Sunday, June 14, 2026

Tengok the Furious

Entri ini, saya nak cerita tentang filem yang saya tonton di TGV Cinema Seri Manjung semalam. Jangan keliru, dengan satu lagi filem melayu yang tajuknya The Furious: Pertaruhan Maruah (Malaysia). Yang saya tengok ini, filem aksi dari Hong Kong.

❗ Spoiler alert ❗

Filem the Furious (2025)
Joe Taslim (kiri) dan Mo Tse (kanan) pelakon utama.

Filem aksi berbahasa Inggeris campur Mandarin ini, adalah filem tahun 2025, arahan Kenji Tanigaki. Penerbit yang sama untuk filem Crouching Tiger Hidden Dragon dan John Wick. Filem ini klasifikasi 18 tahun ke atas. Ganas. Budak-budak tak boleh tengok. Harap maklum.

Nampak familiar tak, hero yang gambarnya belah kanan di atas? Dulu masa kecil, dialah yang berlakon jadi anak Jet Li dalam filem the New Legend of Shaolin.

Filem the New Legend of Shaolin
Kredit Wikipedia

Memang pelakon ini sudah sebati dengan seni pertahanan diri ini, sejak kecil. 

Merujuk kepada gambar pertama di atas, pelakon belah kiri tu, Joe Taslim, pelakon dari Indonesia, yang juga merupakan atlet bersara dari sukan Judo, sudah banyak berlakon filem luar negara seperti antaranya the Raid, Fast and Furious 6, the Raid 2, Star Trek Beyond, Mortal Kombat 1 dan II, dan banyak lagi.

Selain dua pelakon hebat di atas, ada lagi barisan pelakon aksi hebat dalam filem the Furious ini, seperti Yayan Ruhian, Brian Le, Joey Iwanaga dan banyak lagi.

pelakon Indonesia hebat, Yayan Ruhian
Yayan Ruhian, Kredit Wikipedia

Jalan cerita hebat 

Filem the Furious ini memaparkan isu pemerdagangan manusia. Lebih tepat, kanak-kanak. Penuh aksi, filem ini, dari awal hingga akhir. Laju jalan ceritanya. Saya tak sempat nak tidur. Saya tak rasa pun nak tidur, sebab mata terpaku pada skrin. Hati berdebar-debar, melayan jalan cerita yang mendebarkan ini. 

Cerita tentang anak hero, kena culik, dan dia berusaha mencari semula anaknya. Sudah buat laporan polis, memang tak ada hasillah ya, sebab berapa banyak kes kanak-kanak hilang tapi tidak selesai, tidak termasuk lagi ketua polis sendiri yang makan rasuah dan bersubahat dengan orang-orang kaya tapi berselindung di sebalik jenayah dadah, penyeludupan dan lain-lain jenayah berat.

Hebat tengok pelakon utama ini, Xie Miao, dia bisu pula. Tak ada dialog langsung la. Tapi penuh aksi. Masa anak dia mula kena culik, dia boleh kejar pakai selipar saja. Pastu selipar tertanggal, kaki ayam je, kejar lori yang culik anak dia, lepas tu kaki dia terpijak kaca. 

Cerita susah hati la, bagi saya seorang ibu ini. Bila tengok anak kena culik kan, pastu buat laporan polis pula, kena tunggu la, apa, very the slow tindakan dari pihak berkuasa yinni, jadi, kita usaha sendirilah ya. 

Recovery dulu guna ais, ambil proper equipment dari rumah (hammer jer) dan terus pergi siasat tempat yang ada logo dia perhati masa dia berada atas lori anak dia kena culik itu. Satu-satu dia jejak. Masa dekat pub atau disko ni, dia guna hammer pukul orang. Langsung saya teringat siri Walking Dead. Masa Tyrese pukul zomba semua guna hammer. 

Tyrese dengan hammer dalam siri Walking Dead
Syok betul bunuh zomba, katok dengan penukul.

Siapa dulu masa kecil selalu main game dekat supermarket, yang ada permainan hammer mainan tu, pukul kepala tupai ke hamster yang keluar melalui lubang, sila angkat tangan? Hahaha... syok, kan. 

Eh, apa aku melalut ni. Berbalik semula kepada filem the Furious ini. 

Masa bergaduh dekat disco itulah, dia jumpa dengan mamat Joe Taslim ni. Watak dia, bini dia, seorang wartawan, hilang waktu menyiasat kes penyeludupan manusia. Yang hero ni pula, tengah cari anak dia yang kena culik. Haa.. elok la tu. Bergabung tenaga, meletup! 

Pelakon hebat

Lepas tu kan, ada seorang mamat jahat ni, pelakon ini berbadan besar, macam giant, tau. Pelakon yang memainkan watak orang jahat giant ini adalah Brian Le, hebat wei. Tak padan dengan badannya yang besar (sasa dan tinggi), dia boleh bergerak dengan tangkas. Macam binatang pun ada, sebab dia menggunakan kedua kaki dan tangan. Nampak badan dia ringan saja. 

Peh, kita ingat watak dia dah mati. Sudah lepas beberapa adegan. Eh, hidup lagi mamat ni, kome. 😅 Memang watak-watak bergaduh hingga ke titisan darah terakhir la!

Belum cerita lagi dia punya aksi berlawan, yang menarik, pusing sana sini, stunt sana sini, buat kita rasa macam motivasi la, nak workout supaya boleh tangkas dan cergas seperti watak-watak dalam filem ini. Chewah! 💪

Review saya

Pendek kata, memang penat la tengok filem ini. Kita yang tengok deme berlawan, tapi kita yang penat. Macam tengok filem John Wick 3 tu la. Macam kita nak suruh pelakon tu, "Udah la tu, bawa-bawalah berehat". 

Watak lakonan Yayan Ruhian itu, pada mulanya dia banyak memanah. Masa berlawan dengan orang dekat selangkah pun, dia panah juga orang tu. Kalau jauh tu, kita faham la. Ada adegan mamat si Joe Taslim itu sudah tiada senjata di tangan, dia kokaknya mamat Yayan Ruhian ini, sampai putus urat merih. 

Terus saya teringat siri Walking Dead yang Rick Grimes gigit leher ketua kumpulan jahat.

Rick Grimes gigit Joe dalam siri Walking Dead
Memang terkejut beruk la kita tengok adegan kokak orang sampai mati.

Tapi dia buat untuk selamat anak dia kan, masa tu pula tangan terikat. Bila tiada senjata, guna apa yang ada la ya, untuk selamatkan diri dan keluarga. 

Pada yang suka filem aksi, memang tidak akan menyesal tonton filem ini di pawagam. Worth every penny and popcorn. Kalau kena beri bintang, markah penuh 5 bintang, saya bagi 6 la! ⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Sekian pendapat saya mengenai filem ini.

Jumpa lagi, ya. 💗

2 comments:

  1. Selalu popcorn habis makan time iklan... Mcm seronok..tapi, takde mood nak tengok wayang

    ReplyDelete
  2. Kalau cerita lawan2 ni kita penat nengok aksi lawan je.

    ReplyDelete