Thursday, August 14, 2025

Suatu petang di kedai kopi

 Tarikh: 23 Julai 2025

Saya tahu, tak elok minum kopi lepas pukul 4 petang. Nanti malam, masa tidur, terjaga, sebab perlu buang air. Tapi hari tu, tak tahu nak lepak di mana. Sulaiman buat kerja rumah, kerja berkumpulan. Ada kawan-kawan dia datang. Buat kerja di ruang tamu. 

Jadi, kami beri ruang pada anak-anak buat kerja. Kalau kami di rumah, petang-petang biasa lepak depan tv. Jadi, ganggu anak-anak pula nanti. 

Saya pernah cerita mengopi di Bundut Coffee ni dulu, entrinya di sini. Kami pergi berdua je. Lepas Asar, waktu tu. Matahari petang sedang menyinar. Cari tempat duduk yang redup. Saya berlindung di belakang pokok buluh.

Mengopi di Bundut Coffee, Manjung Point.
Matahari di balik pohon buluh.

Sulaiman pernah minta untuk pergi rumah kawan malam-malam, ada kerja kena buat. Tapi, kami tak bagi. Macam kurang elok pula, datang rumah orang malam-malam di hari kerja, walaupun untuk siapkan kerja sekolah. Jadi, kami suruh bawa kawan-kawan dia datang rumah saja, waktu petang, untuk siapkan tugasan.

Selfie sementara tunggu kopi siap, di Bundut Coffee, Manjung.
Selfie sekeping, sementara tunggu kopi siap.

Budak tingkatan 5 memang sibuk. Lepas habis sekolah, ada kelas tambahan. Itu yang lepas Asar, baru free untuk siapkan kerja berkumpulan. Malam, ada tuition pula. Kesian juga kat Sulaiman. Tapi apa nak buat, kena bertahan, demi masa depan.

Saya selalu lupa nak order signature coffee kat sini, iaitu kopi candu. Nak juga rasa camana rasa kopi tu.

Suasana mengopi di Bundut Coffee, Manjung.
Tak ada orang petang-petang, sebab masih agak panas. Lampu neon "Kopi Candu Pasti Rindu"

Saya pesan americano panas, manakala suami pesan latte ais. Tak panas ke, minum kopi panas, di petang yang panas? Hahaha.. apa nak buat, kalau minum air sejuk, nanti saya semput pula. Sudah bertahun tak minum air sejuk. Itu yang bila rakan bloggers share tentang cendol, kopi blended dan sebagainya, telan air liur. Aiskrim pun saya tak boleh makan sebenarnya, tapi makan juga, menyesal kemudian bila kena semput.

Berangan tentang masa depan sambil mengopi latte ais.
Pakcik ni berangan, projek nak buat bila dah pencen.

Kopi di sini sedap. Kami bincang nanti nak buat apa bila suami pencen. Suami nak beli motor besar, round satu Malaysia. Tak best la motor. Kebas bontot duduk lama. Hujan, basah, kena berteduh bawah jambatan. Ok, beli campervan la. Hahaha.. mahal kot. Baik pi haji, dari buat hutang masa dah tua. Nantilah kita modify kereta sekarang, supaya selesa bawa mancing sambil berkhemah. Bila dapat ikan, boleh masak terus, makan. Dalam kereta, ada dapur. Ha, syok juga, kan.

Lama juga kami melepak, sampai almost maghrib, barulah kami balik rumah. Tak makan pun. Sebab sudah dinner awal. Mengopi saja. 

Ok. Tu je nak cerita. 

Jumpa lagi, ye. 💗

3 comments:

  1. Tu lah kadang tenguk konvoi motor besar jalan jauh2 tak penat ke. Lagi kalau penumpangnya tinggi duduknya. Yang tak tahan tu yang motor jenis tangan naik atas tu. Tak penat ke

    ReplyDelete
  2. Angan² nak beli motor besar ni memang biasa di kalangan lelaki. Tengok gaya pun dah ada tu. Tukang bonceng pun tak kurang jugak gayanya tu. Sekali-sekala okeylah tu minum kopi petang.

    ReplyDelete
  3. Angan- angan Nur tu lebih kurang sama macam SA..nak ada Caravan ke..Campervan ke..pas tu ronda satu Malaysia...lagi satu berangan nak meniaga stall makanan yg hype...

    ReplyDelete