Pada 22 Jun 2026 yang lepas, kami nak keluar jalan pagi. Tapi, cuaca hujan di rumah. Tak lebat, cuma renyai. Tapi kami tetap pergi ke Padang Sitiawan dengan harapan sana cuaca baik.
Sampai Sitiawan, memang betul. Ada awan gelap di langit, tapi cuaca tidak hujan. Saya dan suami pun mula berjalan.
Sudah lama tak jalan pagi. Sibuk dengan urusan anak-anak. Urusan di luar saja. Tak sempat bersenam.
![]() |
| Awan mendung berarak kelabu di langit. |
Alhamdulillah. Jalan perlahan saja, sambil bercerita sesama kami, suami-isteri. Sebab langkah suami besar, untuk jalan seiringan, saya perlu slowjog di sebelah suami. Langkah kecil, kaki pendek.
Seperti biasa, ramai juga orang berjalan di padang.
![]() |
| 59 minit jalan pagi. |
Dapat jarak 4.46 kilometer.
Nasib baik juga kami tetap keluar ke Sitiawan walau hujan di rumah. Rezeki bila sampai, cuaca mengizinkan untuk riadah pagi. Kalau kami terus ambil keputusan tidak pergi jalan dari rumah kerana hujan, lalu pergi sarapan terus, sudah tak dapat nak bersenam pagi.
Mendung tidak bererti hujan. Hujan di tempat kita, boleh jadi panas di tempat orang. Rezeki Allah belaka, dan juga keputusan yang kita ambil.
Susah nak konsisten berjalan setiap hari. Tapi kita cubalah mana mampu. Insya-Allah.
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗


Ya pernah Abah kata hendak hujan tapi keluar juga nasib baik mendung sahaja.
BalasPadamBetul itu susah hendak konsisten. Ada hari rajin sampai buat 2 kali ada hari langsung tiada.
Kann...
PadamRajin NA, buat sampai 2 kali.
Kl ujan ptg biasaa lebat
BalasPadamSeronok briskwalk sambil menikmati keindahan alam
Bestlah hujan petang, malam sejuk, syok tidur. 😊
PadamAlhamdulillah. Release tension, dapat berjalan.
Ye betul tu. Kadang kat putrajaya tak hujan balik ampang eh lebat pulak.
BalasPadamKan, kak, hujan setempat.
Padamsy pun kena pi brisk walk sbb rasa x sedap badan je skrg ni...
BalasPadamJom Abe Kie, jom.
Padamseronok nya dapat bersembang2 dengan suami.. linda, kurang berkomunikasi.. tapi kuat ngusik..sembang kosong boleh la.. hahaha.. kita takde sesi luahan rasa bagai.. meluah melalui wasap je..
BalasPadamOh, gitu. Cerita hal anak² je, Linda. Kena bincang. Hal ehwal keluarga. Hehe..
Padamalhamdullilah, tempat berbeza tak hujan org tua-tua kata tak melintas hujannya
BalasPadamHa ah, betul, betul.
Padamrajinnyer jalan2 sitiawan sampai ke Lumut ke tuhh., hehe
BalasPadamTakdelah sampai ke Lumut. Keliling padang je, Wak.
PadamSeronok mbak bisa keluar sembari ngobrol suami istri.
BalasPadamsaya kalau pagi jarang bisa lari pagi atau sekedar berjalan santai, sebab sejak pagi sudah sibuk beres-beres rumah. Jam 8-9an sudah harus siap2 ke kantor.
Alhamdulillah. Bisa briskwalk bersama, bila suami akak off day saja, sekali-sekala.
PadamHarus utamakan yang penting dulu, Mas, bila hujung minggu atau cuti, barulah bawa isteri dan anak jalan-jalan, ya.
Ada masa petang hujan kat Lipis ni. Ada masa malam hujan. Petang boleh la jalan2 kalau tak hujan. Dapat 1-2km dah ok apetah lagi 4-5km.
BalasPadamBetul, Cie, tak perlu kejar jarak. Ikut mana sempat saja. Sikit pun jadi, asal konsisten.
Padamrindunya nak briskwalk di lake garden. ammi kena rehatkan lutut dulu sebab lutut dah masuk kategori sakit sangat bila berjalan dan next month baru nak mula 1st fisio session di hospital.
BalasPadamAlamak.. semoga lutut Ammi cepat sembuh. Kalau sakit bila berjalan, seksa juga. Apatah lagi nak solat. Semoga dipermudahkan sesi fisio Ammi.
PadamThese photos of your walk are lovely!
BalasPadamThank you, Linda.
PadamSuka baca perkongsian Tot yang selalu briskwalk sama-sama dengan suami. Harmoni sangat ceritanya. Semoga terus bahagia dan dapat teruskan briskwalk bersama-sama sehingga akhirnya
BalasPadamAmin, YRA... 🤲 terima kasih, KSarie.
Padamuntunglah tiba di padang jadi tak hujan, hanya mendung ya kak... justru enak untuk briskwalk. ;)
BalasPadamBetul, Fanny, sebab cuaca mendung, tidak panas. 😊
Padamcuaca mendung2 ni sedap briskwalk, rasa sejuk jee
BalasPadamBetul, betul!
PadamFaa kalau jalan dengan husb pun kadang tertinggal kat belakang. Jika pula jogging atau running, hehehe. Jenuh mengejar.
BalasPadamItulah, deme ni kaki panjang kan. Takpe, kaki kita pendek, jadi steps kita lebih banyak. Hehe..
Padam