Jumaat, 26 Jun 2026

Jalan pagi

 Pada 22 Jun 2026 yang lepas, kami nak keluar jalan pagi. Tapi, cuaca hujan di rumah. Tak lebat, cuma renyai. Tapi kami tetap pergi ke Padang Sitiawan dengan harapan sana cuaca baik. 

Sampai Sitiawan, memang betul. Ada awan gelap di langit, tapi cuaca tidak hujan. Saya dan suami pun mula berjalan.

Sudah lama tak jalan pagi. Sibuk dengan urusan anak-anak. Urusan di luar saja. Tak sempat bersenam.

Awan mendung berarak kelabu di langit.
Awan mendung berarak kelabu di langit.

Alhamdulillah. Jalan perlahan saja, sambil bercerita sesama kami, suami-isteri. Sebab langkah suami besar, untuk jalan seiringan, saya perlu slowjog di sebelah suami. Langkah kecil, kaki pendek. 

Seperti biasa, ramai juga orang berjalan di padang.

Aktiviti jalan pagi menggunakan aplikasi Garmin Connect
59 minit jalan pagi.

Dapat jarak 4.46 kilometer.

Nasib baik juga kami tetap keluar ke Sitiawan walau hujan di rumah. Rezeki bila sampai, cuaca mengizinkan untuk riadah pagi. Kalau kami terus ambil keputusan tidak pergi jalan dari rumah kerana hujan, lalu pergi sarapan terus, sudah tak dapat nak bersenam pagi.

Mendung tidak bererti hujan. Hujan di tempat kita, boleh jadi panas di tempat orang. Rezeki Allah belaka, dan juga keputusan yang kita ambil. 

Susah nak konsisten berjalan setiap hari. Tapi kita cubalah mana mampu. Insya-Allah.

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

30 ulasan:

  1. Ya pernah Abah kata hendak hujan tapi keluar juga nasib baik mendung sahaja.
    Betul itu susah hendak konsisten. Ada hari rajin sampai buat 2 kali ada hari langsung tiada.

    BalasPadam
  2. Kl ujan ptg biasaa lebat
    Seronok briskwalk sambil menikmati keindahan alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestlah hujan petang, malam sejuk, syok tidur. 😊
      Alhamdulillah. Release tension, dapat berjalan.

      Padam
  3. Ye betul tu. Kadang kat putrajaya tak hujan balik ampang eh lebat pulak.

    BalasPadam
  4. sy pun kena pi brisk walk sbb rasa x sedap badan je skrg ni...

    BalasPadam
  5. seronok nya dapat bersembang2 dengan suami.. linda, kurang berkomunikasi.. tapi kuat ngusik..sembang kosong boleh la.. hahaha.. kita takde sesi luahan rasa bagai.. meluah melalui wasap je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, gitu. Cerita hal anak² je, Linda. Kena bincang. Hal ehwal keluarga. Hehe..

      Padam
  6. alhamdullilah, tempat berbeza tak hujan org tua-tua kata tak melintas hujannya

    BalasPadam
  7. rajinnyer jalan2 sitiawan sampai ke Lumut ke tuhh., hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takdelah sampai ke Lumut. Keliling padang je, Wak.

      Padam
  8. Seronok mbak bisa keluar sembari ngobrol suami istri.
    saya kalau pagi jarang bisa lari pagi atau sekedar berjalan santai, sebab sejak pagi sudah sibuk beres-beres rumah. Jam 8-9an sudah harus siap2 ke kantor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Bisa briskwalk bersama, bila suami akak off day saja, sekali-sekala.
      Harus utamakan yang penting dulu, Mas, bila hujung minggu atau cuti, barulah bawa isteri dan anak jalan-jalan, ya.

      Padam
  9. Ada masa petang hujan kat Lipis ni. Ada masa malam hujan. Petang boleh la jalan2 kalau tak hujan. Dapat 1-2km dah ok apetah lagi 4-5km.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Cie, tak perlu kejar jarak. Ikut mana sempat saja. Sikit pun jadi, asal konsisten.

      Padam
  10. rindunya nak briskwalk di lake garden. ammi kena rehatkan lutut dulu sebab lutut dah masuk kategori sakit sangat bila berjalan dan next month baru nak mula 1st fisio session di hospital.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak.. semoga lutut Ammi cepat sembuh. Kalau sakit bila berjalan, seksa juga. Apatah lagi nak solat. Semoga dipermudahkan sesi fisio Ammi.

      Padam
  11. Suka baca perkongsian Tot yang selalu briskwalk sama-sama dengan suami. Harmoni sangat ceritanya. Semoga terus bahagia dan dapat teruskan briskwalk bersama-sama sehingga akhirnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, YRA... 🤲 terima kasih, KSarie.

      Padam
  12. untunglah tiba di padang jadi tak hujan, hanya mendung ya kak... justru enak untuk briskwalk. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Fanny, sebab cuaca mendung, tidak panas. 😊

      Padam
  13. cuaca mendung2 ni sedap briskwalk, rasa sejuk jee

    BalasPadam
  14. Faa kalau jalan dengan husb pun kadang tertinggal kat belakang. Jika pula jogging atau running, hehehe. Jenuh mengejar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, deme ni kaki panjang kan. Takpe, kaki kita pendek, jadi steps kita lebih banyak. Hehe..

      Padam