Sudah lama kami tak pergi mengopi di satu tempat ini, iaitu Bundut Coffee. Sebab cafe ini buka petang. Kami selalu mengopi waktu pagi. Lagi satu, sebab tempat ini open tidak ada aircond, itu yang panas nak minum di situ petang-petang.
Tempat lain mungkin hujan waktu petang. Tapi kawasan saya ini, tak hujan, sudah lama. Memang ada awan mendung, tapi hujan di tempat lain. Angin kuat bawa awan mendung pergi.
Tapi pada 9 Julai yang lepas, cuaca agak berangin dan mendung, ronda punya ronda naik kereta cari tempat nak lepak, akhirnya kami berhenti di sini. Lagi pun, tak ramai orang. Baguslah.
Saya pernah cerita tentang Bundut Coffee cawangan Seri Manjung ini di entri ini dan ini.
Bagi negeri Perak, selain di Manjung, Bundut Coffee juga punyai cawangan di Seri Iskandar dan Station 18, Ipoh.
Jom tengok kami pesan apa pada hari itu.
![]() |
| Americano panas dan sejuk, wantan goreng dan roti bakar. |
Seperti biasa, americano kami tak ada gula. Roti bakar tu, cicah dalam kopi panas, aummmm! π Lega, rasa lapang dada, menikmati kopi panas. Wantan goreng itu, intinya bebola ikan, bukan udang. Tapi okay la, boleh tahan sedap. Garing, krup krap krup krap makan.
Saya masih belum cuba minuman signature Bundut Coffee, iaitu kopi candu. Selalu terlupa nak pesan yang itu, sebab sudah biasa minum americano.
Dia punya menu kopi saja ada macam-macam. Idok ler kita larat nak mencuba semua. Kopi jenis klasik, jenis frappe, minuman bukan kopi dan minuman jus pun ada di cafe ini.
![]() |
| Close-up sikit gambar wantan goreng. |
Ada enam ketul wantan. Saya makan tiga biji, suami makan tiga biji. Sos cili sebagai pencicah.
![]() |
| Roti bakar |
Ada banyak juga menu makanan di sini. Antaranya chilli pan mee (saya pernah cuba sekali dulu, okaylah rasanya), chicken chop, nasi goreng chicken chop, lamb chop, aneka pasta, snek dan kudap-kudapan seperti chicken tenders, fries, potato wedges, nuggets, dan pelbagai pencuci mulut seperti mini pancakes, croffle dan brownies.
Masa kami mengopi pada hari itu, saya perasan ada orang selang beberapa meja, makan nasi goreng. Nampak agak besar juga portion-nya.
![]() |
| Kami suka mengopi. π |
Selain cawangan di Manjung ini, kami pernah pergi Bundut Coffee cawangan Seri Iskandar. Masa itu, kami dalam perjalanan dari Ipoh, mahu pulang ke Lumut. Singgah Seri Iskandar, beli kopi.
![]() |
| Si Puteh, datang cakap Hi. |
![]() |
| Bagi dia rasa wantan dan roti sikit. |
Puteh tak makan pun. Lepas bersihkan diri, Puteh tidur je. Saya tanya suami, nak bawa Puteh balik rumah tak, boleh tolong jaga rumah tangkap tikus. Suami kata, tak payahlah. Hehe... saja tanya.
Di Bundut Coffee ini, kita kena buat pesanan di kaunter, dan bayar terus. Dia akan beri buzzer bila pesanan kita sudah siap. Makanan di tempat lain, order kopi di tempat lain, tapi sebelah menyebelah saja, cuma berlainan kontena.
Tempat duduk pun banyak.
Bundut Coffee buka setiap hari bermula 3 petang hingga 12 tengah malam. Tutup setiap hari Isnin.
Baiklah. Jumpa lagi, ya. π
Salam hari Jumaat yang mulia.






Banyak cawangan Bundut Coffee ni rupanya ye. Semoga dapat tersinggah satu hari nanti. Roti bakar itu macam πKSarie suka lepak cafe tapi itu la tak boleh minum kopi hipster sebab kuat naw migrainenya.
BalasPadamOh, takpe KSarie, kesihatan lebih penting. Kena pantang. Semoga KSarie sihat-sihat sokmo.
PadamOh sri iskandar ada ye
BalasPadamNext time kesini blh mengopi
En suami suka kopi
Ada, Cik Nur, dekat Billion Seri Iskandar.
PadamUnik pulak nama cafe nya. Anyway, makanan ringan² mcm ni memang best, lpstu layan dgn kopi π
BalasPadamDekat sini ada kawasan nama Bundut. Mungkin dia dapat nama dari nama tempat itu kot. Betul, betul.
PadamMenu dia Macam2 syiok mengopi waktu petang. Kat sini tadi hujan lebat area putrajaya tapi sampai ampang eh Kering
BalasPadamHehe.. hujan setempat ya, kak.
PadamMakan bila orang tak ramai, rasa tenang je..
BalasPadamBetul, Ai.
PadamBanyak cawangan, orang boleh pilih nak makan kat mana. Taklah sesak satu branch sahaja. Syok mengopi dengan adanya roti bakar. Itulah kan, banyak menu kopi tak tahu nak cuba yang mana. Sudahnya order yang sama je. hihi...
BalasPadamKann... order yang biasa minum la. Kalau order lain, takut tak sedap. π
PadamKalau ke Manjung boleh masuk list ni. Nampak sedap pulak roti bakar tu.
BalasPadamSedap, Cie, Alhamdulillah.
Padamammi pun jarang order kopi yang pelik2...risau je takut beli memahal pastu tak sedap. haru nak ngabiskan nanti
BalasPadamBetul, betul. Kopi bukan murah.
PadamKira nya kopi bundut ni asal dari perak la ye.. haros cuba ni if dah smp sana kan...
BalasPadamRasanya, lah, Ako. Sila, sila...
PadamOkaylah banyak jugak menu dia. Ada makanan berat juga tu
BalasPadamBetul, Mazni. Makanan berat dan boleh mengopi sekali.
PadamSedap tu roti bakar cicah kopi ... Nampak tenang je kedai ni. Seronok mengopi
BalasPadamCafe ni, malam-malam ramai orang, PH. Petang kurang orang sikit.
PadamHehe kalau sayapun pergi kafe begini takkan pesan kopi.
BalasPadamBanyak ya cawangan Bundut Coffee.
Teh pun macam-macam ada, NA. Ha ah, saya pun baru tau dia ada cawangan di Ipoh juga.
PadamUniknya nama kafe ni..
BalasPadamSempena nama tempat kot, mungkin.
PadamSedapnya dapat pekena americano panas dengan roti bakar petang-petang! Cicah pulak roti tu dalam kopi, memang layan habis. Wantan goreng tu pun nampak garing betul
BalasPadamHa ah, SA. Nikmat sangat. Alhamdulillah.
Padamtak ada 3 kedai kopi dekat Seri Iskandar masuk dalam list.. tapi belum cuba lagi..tak sempat lagi nak explore
BalasPadamTakpe Linda, slow-slow bila free boleh pergi, seisi keluarga.
PadamKita sama kalau kopi. Sayapun LBH suka Americano atau sesekali kopi susu gula aren. JD memang kopi macam frappe, mochacino, dan segala yg pake whipped cream, tak akan saya pesan. Ngeri kalau ingat gula dan kalorinya π€£π€£.
BalasPadamAduh Nur.
BalasPadamKegemaran saya tu wantan dengan roti bakar.