Isnin, 31 Ogos 2026

Berita gembira dan nasi goreng petai

Cerita pada hari Rabu, 5 Ogos 2026 yang lepas. 

Saya check laman web Majlis Agama Islam Perak (MAIP), permohonan bantuan one-off untuk budak Sulaiman diluluskan. Alhamdulillah, syukur. 🀲 Bolehlah Sulaiman guna buat belanja harian dia di poli.   

Gembira untuk Sulaiman. Terus pergi briskwalk di padang, seperti biasa.

Briskwalk di Padang Astaka, Sitiawan
Jalan pagi selama 56 minit, dengan jarak 4.54 kilometer.

Langit cepat cerah dan cuaca jadi panas. Saya biasa jalan sampai cukup 7 ribu langkah saja. 

Balik rumah, saya siram pokok.

Kemudian, masuk dapur, masak. Suami saya pergi servis kereta di bengkel. Jom tengok saya masak apa pada hari tersebut.

Sayur campur dengan cendawan
Sayur campur dengan cendawan.

Ada carrot, tomato dan kacang panjang, dengan cendawan tiram. Mesti ada lauk sayur. Kalau tak masak sayur, potong timun pun sudah okay, atau petik ulam raja dekat kebun. 

Nasi goreng petai
Nasi goreng petai

Haha... kalau ada petai di rumah, kalau tak masak sambal tumis, mesti nak kena buat nasi goreng juga. πŸ˜‹ Letak juga kacang panjang potong kecil dalam nasi goreng. Nyum nyumm....

Makan nasi goreng petai, telur rebus dan sayur campur
Pinggan saya

Saya IF. First meal of the day pukul 12 tengahari. Alhamdulillah. Sudah tak tahu nak makan mana kalau makan di luar. Baik masak sendiri saja di rumah. 
Salam Hari Kemerdekaan pada semua pembaca sekalian. Selamat bercuti bersama keluarga. 
Jumpa lagi, ya. πŸ’—

13 ulasan:

  1. salam kemerdekaan yang ke 69 tahun ..wah seronok tu permohonan sulaimain dpt bantuan diluluskan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah berita baik yang ditunggu-tunggu.

    BalasPadam
  3. Salam kemerdekaan utk tot jugak, alhamdulillah berita gembira yg membawa manfaat

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah rezeki dia...

    Alamakk kita x makan petai hehe tp kalau masak sambal, kita amek.samval je la haha

    BalasPadam
  5. Langsung ingat saya masih ada petai dalam freezer belum dimasak lagi πŸ˜„. Planning nak buat sambal udang. Tp dibuat nasi goreng pun sedap πŸ‘

    BalasPadam
  6. Salam kemerdekaan ke 69 buat Malaysia...
    Alhamdulillah, rezeki Sulaiman

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Rezeki untuk Sulaiman. Sy mcm x pernah mkn nasi goreng petai..=)

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Merdeka Nur & keluarga!
    Alhamdulillah syukur dapat bantuan one off utk Sulaiman.
    Sedap tu nasi goreng petai

    BalasPadam
  9. Tahniah buat Sulaiman..
    Tengok nasi goreng petai tu, terus teringat petai dalam esbox.. hahahaha ada nasi sejuk nak goreng nasi juga laaa

    BalasPadam
  10. Tahniah sulaiman. Alhamdulillah dapat buat belanja belajar. Ada petai dalam fridge ni jiran depan rumah bagi boleh la buat nanti.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah tahniah Sulaiman. Suka tengok orang masak dan makan petai. Perut KSarie sekarang udah terpleot sungguh. Asal makan petai mesti diarhea. Jadi dipandang aje la petai itu seperti cinta yang tidak kesampaian begituπŸ˜…. Sayur campur itu menggiurkan sungguh

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, dapatlah tambah duit belanja Sulaiman.
    7 ribu langkah tu pun dah banyak juga Kak Nur. Saya kalau balapan tu mampu 7 pusingan je briskwalk.
    Ye, wajib ada sayur atau ulam. Tak best makan kalau takde sayur kan. Memang betul-betul hantu petai ni Kak Nur. Saya sanggup makan sambal petai atau sambal petai udang je. Itupun makan sikit-sikit je lah. hihihi...

    BalasPadam
  13. kalau rumah ammi buat nasi goreng mesti kena pedas2 sebab yang tak makan petai mmg kurang makan pedas. jadi untuk yg tak makan petai nasi gorengnya asing lain.

    BalasPadam