Pada petang Isnin, 27 Julai yang lepas, saya dan suami pergi minum petang di Noah Roastery Cafe di Sitiawan, Perak. Ini kunjungan pertama kali kami ke cafe ini. Biasa nampak bila pergi Sitiawan, cuma tidak pernah singgah. Saya sedikit skeptikal dengan nama cafe ini. Tapi bila saya buat carian, ada sijil halal rupanya. Baiklah. Jom kita cuba.
Noah Roastery terletak di dalam satu bangunan berkaca stand alone, dia sebiji je duduk tepi jalan. Bentuk bangunan macam barn, tapi glass house. Haha... gitulah pada pendapat saya.
Apabila masuk menerusi pintu tepi, rasa, Wahh.... lain dari yang lain ni. Cantik tempatnya. Pengunjung akan melangkah masuk dengan pijak simen berbentuk empat segi yang disusun teratur diapit dengan batu-batuan kecil. Saya huraikan ya, entah kenapa saya segan nak ambil gambar sebab ada orang dekat situ.
Belah kanan, ada display banyak roti, umpama di kedai roti atau bakeri. Bila teruskan melangkah masuk, jumpa kaunter dan cake display pula. Tempat duduk sangat luas dan banyak pilihan tempat duduk.
![]() |
| Kaunter utama. Gambar dari google. |
Di sinilah boleh buat bayaran, pesanan, dan boleh lihat pekerja membuat kopi.
![]() |
| Dari tempat duduk kami |
Ada banyak pokok-pokok hidup. Kami duduk di tempat ada meja untuk empat orang. Ada juga tempat bersofa. Ada juga tempat yang kerusi dan meja tinggi. Terpulanglah kita nak duduk di mana.
Ada pekerja datang bawa menu. Kami tulis pesanan pada kertas pesanan. Lepas itu, macam tiada pekerja pula untuk dipanggil bila sudah siap tulis pesanan kami. Saya pun bawa kertas pesanan bersama buku menu ke kaunter utama, dan terus buat bayaran.
![]() |
| Ini mengadap bahagian depan cafe. |
Boleh lihat trafik jalan utama. Nampak juga Wisma Ganda (bangunan warna kuning seberang jalan), yang sudah lama wujud di Sitiawan ini. Cuma dulu berfungsi sebagai pusat membeli-belah yang ada Parkson Grand, kedai muzik, kedai baju, dan sebagainya. Sekarang sudah sepi, cuma ada kedai jual air kelapa rasanya, di aras bawahnya.
![]() |
| Banner sijil halal digantung pada dinding cermin depan cafe. |
Kan.. bentuk bangunan macam barn. Tapi glass house. Unik.
![]() |
| Inilah bahagian dalam kedai yang ada jual roti, seperti dalam bakeri. |
Bila sudah habis makan, baru saya ambil gambar di atas. Sebab sudah tiada orang. Hehe..
Waktu kami sampai itu, selepas waktu Asar. Jadi, minum petang merangkap makan malam sekali la. Last meal of the day.
![]() |
| Kopi hitam panas dan cappuccino sejuk |
Yang ini, jangan tiru kami, tau. Kami memang peminum kopi tegar. Minum petang pun, malam boleh hanyut tidur, tiada masalah. Sebab kerja keras kot, tukang kebun, badan letih (blueekk... 😝 macamlah awak sorang kerja keras, ye dak). Kedua kopi di atas, tanpa gula.
![]() |
| Sourdough toast |
Ini pertama kali kami cuba makan roti sourdough.
Roti sourdough adalah sejenis roti yang dibuat dari tepung yang telah difermentasi dengan lactobacili dan ragi. Ia alternatif lebih sihat berbanding roti putih. Oleh itu, roti sourdough ada kandungan probiotik, baik untuk usus dan perut. Tiada pengawet dan pewarna digunakan. Gluten lebih rendah. Betul ke? Kalau salah, tolong betulkan ya.
Sebab dibakar, agak keras la, dan rangup. Sapu pula kaya dan butter dibuat sendiri oleh pihak cafe. Kaya warna hijau itu rasa macam jem tradisional yang ada rasa kelapa, telur dan pandan. Butter itu pula, ada rasa sedikit masam, macam rasa keju.
Saya juga celup roti bakar sourdough itu dalam kopi panas saya, supaya lembut sikit untuk ditelan, terutama bahagian tepi roti bakar. Untuk orang tua, macam kurang sesuai kot, order roti ini yang dibakar, sebab keras. Dah la saya lupa yang saya baru juga buat rawatan gigi lima hari sebelum itu, jadi banyak mengulum roti dulu, baru dapat telan.
![]() |
| Living house fried rice. |
Nasi goreng signature cafe. Ada kepingan ayam digoreng, bersama telur goreng mata. Ada papadom dan timun. Sambal pun ada. Bila hidangan ini sampai, suami saya cakap, haa.. elok ada sambal. Sebab biasa bila dia makan nasi goreng kedai tomyam, kalau tak diberi, suami akan minta sambal belacan.
Seperti biasa, hidangan kami kongsi-kongsi makan berdua, jadi boleh sama-sama merasa.
![]() |
| Sungguh semangat pakcik ini makan nasi goreng. |
Alhamdulillah, rasa makanan boleh diterima. Tapi suami saya kata, nasi goreng kampung kedai tomyam Nurhayati Maju dekat rumah lebih sedap. Ye la, kan kegemaran suami, nasi goreng kampung dia, mana boleh challenge, hehe...
Overall, satu tempat makan yang sesuai dikunjungi seisi keluarga, sebab menu dia ada macam-macam juga, contohnya nasi lemak, pastries seperti croissant, pancake, set sarapan, set sandwich, mihun, muffin, macam-macam lah.
Nampak macam agak panas, sebab ruang yang besar seperti gudang dan bercermin pula. Tapi, kami rasa selesa sepanjang duduk di dalam cafe. Aircond banyak dan besar. Mungkin juga sebab kami datang waktu petang. Kalau waktu pagi untuk sarapan, boleh jadi silau kot, lain kali boleh cuba.
![]() |
| Gambar ambil dari tempat parkir kereta. |
Kali ini, saya ada simpan resit makan di sini. Jom tengok.
☕ Living house fried rice RM18.90
☕ Sourdough toast RM9
☕ Cappuccino iced RM12
☕ Coffee black hot RM8
Jumlah harga, RM47.90.
Agak pricey sikit la. Standard americano kosong kalau cafe lain di tempat saya, RM6 secawan, lebih kurang.
Baik. Sekian laporan minum petang kami.
Noah Roastery Cafe
Alamat: Lot 41&42, Jalan Raja Omar, Sitiawan, Perak.
Buka setiap hari, dari 8.30 pagi hingga 10 malam.
Jumpa lagi, ya. 💗










Thx dah bagi laporan minum petang, hihi.. kadang nasi goreng kampung yg digoreng cincai je lagi sedap. Betul tak tot?
BalasPadamAduh aduh, terbayang gigih mengulum roti sourdough sebab baru 5 hari lepas buat rawatan gigi! 😂 Tapi nampak sedap sangat gaya makan nasi goreng tu. Tang sambal belacan / sambal tumis tu wajib ada untuk anak tekak kita kan, barulah 'kick'..tapi minggu lepas SA x buat sambal belacan pun...
BalasPadamcantik juga cafenya..nasi goreng kedai tomyam fav husband tu pasti la die suka sbb slalu mkn kn
BalasPadamKafe konsep glass house macam Noah Roastery Sitiawan ni memang aesthetic betul! Ruang luas dan siap ada sijil halal baru rasa tenang nak chill.
BalasPadamWahh..Menarik ni =D
BalasPadamCantik betul Noah Roastery ni. Estetik dan pasti banyak tempat untuk ambil gambar kan?Harga makanan tempat sebegini biasanya memang pricey sebab kita bayar sekali untuk ambience dia begitu. KSarie dan roti sourdough setakat ini tidak berjodoh lagi sebab keras naw rotinya
BalasPadamNampak cantik dan estetik la kalau coffee house sebiji bangunan macam ni. Mungkinkah bangunan sendiri, jadi dia boleh bina ikut impian dia, dengan dinding kaca dan banyak tumbuhan hidup. Lebih bagus lagi usaha owner utk dapatkan pengesahan halal. Rasa berbaloi jugak harga yg dibayar dengan suasana. Kadang memang tak dinafikan mungkin rasa makanan di tempat biasa² lagi sedap tapi kalau sesekali makan tempat macam ni, pun best jugak tu.
BalasPadam