Cerita pada 29 Mei 2026 yang lepas. Ada salinan dokumen perlu pengesahan. Sukacita dimaklumkan, anak bongsu saya, Sulaiman, dapat tawaran memasuki Politeknik Ungku Omar (PUO), sama tempat dengan anak kedua, Hafizan. Syukur Alhamdulillah.
Sekarang tengah buat persiapan sikit-sikit. Hari itu, perlu dapatkan cop dan pengesahan salinan dokumen diakui sah oleh pegawai kerajaan. Seperti yang lepas-lepas, saya suka pergi ke sekolah saja, untuk dapatkan tandatangan pengetua.
![]() |
| Sekolah Sulaiman |
Ambil gambar dari dalam kereta. Aci guard cakap, tunggu pukul 8 ya, baru naik pejabat. Baiklah. Pukul 8 pagi, saya masuk pejabat sekolah. Kerani sekolah kata, hari sebelumnya, Hari Raya Kedua AidilAdha, Pengetua ada datang. Hari Jumaat itu, raya ketiga, dia pun tidak pasti siapa akan masuk pejabat. Kalau nak, boleh tunggu. Saya bertanyakan tentang sijil SPM Sulaiman. Sijil SPM pun belum ready. Jadi, saya pun blah dulu.
![]() |
| Lintas depan surau |
Masa on the way ke kereta dari pejabat sekolah, saya lalu surau. Ternampak selipar surau, tertulis Curi Gagal SPM. Hehe.. saya rasa ini surau guru dan kakitangan. Ada surau murid-murid di blok asing dekat kantin. Sekolah ini sekolah dua sesi.
Bagitahu suami akan ketiadaan pengetua. Suami cadang kami pergi Pejabat Penghulu pula. Ajom...
![]() |
| Buka, Pejabat Penghulu |
Pejabat Penghulu Mukim Lumut. Giliran suami pula masuk. Dari pengalaman lepas-lepas, selalu Penghulu dan kerani semua lelaki. Tengok-tengok, penghulu sudah bertukar. Penghulu baru, perempuan. Suami saya boleh ingat yang Puan Penghulu tu kerani. Hehe.. kami pun tak tahu langsung yang perempuan boleh jadi Tok Penghulu. Puan Penghulu yang cop, dia yang tandatangan. Settle, Alhamdulillah. Peramah, Puan Penghulu. Siap bercerita, sebelum itu, pelajar UniKL dah datang. Ini pelajar Politeknik pula (Sulaiman). Ye la, musim budak-budak masuk intake baru universiti dan kolej.
Selesai urusan pengesahan dokumen, kami ke pejabat pos pula, untuk pos dokumen yang sudah disahkan ke pihak politeknik.
Kita buat persiapan sikit-sikit. Nak beli laptop untuk Sulaiman, pakaian nak pergi kelas, dan sebagainya. Kurang 3 minggu lagi untuk pendaftaran. Kadang tu, saya sudah mula rasa sedih. Sebab lepas ni, mama tinggal seorang la, dekat rumah. Tak ada kawan dah. Anak sulung, Amirul, belum habis UiTM Dungun, Hafizan dan Sulaiman di Ipoh. Walaupun satu negeri, tapi 2 jam lebih juga kalau ke Ipoh. 🥹 Takpe la, mestilah sambung belajar, takkan sampai ke tua bawah ketiak mak.
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗



Wah Sulaiman satu tempat dengan Hafizan. Senang hendak jemput balik nanti. Hafizanpun boleh tengok adiknya.
ReplyDeleteTahniah Sulaiman. Gembira rasa hati dapat tempat.
Itulah, Alhamdulillah, NA. Sorang duduk kolej luar, sorang lagi pelajar baru kena duduk dalam. Betul, boleh la kalau nak makan sekali. Terima kasih, NA. Syukur Alhamdulillah.
Deletetahniah dpt poli yg sama abg
ReplyDeleteTerima kasih, mama tisya. Alhamdulillah.
DeleteTumpang bangga! Kalau tak silap PUO tu Poli pertama kat Malaysia kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah, mekasih, uncle. Ya, betul. Politeknik premier.
DeleteSyukur Sulaiman dapat satu tempat dengan Hafizan...senang la skit kan...Aunty SA tumpang bangga ye...
ReplyDeleteBetul, SA, boleh ambil sekali. Alhamdulillah. Terima kasih, SA. 🤗
DeleteWah tahniah sulaiman. Cucu saudara akak pun dapat juga. Masalahnya mak dan bapa sekarang tengha menunaikan ibadah haji. Balik je Malaysia nanti terus kena daftarkan anaknya. Atoknya dah pening fikirkan cucunya nak masuk PUO anak dan menantu masih di tanah suci lagi.
ReplyDelete