Salam hari Jumaat yang mulia, kepada semua pembaca sekalian.
Entri kali ini, saya nak ceritakan tentang kejadian pada hari Khamis, 13 Ogos 2026 yang lepas.
Saya tidak keluar jalan pagi di padang. Duduk rumah saja, jalan guna walking pad.
![]() |
| Rekod berjalan guna walking pad. |
Berjalan selama 1 jam 8 minit, dengan jarak 5.01 kilometer. Kalau di rumah, biasanya sambil melayan movie Netflix.
Ada isu dengan mesin basuh. Tak siap-siap membasuh, padahal baju sudah masuk sebelum subuh. Itu yang jalan di walking pad dulu. Kawasan saya ada masalah tekanan air rendah. Itu yang air ke mesin basuh kecil saja. Ini berlaku pada musim panas tak hujan-hujan pada tarikh draft entri ini.
Tapi saya tetap memasak. Air ada. Cuma sesetengah paip, air jadi perlahan.
![]() |
| Ayam lemon |
Saya goreng ayam dulu, menggunakan tepung Bestari. Nak resepi ke? Saya pun sudah lupa saya salin mana resepi ini.
Resepi Ayam Lemon
Goreng ayam salut tepung.
Bahan dan cara-cara buat sos:
1. Halia dan bawang putih dihiris dan tumis.
2. Lepas naik bau dan keperangan, masukkan air sikit, kiub pati ayam atau daging (terpulang), sos seafood atau tiram, dan sos ikan.
3. Masukkan perahan jus lemon sebiji .
4. Gula masukkan sikit. Sos ini kena manis sebab kena imbangkan rasa masam lemon.
5. Bila sudah menggelegak, baru masukkan bancuhan tepung jagung.
6. Akhir sekali, renjiskan minyak bijan dan curahkan sos atas ayam.
![]() |
| Ayam lemon 😋 |
Ayamnya banyak, sosnya sikit. Hehe.. takpe la. Habis juga, makan.
Dulu masa saya kerja di Menara Tan & Tan di Jalan Tun Razak, KL, hari-hari lunch hour, saya beli lauk ayam lemon atau ayam sos oren, bergantung la, menu harian dia berubah-ubah di medan selera bangunan. Suka lauk ni, sebab nak buat macam malas, kena goreng ayam dulu.
Baiklah. Pejam celik, pejam celik, sudah hari Jumaat. Esok Sabtu, nak berjimba dekat mana tu? Hehe..
Jumpa lagi, ya. 💗



Musim panas ni pun boleh menjejaskan bekalan air juga sebab kering kawasan tadahan air kan. Lama sangat tak hujan. Dengan jerebunya lagi.
BalasPadamLauk sedap ni tapi tulah nak goreng ayam dulu tu jadi leceh sikit kan. Rasa macm lepas goreng tu nak terus makan je. hihihi...
Eh sedaap lah ayam masak lemon. Pernah coba, dan sausnya itu memang buat makan bertambah. Manis, asam, dan wangi lemon berasa sekali ❤️❤️.
BalasPadamWow..Sedap ni sis =D
BalasPadamAda rasa lemon masam-masam tentu sedap. Saya seingatnya tak pernah makan dan masak menu gini. Menu ayam sos oren tu lagilah tak pernah tahu 😄
BalasPadamAyam goreng lemon tak ada peminatnya tapi kalau ayam masak sambal laju je atau ayam masak merah memang licin
BalasPadamSedap.. sedap..
BalasPadamBiasa makan yang kat Pak Li Kopitiam je.
Situ kira signature dish dia lah.
Ni sedap ayam lemon, kami selalu buat. Satu family suka 😍
BalasPadamblogwalking di tengah hari sambil mencari idea nak masak apa hihi. Thank you sis share resepi. :D
BalasPadamSedapnya ayam lemon. Pernah buat tapi macam tak sampai rasa dia tu. Pernah makan di area Ara Damansara kedai cina muslim sedap betul ayam lemon dia. Kat Raub pun ada 1 kedai tu selalu kami makan situ. Tapi sejak status kehalalan diragui tu tak pi dah.
BalasPadam