Akhirnya saya sudah sampai entri terakhir cerita di bulan Julai. Bulan Ogos punya cerita belum masuk, tapi sekarang pun sudah penghujung Ogos. Acaner tu? Ni punca sebab hilang masuk gua hari tu la, bertapa. Huhu.. Takpelah, walaupun cerita sudah lama berlalu, saya share juga ya, di blog, sebagai rekod dan kenangan. 😊
Entri kali ini, saya nak cerita tentang apa saya masak, pada hari Jumaat, 31 Julai yang lalu. Eh, kebetulan sama pula dengan hari saya nak publish, hari ini pun hari Jumaat. Hehe... jom tengok.
![]() |
| Sayur sawi tumis |
Sebenarnya, saya jarang sekali masak sayur berdaun ini. Kebanyakan sayur yang saya beli adalah sayur jenis keras yang tahan lama seperti brokoli, kobis bulat dan lobak merah. Tapi sebab saya ada terbaca, yang kita kena lebihkan pengambilan sayur hijau lebih banyak, jadi itulah, saya pun belilah sawi dekat pasar.
Pada hari itu, saya tumis ikan bilis dengan bawang putih guna olive oil. Kemudian masukkan sayur sawi. Letak sos tiram sesudu kecil dan garam bukit secubit. Siap! Senang je, masak sayur.
![]() |
| Sup ayam |
Saya tak tumis pun. Saya cuma didihkan air dalam periuk, letak perencah sup siam. Lepas tu, saya masukkan ayam, kentang, tomato. Biar je sampai masak. Pun senang masak juga sebab sup tanpa tumis. Nak kurangkan penggunaan minyak.
![]() |
| Sambal tumis ikan bilis petai |
Masak sambal kena guna minyak juga. Takpelah, untuk satu lauk ini saja kita guna. Ha ah, ada beli petai. Itu yang masak sambal tumis dengan bilis. Campur sekali kacang panjang sikit, dalam sambal. Sedap, sedap, Alhamdulillah! 😋
![]() |
| Pinggan saya |
Itu yang suami saya larang saya masak sambal tumis tu. Sebab kalau ada sambal petai, dia makan nasi bertambah. Hehe.. Yor lantak perut dia maju ke hadapan. Alaaa.. nanti kita pergi briskwalk ya, abeku cayang.
Saya je yang tak makan nasi. Bila di rumah sajalah boleh tak ambil nasi. Saya ada rebus telur juga. Tapi ada karbohidrat juga dalam pinggan saya, itu ada ambil kentang. Okaylah.
Walaupun demikian, saya tidaklah konsisten tidak ambil nasi. Kadang saya ambil juga, sesenduk. Ikut mood. Huhu...
Bila masak di rumah, kita boleh kawal portion makanan dan cara kita memasak. Rasa seronok tengok ahli keluarga selera makan hasil air tangan kita. Alhamdulillah.
Saya tidak nafikan, bila angin meroyan saya datang, jadi malas gila untuk memasak. Ada hari, rasa rindu nak merasa air tangan orang tua. Tapi kena paksa diri jugalah untuk memulakan. Sama macam jalan pagi pun ada hari kita rasa malas, kan. Tapi bila sudah melangkah keluar rumah, okay je bila berjalan. Macam tu juga untuk memasak. Bila malas, buatlah apa-apa untuk menaikkan mood kita. Hidup kita, kita je yang boleh switch on mood tu. Nak pasang lagu ke di dapur. Kadang saya berlakon konon saya depan camera, dan saya sedang jadi host rancangan masakan. "Kemudian kita masukkan garam dan perasa ya, dalam masakan kita, puan-puan". Haha... gila, cakap sorang-sorang kat dapur. Lantak pi la. Asalkan happy, dan dapur berasap.
Baiklah. Salam hari Jumaat yang mulia kepada semua pembaca sekalian.
Jumpa lagi, ya. 💗




Bagus juga sup tanpa tumis. Saya hari-hari kena makan nasi jika tidak rasa tak larat.. huhu
BalasPadamSaya pun masak sayur macam tu cuma tak tambah garam dah kalau letak sos tiram. Kurangkan masin dan tak suka masin sangat. Boleh je makan nasi sesenduk kak Nur. Lebihkan sayur dan protein. Tapi yelah kadang tak rasa nak makan nasi pun kan.
BalasPadamBetul tu, saya rindu betul masakan mak saya. Tapi apa nak buat kan, tak dapat dah merasa masakan arwah. Dapat merasa air tangan orang lain ahli keluarga kita pun jadilah, asalkan orang lain masak dan sedap.
Hihi..bahagia dengan cara kita sendiri kan.
Sy trliur tgk sambal ikan bilis petai tu sis =D
BalasPadamKita x masak arini.. makan kat kedai je heheh
BalasPadamSA x sabar nak tunggu esok ni..esok adik bongsu amik PZ bawak dia pi jalan-jalan...yeayyy...x yah masak kat rumah...esok bleh makan kat luar 3 beranak..hahahahaha
BalasPadamsemua menu tu bagi sy amat menyelerakan.
BalasPadamSayur hijau kita byk xmakan... Mcm sawi, bayam, kangkung.. Sayur mcm broccoli, kobis,salad, bendi, carrot, kailan ok bole mkn
BalasPadamKSarie sekarang pun kena banyak makan sayur hijau. Masalahnya KSarie memang tak suka sayur sejak zaman Mesopotamia😅Tetapi kupaksa juga la diri untuk beradaptasi makan sayur supaya semakin membaik kesihatannya. Sambal bilis petai itu sangat menggoda yar😅
BalasPadamTerbalik pula kita Nur, sy dekat rumah susah nak kawal makan, tapi kalau di luar okay je. Tak rasa nak tambah nasi ke apa...
BalasPadamSawi keluarga sy kurang gemar, jadi sy ganti dgn bayam, pakchoy, kangkung dll...
Betul ada hari malas masak. Kena paksa dan fikir buat kerana Allah.
BalasPadamPetai ada ni boleh la tiru buat sambal petai nanti.
BalasPadamBahaya sambal bilis petai tu😆
BalasPadamSaya pun menghindari masakan yg digoreng skr kak. Nah kalau utk tumis, saya dah tak pakai minyak goreng biasa. Jadi memang semuanya pakai olive oil. Nak tumis apapun, pakai olive saja. Cuma yg deep fried dah tak buat lagi.
BalasPadamKarbo ganti kentang juga bagus. Lebih complex katanya, jadi tak seperti nasi putih yg kandungan gula lebih banyak