Entri ini, saya nak cerita tentang filem yang saya tonton di TGV Cinema Seri Manjung semalam. Jangan keliru, dengan satu lagi filem melayu yang tajuknya The Furious: Pertaruhan Maruah (Malaysia). Yang saya tengok ini, filem aksi dari Hong Kong.
❗ Spoiler alert ❗
![]() |
| Joe Taslim (kiri) dan Mo Tse (kanan) pelakon utama. |
Filem aksi berbahasa Inggeris campur Mandarin ini, adalah filem tahun 2025, arahan Kenji Tanigaki. Penerbit yang sama untuk filem Crouching Tiger Hidden Dragon dan John Wick. Filem ini klasifikasi 18 tahun ke atas. Ganas. Budak-budak tak boleh tengok. Harap maklum.
Nampak familiar tak, hero yang gambarnya belah kanan di atas? Dulu masa kecil, dialah yang berlakon jadi anak Jet Li dalam filem the New Legend of Shaolin.
![]() |
| Kredit Wikipedia |
Memang pelakon ini sudah sebati dengan seni pertahanan diri ini, sejak kecil.
Merujuk kepada gambar pertama di atas, pelakon belah kiri tu, Joe Taslim, pelakon dari Indonesia, yang juga merupakan atlet bersara dari sukan Judo, sudah banyak berlakon filem luar negara seperti antaranya the Raid, Fast and Furious 6, the Raid 2, Star Trek Beyond, Mortal Kombat 1 dan II, dan banyak lagi.
Selain dua pelakon hebat di atas, ada lagi barisan pelakon aksi hebat dalam filem the Furious ini, seperti Yayan Ruhian, Brian Le, Joey Iwanaga dan banyak lagi.
![]() |
| Yayan Ruhian, Kredit Wikipedia |
Filem the Furious ini memaparkan isu pemerdagangan manusia. Lebih tepat, kanak-kanak. Penuh aksi, filem ini, dari awal hingga akhir. Laju jalan ceritanya. Saya tak sempat nak tidur. Saya tak rasa pun nak tidur, sebab mata terpaku pada skrin. Hati berdebar-debar, melayan jalan cerita yang mendebarkan ini.
Cerita tentang anak hero, kena culik, dan dia berusaha mencari semula anaknya. Sudah buat laporan polis, memang tak ada hasillah ya, sebab berapa banyak kes kanak-kanak hilang tapi tidak selesai, tidak termasuk lagi ketua polis sendiri yang makan rasuah dan bersubahat dengan orang-orang kaya tapi berselindung di sebalik jenayah dadah, penyeludupan dan lain-lain jenayah berat.
Hebat tengok pelakon utama ini, Xie Miao, dia bisu pula. Tak ada dialog langsung la. Tapi penuh aksi. Masa anak dia mula kena culik, dia boleh kejar pakai selipar saja. Pastu selipar tertanggal, kaki ayam je, kejar lori yang culik anak dia, lepas tu kaki dia terpijak kaca.
Cerita susah hati la, bagi saya seorang ibu ini. Bila tengok anak kena culik kan, pastu buat laporan polis pula, kena tunggu la, apa, very the slow tindakan dari pihak berkuasa yinni, jadi, kita usaha sendirilah ya.
Recovery dulu guna ais, ambil proper equipment dari rumah (hammer jer) dan terus pergi siasat tempat yang ada logo dia perhati masa dia berada atas lori anak dia kena culik itu. Satu-satu dia jejak. Masa dekat pub atau disko ni, dia guna hammer pukul orang. Langsung saya teringat siri Walking Dead. Masa Tyrese pukul zomba semua guna hammer.
![]() |
| Syok betul bunuh zomba, katok dengan penukul. |
Siapa dulu masa kecil selalu main game dekat supermarket, yang ada permainan hammer mainan tu, pukul kepala tupai ke hamster yang keluar melalui lubang, sila angkat tangan? Hahaha... syok, kan.
Eh, apa aku melalut ni. Berbalik semula kepada filem the Furious ini.
Masa bergaduh dekat disco itulah, dia jumpa dengan mamat Joe Taslim ni. Watak dia, bini dia, seorang wartawan, hilang waktu menyiasat kes penyeludupan manusia. Yang hero ni pula, tengah cari anak dia yang kena culik. Haa.. elok la tu. Bergabung tenaga, meletup!
Pelakon hebat
Lepas tu kan, ada seorang mamat jahat ni, pelakon ini berbadan besar, macam giant, tau. Pelakon yang memainkan watak orang jahat giant ini adalah Brian Le, hebat wei. Tak padan dengan badannya yang besar (sasa dan tinggi), dia boleh bergerak dengan tangkas. Macam binatang pun ada, sebab dia menggunakan kedua kaki dan tangan. Nampak badan dia ringan saja.
Peh, kita ingat watak dia dah mati. Sudah lepas beberapa adegan. Eh, hidup lagi mamat ni, kome. 😅 Memang watak-watak bergaduh hingga ke titisan darah terakhir la!
Belum cerita lagi dia punya aksi berlawan, yang menarik, pusing sana sini, stunt sana sini, buat kita rasa macam motivasi la, nak workout supaya boleh tangkas dan cergas seperti watak-watak dalam filem ini. Chewah! 💪
Review saya
Pendek kata, memang penat la tengok filem ini. Kita yang tengok deme berlawan, tapi kita yang penat. Macam tengok filem John Wick 3 tu la. Macam kita nak suruh pelakon tu, "Udah la tu, bawa-bawalah berehat".
Watak lakonan Yayan Ruhian itu, pada mulanya dia banyak memanah. Masa berlawan dengan orang dekat selangkah pun, dia panah juga orang tu. Kalau jauh tu, kita faham la. Ada adegan mamat si Joe Taslim itu sudah tiada senjata di tangan, dia kokaknya mamat Yayan Ruhian ini, sampai putus urat merih.
Terus saya teringat siri Walking Dead yang Rick Grimes gigit leher ketua kumpulan jahat.
![]() |
| Memang terkejut beruk la kita tengok adegan kokak orang sampai mati. |
Tapi dia buat untuk selamat anak dia kan, masa tu pula tangan terikat. Bila tiada senjata, guna apa yang ada la ya, untuk selamatkan diri dan keluarga.
Pada yang suka filem aksi, memang tidak akan menyesal tonton filem ini di pawagam. Worth every penny and popcorn. Kalau kena beri bintang, markah penuh 5 bintang, saya bagi 6 la! ⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Sekian pendapat saya mengenai filem ini.
Jumpa lagi, ya. 💗





Selalu popcorn habis makan time iklan... Mcm seronok..tapi, takde mood nak tengok wayang
ReplyDeleteBapak, laju Linda makan. 😁
DeleteAkak pun tak berminat juga mula-mula tu. Tapi sebab filem aksi, boleh melekat pula. Kalau cerita lain, boleh tidur akak dalam wayang.
Kalau cerita lawan2 ni kita penat nengok aksi lawan je.
ReplyDeleteItu la pasal. Haiii.. gaduh tak habis-habis dari awal sampai akhir. 😂
DeleteSaya pun bagi 6/5 untuk ulasan Furious di atas, saya yg baca pun macam dah masuk pawagam jugak. Syabas!
ReplyDeleteEh... hehe...terima kasih, Aynora. 😊
DeleteSelamat menonton
ReplyDeleteTerima kasih, Wak.
DeleteMenarikk. Husb mesti suka tengok citer lawan2. Btw, main ketuk2 kepala tupai tu penah juga main kecik2. Tapi tak penah dapat pukul tepat kat kepala 😂
ReplyDeleteHa ah, Faa, orang lelaki memang suka tengok filem aksi macam ni.
DeleteBetul, sebab laju benor kepala tu masuk lubang balik. Terhibur, kan, main benda tu. 😁
Seronok baca review yg nur tulis ni...
ReplyDeleteHehe.. mekasih, PH.
DeleteSaya suka tgk film action, tapi tu la masa belum mengizinkan...
ReplyDeleteSemoga ada masa Sueann untuk tengok nanti, dan keadaan akan semakin baik untuk Sueann.
DeleteAduhai....Part bunuh2 tu yg seriau sikit nk tgk dkt wayang. Tggu masuk netflix aje la cerita dia =D
ReplyDeleteHehe.. elok juga tu.
DeleteSA kan lama betul x tengok wayang la...x update pun ada film apa kat panggung...hahahahah
ReplyDeleteSama la, kita, SA. Ini anak yang ajak ni.
DeleteThank you so much for sharing this. ❤️
ReplyDeleteYou're welcome, Linda.
DeleteNak tengok tapi tak dan lagi.
ReplyDeleteAda lagi kot, sebab filem tu baru keluar.
DeleteUish.. Menarik.. Suka kalau ada aksi..
ReplyDeleteKann... pantas je jalan cerita, tak buang masa.
DeleteWaaaah, senang betul rasanya bisa melihat 2 nama besar Indonesia masuk ke ranah film dunia, heuheu.
ReplyDeleteMemang hebat pelakon Indonesia tersebut, sudah taraf international.
DeleteJoe Taslim dan Yayan Ruhiyan ini fav sayaaaaa 😍😍😍. Memang lah kalau dah menonton mereka main action, langsung terpaku mata 🤣. Macam dihipnotis. Ini saya harus nonton juga movie nya
ReplyDeleteKann... mereka ni memang hebat beraksi. Sila, sila, Fanny. 😊
DeleteBrutal pula apabila baca jalan cerita.
ReplyDeleteWahhhh...membaca review movie ini mengingatkan KSarie pada tahun 1990an...zaman kegemilangan filem aksi Hong Kong. Langsung KSarie terasa amat tua kerana hero movie ini adalah pelakon kanak-kanak yang berlakon bersama Jet Li. Pelakon Indonesia macam Yayan Ruhiyan, Joe Taslim dan Iko Uwais memang pelakon aksi mantap yang telah masuk pasaran Hollywood. Padu sokmo pukulan deme. Plot cerita pemerdagangan manusia tidak kira filem apa pun memang cikin copot hati kan sebab kita risau pada anak-anak dan orang yang kita kenal kot terjebak sebab licik sungguh deme ni
ReplyDeletebaca review filem ni, teringat pulak dengan cerita the taken. bapak yg selamatkan anak perempuan dia kena culik.
ReplyDeletepestime tengok yayan ruhian dgn joe taslim berlakon dalam the raid. mantap lakonan dorang!