Sabtu, 29 Ogos 2026

Briskwalk, tengok pokok dan masak apa

 Selamat bercuti kepada semua pembaca sekalian. Cuti sekolah seminggu. Anak-anak saya di politeknik pun cuti juga seminggu. Cukup korum di rumah. Riuh-rendah dalam kereta semalam, sebab ambil Hafizan dan Sulaiman dari Ipoh. Alhamdulillah. 

Entri kali ini, saya nak kongsikan cerita pada hari Isnin, 3 Ogos yang lepas. 

Jalan pagi

Pagi-pagi, pergi briskwalk dengan suami di Padang Astaka, Sitiawan.

Briskwalk di Padang Astaka, Sitiawan, Perak, sejauh lebih kurang 4 kilometer
Rekod aktiviti dari jam

Jarak berjalan: 4.33 kilometer

Masa: 51 minit 48 saat

Saya briskwalk dengan handswing sekali. Semangat! Bila berjalan dengan hayunan tangan, kita jadi lebih laju, banding jalan lengkang kangkung itik pulang petang. 😁

Selfie lepas morning briskwalk
Pakcik tu sedang bersihkan rumput dari kasut jalan.

Kita orang memang ada standby berus untuk bersihkan rumput yang melekat pada kasut sukan. Ada orang memang kurang suka berjalan di padang, sebab kasut jadi mudah kotor. Tapi bagi kami, sini tempat paling lembut pada lutut, berbanding tempat jalan yang lain.

Singgah stesen minyak

Lepas briskwalk, nak balik rumah, tapi singgah stesen minyak sekejap, suami sakit perut.

Dekat stesen minyak, ada Family Mart. Ambil gambar di bawah.

Promosi waktu membeli di FamilyMart
Saya tepek di sini, untuk rujukan saya. 

Ada adik pekerja FamilyMart cawangan Lumut selalu bagitahu saya, waktu terbaik untuk beli onigiri. Tapi saya selalu lupa. End up beli onigiri bila harga dia mahal, RM5. Kalau kita beli ikut waktu dalam promosi, ada potongan harga.

Jadual promosi FamilyMart "All Day Jimat Deals":
🌸 6 hingga 10 pagi (waktu sarapan): Sandwich & Breakfast Muffin pada harga RM4.90
🌸 10 pagi hingga 2 petang (waktu makan tengahari): Onigiri terpilih pada harga RM3.90
🌸 2 hingga 6 petang (waktu minum petang): Lemonade & Ice Lemon Tea serendah RM1.90
🌸 6 petang hingga 10 malam (waktu makan malam): Onigiri terplih pada harga RM3.90
🌸 10 malam hingga 2 pagi (waktu supper): Diskaun 20% untuk pembelian roti atau biskut yang kedua.

Jenguk kebun kecil

Sampai di rumah, sebelum masuk rumah, tengok pokok-pokok di halaman dulu.

Bunga raya putih kembang lagi
Bunga raya putih kembang lagi.

Silih berganti kembang. Layu sekuntum, esoknya kembang baru. Ada sekali, sampai 3 kuntum bunga raya kembang sekali. Suka tengok. 😍

Saya ada ikut nasihat dari Puan Ujie, tentang pokok bunga rain lily. Boleh baca sini 👉 Eksperimen Potong Daun Rain Lily

Sebelum ini, pokok rain lily di rumah sudah lama tinggal daun saja, lama tidak keluarkan bunga. Daunnya pula rupa macam daun bawang. Saya potong bahagian atas, dan betul, memang pokok ini mula keluar bunga.

Pokok rain lily keluar bunga setelah dipotong daun atas separuh
Gambar diambil 3 Ogos


Bunga rain lily keluar lebih banyak setelah dicantas daunnya
Gambar pada 5 Ogos

Alhamdulillah. Terima kasih pada Puan Ujie yang kongsikan tentang pokok rain lily ini. Saya bercadang untuk pindahkan pokok ini ke pasu lebih besar atau tanam atas tanah terus. Insya-Allah. Tapi belum buat lagi. Sebab cuaca panas, agak malas berkebun.

Terung pipit
Terung pipit

Banyak sangat keluar terung pipit ni.

Pokok terung pipit di rumah
Inilah pokok terung pipit

Pokok ini lebih tinggi dari saya. Huhu... kutiplah semua terung pipit yang ada.

Kutip terung pipit untuk sedekah pada officemates suami
Kumpulkan dalam plastik

Sedekah pada kawan-kawan pejabat suami saya. Bukan terung pipit saja, ada lagi kutipan...

Kutip limau kasturi untuk sedekah pada officemates suami
Limau kasturi

Rezeki sama-sama dikongsi. 

Saya ada bertanya pada seorang brother penjual di pasar, berkenaan limau kasturi. Boleh letak di kedainya lain kali, tapi dia nak yang warna hijau saja. Limau kasturi hijau boleh tahan 3 hari di kedai. Itu pun kalau lain kali nak cuba nasib jual hasil kebun di pasar. Hehe, saja bertanya. 

Masak apa

Sayur sawi dan cendawan
Sayur sawi dan cendawan

Saya masak sayur saja. Lauk sup ayam masih ada. Lauk sambal petai ikan bilis pun ada. Panaskan saja. 

First meal of the day, break IF, makan sayur dan lauk saja, tanpa nasi
Pinggan saya

First meal of the day. Break IF pukul 10 pagi. Ada sambal tumis, ayam dan kentang dari sup, dua biji telur rebus, dan sayur. Alhamdulillah. 

Salam hari Sabtu. Selamat berehat di hujung minggu kepada semua pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Hati-hati di jalanraya, jika dalam perjalanan balik kampung atau pergi bercuti.

Jumpa lagi, ya. 💗

8 ulasan:

  1. Cie panggil terung mangga. Sedap tu buat sambal tumis.

    BalasPadam
  2. Bnyk hasil kebun, limau kasturi saya masih berbuah tapi sudah tak berapa lebat

    BalasPadam
  3. Tq info pasal promosi FM tu. Sy jarang masuk tapi kalau kebetulan singgah boleh check info Nur share ni.

    Abg ipar saya bawa limau kasturi ke penjual di pasar, tak ambil duit tapi barter dgn sayur lain. Kedai makan pun suka kalau dapat limau kuning² dah, buat basuh ayam ikan.

    BalasPadam
  4. Bila dah banyak bagus juga letak di kedai.

    BalasPadam
  5. Elok juga jual limau kasturi itu. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  6. Jadi lapar lihat menu Kaka 😍😍😍. Dah lama tak makan kentang sebagai pengganti Karbo. Nak ulang lagi rasanya.

    Waaah banyaknya terong Pipit 😍😍😍. Kami sebut rimbang kalau orang sumatera. Orang Jawa pula sebutnya tekokak. Banyak pakai ini dalam kuliner khas Batak. Mama saya suka buat. Tp saya makan mentah pun suka, jadi ulam.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah Tot berkongsi rezeki terung pipit dan limau kasturi dengan kawan-kawan sepejabat suami. Bro di pasar itu tak mau ambil sekali ke terung pipit. Kalau dekat Lembah Klang memang laku sangat ni sebab banyak kedai makan cari untuk dijadikan ulam. Cantik sungguh bunga lily dan bunga raya yang kembang molek. Suka tengok makanan Tot dalam gambar terakhir sebab meriah yet healthy

    BalasPadam
  8. Bagus juga cuti sekolah sekali dengan cuti poli kan. Dapatlah juga adik beradik jumpa dan dapat plan bercuti sama. Ohh begitu ye teknik briskwalk dia.
    Lahh baru tahu ada waktu tertentu beli makanan dan minuman di Famima ni. Terima kasih share kak Nur. Tak perasan pula ada tampal macam ni.
    Cuaca panas ni menggangu pertumbuhan pokok juga kan. Boleh lah tu Kak Nur buat sambal terung pipit. Banyak betul hasilnya. Alhamdulillah dapat juga berkongsi rezeki hasil kebun.

    BalasPadam