalan².
DeleteAminn.. π€² mudah-mudahan anak² sentiasa dilindungi Allah.
Kebetulan baca post ini waktu menunggu sup cendawan yang tidak kunjung tiba langsung la extra kelaparan tengok gambar nasi kerabu. KSarie 1 hari belum makan sebab sakan mesyuarat pagi petang busy mengalahkan PMXπ Nanti harap ada chance nak merayap di pasar pagi Kuala Kangsar
ReplyDeleteMasya-Allah, satu hari tak makan, sudah kira IF dah tu, KSarie. Hehe.. sila, sila, KSarie.
DeleteRinduuuu nak nasi kerabu ππππ. Memang hrs cari menu ini pas di KL lah.
ReplyDeletePasembor pun saya sukaaa kak. Tp sedihlah, pas ke Penang trakhir, tak jumpa langganan pasembur yg dulu saya sering beli. Akhirnya beli di gurney , tp tak sedap. Cucur nya pun dah melempem. Teringin nak cari yg sedap lagi
Tomyam bihun memang sukaaaa. Apalagi kalau pedas kan ππ.
Nanti cari ya, Fanny. π
DeletePasembor memang agak payah nak jumpa yang sedap, kan..
Bihun tomyam tu, penawar kalau rasa nak demam, Fanny.