Pada pagi Rabu, 22 Julai 2026 yang lepas, saya dan suami pergi jalan-jalan cari makan di kawasan sekitar Manjung. Ronda punya ronda naik kereta, kami sampai ke kawasan Ayer Tawar, Perak.
Ada satu tempat sarapan ini, selalu penuh orang. Jadi, kami tak pernah singgah. Tapi pada hari itu, jam masih agak awal. Kurang orang. Tapi warungnya sudah dibuka. Jadi, suami pun ajak singgah sarapan di situ.
![]() |
| Warung Pak Wan, Ayer Tawar, Perak. |
Sudah ada yang sedang bersarapan. Tempat duduk banyak. Dari luar nampak macam kecil saja tempatnya. Tapi bila masuk dalam, ada banyak tempat duduk.
Bau wangi roti canai semerbak waktu kami melangkah masuk ke warung. Ada pintu masuk lebih besar, tapi kami masuk ikut pintu belakang, berhampiran dapur roti canai. Itu yang semerbak je menggoda baunya.
Kami pilih tempat duduk di tepi. Sudah tersedia menu di atas meja. Kita hanya perlu tulis pesanan pada kertas pesanan yang tersedia di dalam bekas alat tulis yang turut diisi dengan sebatang pensel.
Selepas hantar pesanan makanan, kami tak tunggu lama pun. Laju saja sudah siap makanan. Jom tengok kami makan apa.
![]() |
| Suami pesan mi kari. |
Hmmm... kurang nampak pula mi-nya. Sekejap, gaul rata dulu mi kari.
![]() |
| Okay, mi kari, setelah gaul rata. |
Okay juga rasanya. Boleh tahan sedap.
![]() |
| Saya pesan nasi lemak spesial. |
Nasi lemak spesial ada ayam goreng, dan telur dadar bawang. Sedap. 😋 Satu hidangan yang mengenyangkan.
Selain itu, suami ada pesan menu ekstra, saja sebab tak pernah jumpa di kedai lain.
![]() |
| Roti cobra daging. |
Sambal daging di atas roti canai yang garing itu, agak pedas. Berpeluh-peluh makan. Tapi memang lazat.
![]() |
| Sesuap roti canai bersama telur goreng kuning cair. 😋 |
Kelihatan juga dalam sudu di atas, ketulan daging kecil. Orang buat roti canai ini tidak menggunakan daging kisar, tapi daging yang dipotong kecil.
Secara keseluruhannya, semua menu ada rasa. Boleh ulang datang lagi lain kali ke Warung Pak Wan ini, untuk sarapan. Cuma perlu datang awal untuk elakkan orang ramai.
Menu di Warung Pak Wan
☕ Menu roti canai di Warung Pak Wan ini ada banyak. Selain pelbagai jenis roti canai, ada juga roti arab, dan murtabak. Selain kari biasa, ada juga kari kambing.
☕ Menu bihun, mi dan kuetiau juga ada pelbagai iaitu sup dan kari.
☕ Menu nasi lemak pula ada biasa, telur, ayam, pattaya dan spesial. Nasi lemak pattaya saya tidak pernah jumpa lagi.
![]() |
| Nescafe tarik |
Mula-mula memang pesan minum air suam. Bila tengok orang minum minuman tarik banyak buih, tergoda kita. Terus pesan nescafe tarik. Sungguhlah iman senipis kulit bawang.
Alhamdulillah. Rezeki dapat makan sarapan yang sedap. Perut kenyang, suka hati. Masa kami nak balik, sudah bersusun kereta di tepi jalan, orang nak makan di Warung Pak Wan ini.
![]() |
| Jalan yang kami lalui untuk pulang ke rumah. |
Dari Sungai Wangi, Ayer Tawar ke Kampung Baharu, Manjung, Perak. Kurang kenderaan. Tiada kesesakan langsung. Cuaca baik, langit cerah.
Sekian laporan sarapan di Warung Pak Wan.
Warung Pak Wan
Alamat: 51, A178, Taman Bistari, 32400 Ayer Tawar, Perak.
Masa operasi: 7 pagi hingga 12 tengahari. Tutup setiap Isnin.
Jumpa lagi, ya. 💗








I am so glad you enjoyed a good breakfast. Thank you for sharing.
BalasPadamThank you, Linda, for your kind words. And thank you, for reading.
PadamTengah diet ni...tengok plak mee kari..roti cobra, nasi lemak..alamak....telan air liur dibuatnya
BalasPadamHehe.. sori ye, SA. Harap program diet SA berjalan dengan lancar.
PadamUntung juga pergi awal pagi tak ramai orang. Bau makanan tu buat rasa tak sabar nak makan je kan. Bagus jugalah service laju.
BalasPadamNasi lemak dia kalau saya pun dah kenyang tu, satu pinggan penuh macam-macam ada.
Umangaiii roti cobra ek. Rare betul nama. Kat sini ada roti biawak garing. Roti canai bentuk biawak. Aduh, tak lalu rasa nak makan rupa biawak tu. huhu...Yang ni masih boleh diterima sebab tak ada rupa cobra. Yang pedas tu yang lazat bagi pempedas macam kita.
Saya pun tergoda juga dengan teh tarik berbuih tu. Lama tu tak pesan teh tarik. Asyik kopi je kan.
Roti biawak garing? Tudia laa.. mana datang nama roti² ni ya, Fizah. 😁
PadamBetul, nikmat minum air bertarik ni. Hirup panas², peh...
Menariknya roti cobra daging tu. Tak pernah jumpa lagi. Ala2 sarang burung juga. Nasi lemak telur dadar pun jarang sangat orang buat. Kreatif la juga owner tu.
BalasPadamHa ah, lebih kurang roti sarang burung, Cie. Ya, bagus tuan kedai ni, sediakan menu yang lain dari kedai biasa.
PadamSy suka roti canai yang dimasak oleh org melayu kita. Rasa dia lain dgn roti canai mamak..=D
BalasPadamAda ngeye, Nieza. 😋
PadamSedapnya kalau dapat makan roti canai orang melayu...
BalasPadamBetul, Linda. Memang sedap.
PadamRoti canai cobra tu ala² roti canai sarang burung rupa dia
BalasPadamHa ah, lebih kurang.
PadamRoti cobra first time dengar, nampak sedap tapi pedas ya
BalasPadamYa, Mulan. Sambal agak pedas, sampai berair hidung. Tapi memang sedap.
PadamSelamat menjamu selera.
BalasPadamNampak sesedap semuanya
Terima kasih, Wak.
PadamMemang sedap, Wak. Alhamdulillah.
Uwaaah namanya roti cobra , baru dengar saya 😍😄😄. Tp memang dari penampakan pun sedap nih kak. Menarik semuanya. Apalagi pakai ketulan daging 😍. Kuah pedas makin sukalaaah. Jrg ketemu kuah yg betul2 pedas
BalasPadamFanny sukalah kuah pedas-pedas macam ni, kan. Hehe..
PadamUish…sedap semuanya Nur. Kalau saya pun tak tahan godaan, itu nak ini pun nak. Tu yang bahaya bila saya bermusafir berhari-hari, asyik makan sedap. Balik rumah timbang naik berkilo-kilo!
BalasPadamSeram pulak nama roti canai cobra 😅
Hehe... baik merasa, Ujie, kalau teringin. Kalau tak merasa, nanti malam terbayang-bayang. 😁 Saya pun tak nampak rupa cobra bila roti tu sampai. Tapi tak kisahlah, sebab sedap. Hehe...
PadamSemua nampak sedap. Meleleh air liur. Hehe
BalasPadamMemang sedap, Syaz. Boleh repeat lagi lain kali. Patut ramai orang kedainya.
Padammenarik lah roti cobra daging tu, memang susah nak jumpa dekat tempat lain. kalau saya pun order menu unik jugak hehe
BalasPadamHa ah, sebab tak pernah jumpa, itu yang rasa macam nak tengok, sedap ke idok. 😁
PadamRoti canai cobra tu tak pernah jumpa lagi. Tapi sedaplah kalau ada hirisan daging kecil² gitu.
BalasPadamMemang sedap, PH. Alhamdulillah.
PadamMampu bw je ni nur... blog kita pun dah terpalit sama huwaaa😭😭🫥
BalasPadamDah okay dah kan, Ako. Hehe...
PadamRoti cobra tu saya pernah makan di Semporna. Sedaplah.
BalasPadamKannn... kak Amie. 😋
PadamSedapnya roti cobra! Pernah order roti sarang burung tapi orang tu tak pandai buat, tak garing dan ada part yg kurang masak huhu.
BalasPadamHaa.. kena cari kedai yang pandai buat tu. Boleh buat carian google dulu dan tengok kedai yang ada rating bintang banyak.
PadamFirst time dengar roti cobra. Semua menunya nampak sedap. Nasi lemak special ada ayam goreng tuh paling KSarie berkenan. Masuk dalam bucketlist yang entah bila hendak sampai tuh ye😅
BalasPadamHehe.. sila, sila, KSarie. Mana tahu kan, kot tersampai Ayer Tawar, Perak.
PadamUnik dan tidak pernah jumpa roti cobra daging. Cobra itu bukan ular tedung ke?
BalasPadamHa ah, ular tedung. Cuma saya tak nampak kesamaan nama menu dengan rotinya. Tapi tak kisahlah tu, asalkan sedap. Hehe...
PadamMemang tempat tumpuan lah eh.
BalasPadamPagi-pagi dah ada mee kari, tempat kami warung-warung biasa tak jumpa jenis-jenis berkuaj ni. Roti cobra tu pernah makan kat KK sebab masa tu macam viral je makanan kat satu tempat food court.
Ha ah, kak. Port sarapan penduduk setempat, gitu.
PadamSini mi kari pagi-pagi memang senang nak jumpa, banyak tempat sarapan ada menu berkuah pagi-pagi.
Uiihh sedapnyaa roti canai atas telur pecah. Kena pulak kari daging. Licin pinggan.
BalasPadamBetul, Faa. Alhamdulillah, memang sedap dan boleh repeat lagi.
Padam