Selasa, 21 Julai 2026

Dinner mamak Nasi Kandar Ayesha

 Kurang satu jam, kami sampai semula ke lokasi hotel kami di Seri Kembangan. Mudah ada highway, tidak perlu masuk bandar pun. Ikut jalan belakang. Sambung cerita trip pendek dari entri ini. Masih hari yang sama, 11 Julai 2026 yang lepas. 

Selang satu blok dari hotel kami, ada restoran mamak Nasi Kandar Ayesha. Hujan waktu petang di Balakong, Seri Kembangan, Selangor. 

Nasi Kandar Ayesha, Seri Kembangan, Selangor.
Nasi Kandar Ayesha

Saya dapati, cuaca di KL tidak panas terik seperti di tempat tinggal saya di Manjung ini. Petang-petang ada hujan. 

Kami cadang untuk makan malam awal. Jadi lepas makan, boleh naik bilik dan terus rehat saja, tak payah keluar-keluar dah. 

Suami mula bermesej dengan saudara-maranya yang dari kenduri, kot nak lepak mamak mengeteh pada malam itu. Mereka semua duduk di homestay di atas Amerin Mall (lokasi kenduri) itu saja, betul-betul seberang jalan dari hotel kami. Tapi semuanya penat, pembawakan kenduri. Faktor usia. Esoknya pula, nak pergi kenduri hantar menantu (pengantin) pula di Bandar Tun Razak. Tiada yang lapang pada malam itu. Ye la.. kita terbongkang kat hotel je la. Nak keluar jalan ke mall pun malas, sebab hujan sampai ke malam. Sejuk sejuk sedap berbulan madu di dalam bilik. Auwww.... 

Suasana di dalam mamak Nasi Kandar Ayesha, Seri Kembangan, Selangor.
Suasana dalam mamak Nasi Kandar Ayesha

Macam baru saja mamak ni dibuka. Lawa tempatnya. TV bukan main besar. Belakang ada, depan ada. Memang tempat yang bagus untuk tengok siaran langsung bola. Kome tahu, esoknya ada game bola, dari bilik hotel kami boleh dengar orang sorak gol dari mamak ni, tau. Sabor jer la. 

Meriahnya orang Kolumpo tengok bola. Mamak siap pasang bendera sebagai hiasan di luar. 

Saya suka makan di tempat terang macam ini. Penuh lampu. Walaupun waktu malam, tak ada lah kena kokak dek nyamuk.

Pemandangan dari dalam mamak Nasi Kandar Ayesha, Seri Kembangan.
Dari tempat duduk dalam mamak, boleh nampak Amerin Mall tu ha.

Lagi satu pemerhatian saya, sungguhlah pesat dengan rumah tinggi-tinggi di kotaraya ini. Walaupun cuma ada tanah lapang tak berapa besar pun, naik juga projek rumah tinggi bertingket-tingket. Sungguh pesat membangun. Tiada pun tanah lapang yang tidak dimajukan. Semua ada projek pembinaan.

Nasi lauk ikan goreng, sayur kobis dan telur masin
Makan malam suamiku

Suamiku ambil nasi berlauk ikan goreng, sayur kobis dan telur masin. 

Nasi goreng mamak letak telur mata
Makan malam saya

Saya pesan nasi goreng mamak letak telur mata. Banyaknya bawang goreng mamak tu letak. Sebukit nasi dia. Gendut makan. Alhamdulillah, sedap.

Sepanjang berada di Kolumpo ini, tidaklah kami berdiet-diet. Rugi ler.. kalau tak makan nasi kenduri dan sebagainya, bukan selalu datang, ye dak. 

Semasa di mamak, minum air suam, tapi bungkus nescafe tarik kurang manis ikat tepi ya, mamak. Hehehe... 

Itu ler, tak membeli-belah langsung saya di KL. Memang macam ni la ye, faktor usia. Usahkan nak jalan jauh sikit untuk check-out tempat menarik, tapi nak jalan seberang jalan pergi Amerin Mall itu pun, malas. 

Kita rehat je la. Esoknya udah nak bertolak balik Perak. 

Okay, sambung lain entri. Jumpa lagi, ya. 💗

8 ulasan:

  1. Meriah dalam kedai mamak ni terang benderang je.

    BalasPadam
  2. Lighting on point ni. Terang benderang. Elok jugalah kan. Gambar pun cantik cerah-cerah ni. Taklah kelam. Mungkin juga perjalanan jauh, rasa nak rehat dalam bilik je tambah pulak hujan kan. Kalau bercuti memang diet kelaut dah, kita enjoy je lah. hihi...

    BalasPadam
  3. Dekat pusat beli-belah Mines ke?
    Makan sungguh lepas Onde-Onde makan di kedai mamak.

    BalasPadam
  4. Mamak port best lepak malam-malam sebab dia je open lagi. Hihihi

    BalasPadam
  5. Bestnya peegi KL. Tempat makan pun banyak.. Suatu hari nanti saya nak jalan-jalan ke KL terutama tempat lahir arwah bapa saya di Kampung Baru.

    BalasPadam
  6. Makanya saya nak lama di Johor, Terengganu dan KL akhir tahun nanti, semata memang nak wisata kuliner only 🤣🤣.

    Apalagi nih nasi kandar saya tak sempat makan yg pas ke KL kemarin. Tak sempat betul. Hrs coba nanti.

    Sayapun lupakan diet saat traveling kak. Kalau di rumah balik ke normal, gym, workout, pola makan jaga. Tp susah kalau traveling 😄

    BalasPadam
  7. Makan malam kat kedai mamak sambil layan nasi kandar memang gaya santai Malaysia yang paling best. Lagi-lagi kalau dapat pekena kuah pekat dan teh tarik sejuk, perghh nikmat betul!

    BalasPadam
  8. Kedai nasik kandar kalau tak banyak kipas bukan kedai nasik kandar la.... hehhhehe

    BalasPadam