Cerita pada hari Rabu, 5 Ogos 2026 yang lepas.
Saya check laman web Majlis Agama Islam Perak (MAIP), permohonan bantuan one-off untuk budak Sulaiman diluluskan. Alhamdulillah, syukur. π€² Bolehlah Sulaiman guna buat belanja harian dia di poli.
Gembira untuk Sulaiman. Terus pergi briskwalk di padang, seperti biasa.
![]() |
| Jalan pagi selama 56 minit, dengan jarak 4.54 kilometer. |
Langit cepat cerah dan cuaca jadi panas. Saya biasa jalan sampai cukup 7 ribu langkah saja.
Balik rumah, saya siram pokok.
Kemudian, masuk dapur, masak. Suami saya pergi servis kereta di bengkel. Jom tengok saya masak apa pada hari tersebut.
![]() |
| Sayur campur dengan cendawan. |
Ada carrot, tomato dan kacang panjang, dengan cendawan tiram. Mesti ada lauk sayur. Kalau tak masak sayur, potong timun pun sudah okay, atau petik ulam raja dekat kebun.
![]() |
| Nasi goreng petai |
Haha... kalau ada petai di rumah, kalau tak masak sambal tumis, mesti nak kena buat nasi goreng juga. π Letak juga kacang panjang potong kecil dalam nasi goreng. Nyum nyumm....




salam kemerdekaan yang ke 69 tahun ..wah seronok tu permohonan sulaimain dpt bantuan diluluskan
BalasPadamAlhamdulillah berita baik yang ditunggu-tunggu.
BalasPadamSalam kemerdekaan utk tot jugak, alhamdulillah berita gembira yg membawa manfaat
BalasPadamAlhamdulilah rezeki dia...
BalasPadamAlamakk kita x makan petai hehe tp kalau masak sambal, kita amek.samval je la haha
Langsung ingat saya masih ada petai dalam freezer belum dimasak lagi π. Planning nak buat sambal udang. Tp dibuat nasi goreng pun sedap π
BalasPadamSalam kemerdekaan ke 69 buat Malaysia...
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki Sulaiman
Alhamdulillah. Rezeki untuk Sulaiman. Sy mcm x pernah mkn nasi goreng petai..=)
BalasPadamSelamat Hari Merdeka Nur & keluarga!
BalasPadamAlhamdulillah syukur dapat bantuan one off utk Sulaiman.
Sedap tu nasi goreng petai
Tahniah buat Sulaiman..
BalasPadamTengok nasi goreng petai tu, terus teringat petai dalam esbox.. hahahaha ada nasi sejuk nak goreng nasi juga laaa
Tahniah sulaiman. Alhamdulillah dapat buat belanja belajar. Ada petai dalam fridge ni jiran depan rumah bagi boleh la buat nanti.
BalasPadamAlhamdulillah tahniah Sulaiman. Suka tengok orang masak dan makan petai. Perut KSarie sekarang udah terpleot sungguh. Asal makan petai mesti diarhea. Jadi dipandang aje la petai itu seperti cinta yang tidak kesampaian begituπ . Sayur campur itu menggiurkan sungguh
BalasPadamAlhamdulillah, dapatlah tambah duit belanja Sulaiman.
BalasPadam7 ribu langkah tu pun dah banyak juga Kak Nur. Saya kalau balapan tu mampu 7 pusingan je briskwalk.
Ye, wajib ada sayur atau ulam. Tak best makan kalau takde sayur kan. Memang betul-betul hantu petai ni Kak Nur. Saya sanggup makan sambal petai atau sambal petai udang je. Itupun makan sikit-sikit je lah. hihihi...
kalau rumah ammi buat nasi goreng mesti kena pedas2 sebab yang tak makan petai mmg kurang makan pedas. jadi untuk yg tak makan petai nasi gorengnya asing lain.
BalasPadam