Pada hari Sabtu, 11 Julai 2026 yang lepas, saya dan suami bertolak ke Kuala Lumpur, untuk hadiri kenduri anak sulung sepupu suami saya. Kami bertolak dari Lumut lebih kurang jam 8 pagi dan selamat sampai ke lokasi kenduri dalam jam 11.30 pagi. Suami bawa kereta santai-santai saja.
Lokasi kenduri di Amarin Mall, Seri Kembangan, Selangor. Nak masuk ke dewan kenduri harus menerusi mall.
![]() |
| Asiana Grand Hall nama dewan |
![]() |
| Walimatulurus Aqilah dan Hausen |
Unik nama pengantin lelaki. Sudah agak ramai walaupun baru jam 11.30 pagi. Bila masuk dalam, oh, ahli keluarga pengantin perempuan rupanya. Masih banyak tempat duduk kosong dalam dewan pengantin.
![]() |
| Bunga-bunga atas siling |
Cantiknya suasana dalam dewan majlis kenduri ini. Tak jemu mata memandang.
![]() |
| Dari pintu masuk hingga ke pelamin ada bunga-bunga putih. |
Sejuk pula tu, aircond kuat. Memang selesa. Setelah berjumpa ibubapa pengantin, kami pergi ambil makanan dulu. Nanti karang makin ramai orang. Apa-apa hal, kita makan duluuu....
![]() |
| Pinggan saya |
Nasi minyak, ada lauk dalca terung, rendang ayam, daging hitam, masak lemak nanas dan ikan masin, sambal belacan dan ulam kacang botol. Semua sedap. 😋
Ada sepupu suami duduk semeja dengan kami. Suami sambil makan, sambil sembang dengan ahli keluarga sepupu. Jadi, sayalah yang kena explore ambil makanan lain, setelah selesai makan nasi.
![]() |
| Pencuci mulut dan kuih-muih yang ada. |
Ada kuih talam keladi, kek pandan (kek ada banyak jenis, saya ambik kek pandan saja sepotong, nak merasa), kuih kaswi pandan dan kuih purple ada kelapa di luar itu saya tak tahu kuih apa. Tapi ada inti dalam. Nak kata onde-onde, panjang. Bukan gula merah pula di dalam. Saya pun tak pasti. Hehe..
![]() |
| Ini saya suka, lepas makan, kita minum air panas. |
Saya ambil teh tarik dan nescafe tarik. Panas melebor lagi. Itu yang isi separuh cawan saja. Isi penuh kang camana nak bawa, meja duduk jauh dari stesen air panas. Haip, tak boleh minum banyak-banyak, air manis. Tapi syok weiii... pekena nescafe tarik! Terbeliak biji mata. Segar rasanya.
![]() |
| Manggis dan rambutan pun ada |
Rambutan gading lagi. Bapa pengantin walaupun seorang guru, punya perniagaan sampingan iaitu menjual buah. Nasib baik dia tak bawa buah durian sekali masuk.
Lepas tu, cari lagi apa benda nak makan. Suami suruh saya pergi jalan-jalan sampai ke luar dewan.
![]() |
| Bubur pulut hitam |
Bubur ni, sedap juga. Kami makan kongsi berdua. Saya boleh makan, tapi kurang gemar sikit. Masa sedang menikmati hidangan, rombongan pengantin pun sampai. Eh, tak tahu pula tempat duduk kami ini dalam laluan pengantin. Ingat kan, pengantin masuk ikut laluan lagi satu yang ada pintu gerbang bunga-bunga. Okay, bagus juga pengantin lalu sebelah meja kami saja, boleh ambil gambar.
![]() |
| Cerianya pengantin. |
Semasa majlis kenduri ini, kami dapat jumpa ramai saudara-mara belah suami saya. Termasuk yang jadi pengapit masa kami kahwin dulu-dulu pun ada. Haha.. makin lama, makin ramai keluarga yang datang. Termasuk yang dari Kelantan pun ada. Jauh deme datang, untuk memeriahkan majlis kenduri ini.
![]() |
| Pasangan pengantin, Nik Nor Aqilah dan Hausen Shwahiri |
Sama cantik, sama padan, pasangan pengantin. Selamat melayari alam rumahtangga dan semoga kekal bahagia hingga ke jannah.
![]() |
| Dari kiri, suami, saya, Kak Yah dan PokWi. |
PokWi adalah abang suami saya. Mereka bertolak dari Tumpat hari sebelumnya, dan bermalam di homestay dekat Gombak, tak silap. Mereka datang dengan anak menantu dan cucu. Sebab ramai yang datang, saya undur diri ke luar dewan. Suami pun nak keluar beri laluan kepada keluarga yang baru sampai untuk duduk. Tapi dia selalu kena tahan, ada saja jumpa saudara yang ajak menyembang. Haha..
![]() |
| Saya jumpa stesen yongtaufu di luar dewan. 😋 |
Saya makan seorang saja ni. Sebab suami asyik kena tahan dek saudara dia, tak dapat keluar dewan. Di luar dewan ada photo booth untuk orang bergambar. Juga ada satu stesen ada telefon antik yang boleh beri orang ramai rakam video mesej ucapan selamat untuk pasangan pengantin. Wow... saya segan nak ambil gambar stesen telefon antik itu, sebab ada saja orang di situ.
Bila suami akhirnya dapat keluar dewan, dia pergi stesen aiskrim pula.
![]() |
| Suami di stesen aiskrim |
![]() |
| Dah jilat banyak kali baru ingat nak ambil gambar aiskrim. |
![]() |
| Ini masa kami nak balik |
Paling lama kami hadiri kenduri kahwin. Sampai pukul 11.30 pagi. Pukul 1 kami masih di sini. Apa taknya, dok menyembang dengan saudara-mara. Saya cakap pada suami, kita stay sampai pukul 2 sajalah. Jadi, boleh terus check-in hotel kami seberang jalan dari Amarin Mall ini saja.
![]() |
| Ini goodie bag |
Beg anyaman kedua-duanya. Ada dua jenis. Yang kiri lebih besar sikit dari yang kanan. Ada saya cerita di bawah, isi kandungan goodie bag. Saya suka beg anyaman. Apa-apa hasil kraftangan yang dijadikan beg, memang saya suka dan simpan buat koleksi.
Masa duduk di luar, ada ketika tempat photo booth itu tiada orang, maka kami pun ambil gambar. Mula-mula kami berdua saja. Lepas tu, dengan ramai lah saudara-mara semua ambil gambar bersama. Boleh scan QR Code, jadi selain yang dicetak, dapat dalam soft-copy juga, boleh forward di WhatsApp. Gambar beberapa keping, dicompile jadi video pendek, saya attach di bawah.
Okay la tu. Sebelum minta diri, salam dengan semua saudara-mara, bertukar nombor telefon dengan saudara yang sudah lama tak berjumpa. Semoga silaturrahim antara keluarga terus terjalin.
![]() |
| Kami dengan ibubapa pengantin perempuan. |
Jumpa setahun sekali pun payah. Kadang dapat jumpa di Kelantan, ketika raya. Sepupu suami ini tinggal di Kajang. Itu yang waktu kami kahwin 25 tahun yang lepas, keluarga suami belah KL ini la yang banyak membantu, sebab keluarga saya ketika itu tinggal di Serdang, Selangor. Lepas bapa saya pencen kerja, barulah keluarga saya berpindah ke Perak, sebab arwah ibu saya asal Perak.
![]() |
| Antara kandungan goodie bag |



















Tiada ulasan:
Catat Ulasan