Ayam lemon
Salam hari Jumaat yang mulia, kepada semua pembaca sekalian.
Entri kali ini, saya nak ceritakan tentang kejadian pada hari Khamis, 13 Ogos 2026 yang lepas.
Saya tidak keluar jalan pagi di padang. Duduk rumah saja, jalan guna walking pad.
![]() |
| Rekod berjalan guna walking pad. |
Berjalan selama 1 jam 8 minit, dengan jarak 5.01 kilometer. Kalau di rumah, biasanya sambil melayan movie Netflix.
Ada isu dengan mesin basuh. Tak siap-siap membasuh, padahal baju sudah masuk sebelum subuh. Itu yang jalan di walking pad dulu. Kawasan saya ada masalah tekanan air rendah. Itu yang air ke mesin basuh kecil saja. Ini berlaku pada musim panas tak hujan-hujan pada tarikh draft entri ini.
Tapi saya tetap memasak. Air ada. Cuma sesetengah paip, air jadi perlahan.
![]() |
| Ayam lemon |
Saya goreng ayam dulu, menggunakan tepung Bestari. Nak resepi ke? Saya pun sudah lupa saya salin mana resepi ini.
Resepi Ayam Lemon
Goreng ayam salut tepung.
Bahan dan cara-cara buat sos:
1. Halia dan bawang putih dihiris dan tumis.
2. Lepas naik bau dan keperangan, masukkan air sikit, kiub pati ayam atau daging (terpulang), sos seafood atau tiram, dan sos ikan.
3. Masukkan perahan jus lemon sebiji .
4. Gula masukkan sikit. Sos ini kena manis sebab kena imbangkan rasa masam lemon.
5. Bila sudah menggelegak, baru masukkan bancuhan tepung jagung.
6. Akhir sekali, renjiskan minyak bijan dan curahkan sos atas ayam.
![]() |
| Ayam lemon 😋 |
Ayamnya banyak, sosnya sikit. Hehe.. takpe la. Habis juga, makan.
Dulu masa saya kerja di Menara Tan & Tan di Jalan Tun Razak, KL, hari-hari lunch hour, saya beli lauk ayam lemon atau ayam sos oren, bergantung la, menu harian dia berubah-ubah di medan selera bangunan. Suka lauk ni, sebab nak buat macam malas, kena goreng ayam dulu.
Baiklah. Pejam celik, pejam celik, sudah hari Jumaat. Esok Sabtu, nak berjimba dekat mana tu? Hehe..
Jumpa lagi, ya. 💗



Tiada ulasan:
Catat Ulasan