Ini cerita pada hari Khamis, 6 Ogos 2026 yang lepas.
Saya marah sebab anak sulung, Amirul, cakap nak balik semalamnya. Saya sudah simpan nasi goreng petai dengan sayur dan telur atas meja. Tengok-tengok sampai ke sudah dia tak balik. Bila suami balik kerja tengah malam, tengok Amirul belum sampai, dia whatsApp tanya Amirul. Amirul cakap dia tidur rumah kawan di KL. Saya tak suka tengok makanan tunggu atas meja, tiada siapa makan. Suami saya kerja long hours untuk cari rezeki saya dan anak-anak makan. Jadi saya tak suka pembaziran makanan. Suami simpan makanan dalam peti sejuk. Amirul patutnya bagitahu atau mesej, supaya kami tidak risau tapi dia diam saja. Dia kata rileks la. Kan dia sudah cakap dia singgah KL sebelum balik Manjung. Ye, tapi dia tak bagitahu dia nak tidur KL. 😒
Waktu pergi briskwalk pagi, hati saya rasa sakit. Saya tahu perasaan ini tak elok. Saya sebagai ibu harus redha dengan anak-anak. Saya istighfar banyak-banyak. Tiada mood untuk briskwalk. Baik pergi makan, bagi happy.
![]() |
| Rekod berjalan pada hari tersebut. |
Satu pusingan saja pusing padang. Biasanya, saya buat dua pusingan. Gambar pun tak ambil. Kalau tak, saya ambil gambar padang atau langit waktu briskwalk.
Jomlah pergi makan. Peduli hape aku, esoknya ada ujian darah. Lantak pi la tak payah IF. Not in the mood.
Kami pergi sarapan di Warung Pak Wan, Ayer Tawar.
![]() |
| Roti banjir special |
Kami makan kongsi-kongsi, supaya sama-sama dapat merasa. Saya rasa, roti canai Warung Pak Wan ini, yang paling sedap la, saya pernah rasa. Kalah kedai-kedai lain. Patutlah Warung Pak Wan ini selalu ramai orang.
![]() |
| Air lemon kosong suam, dua. |
![]() |
| Roti bakar telur goyang |
Jumlah harga sarapan kami ialah RM19.80. Alhamdulillah. Semua sedap.
Sebab saya seorang ibu yang selalu sediakan makanan bila anak-anak nak balik. Jadi, anak-anak macam ambil mudah. Mungkin saya perlu jadi ibu yang tak peduli anak-anak lapar atau tak. Buat apalah saya susah-susah masak sampai berpeluh di dapur tu. Buat penat je. Nak tahu tak... kalau saya kurangkan sikit kerja domestik saya sebagai surirumah ni, saya boleh update 2-3 entri sehari dekat blog. Dari zaman anak-anak sekolah lagi. Dia orang tak pernah pergi sekolah dalam keadaan lapar. Saya hari-hari bangun awal sediakan sarapan. Saya ada baca, ada budak kurang bernasib baik, pergi sekolah, lapar perut. Waktu rehat baru dapat makan. Tapi anak-anak saya mana tahu, sebab dia orang sentiasa bernasib baik.
Entah kenapa saya sakit hati sangat, tak tahulah. Padahal anak sulung sudah 23 tahun. Patut saya boleh lepas dah. Malas fikir dah. Mungkin sebab dia belum habis belajar, kot. Kalau dia sudah habis belajar dan sudah bekerja, lainlah cerita. Ini, kita tanggung dia lagi. Inilah ups and down jadi seorang ibu di rumah ini.
Memang lepas itulah, saya mula masuk gua tu. Barulah sejuk sikit hati. Kena selalu mengaji. Bila terjaga malam, solat. Barulah saya okay. Kena let go beberapa benda dalam kepala otak. Serahkan pada Allah saja, dan berdoa. Anak-anak bila sudah besar, ada pemikiran deme sendiri. Cuma saya harap dia orang tak membelakangkan kami. Semoga Allah beri saya kekuatan dan ketabahan dalam menangani karenah anak-anak. Semoga kome, pembaca yang sedang membaca ini pun baik-baik saja, tidak alami sebagaimana saya alami.
Itu yang kakak saya cadang saya pergi bercuti tu. Sebab saya sentiasa ada. Kena bagi suami dan anak-anak merasa saya tak ada di rumah. Bila last sekali ya? Oh, waktu saya pergi umrah, awal tahun 2025, itulah kali terakhir saya cuti. Entahlah....
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗





Sabar ya Nur... Biasalah anak-anak dah makin besar ni, kadang-kadang fikiran mereka lain sikit dan terlepas pandang perasaan kita yang sentiasa risau kat rumah. Tapi betul kata Nur, yang penting kita doakan yang terbaik untuk mereka. Makanan kat Warung Pak Wan tu memang nampak sedap sangat, terutamanya roti banjir tu! Sekali-sekala merajuk & reward diri sendiri makan sedap pun memang perlu untuk 'charge' balik emosi. Stay strong ye Nur..SA pun alami benda yang sama gak...samada Dania atau Khalaf...pening kadang2
BalasPadamI feel u Nur. Even bkn anak sendiri tapi semua pun membesar depan mata jadi perasaan as 'ibu' tetap ada. Memang bdk² skrg ni tak faham kesusahan kita membesarkan diorang sbb bg diorang sume dah depan kata. Nak itu dpt, nak ini dapat. Beza zaman kita membesar, nak dptkan sesuatu kena usaha. Risau juga masa depan diorg ni..boleh ke diorang berdikari dalam zaman yg x sama mcm dulu.. pape pun harap nur byk itiqfar dan bersababr.. ckp.mmg senang tp yg merasai je tau perasaan geram dan amarah tu
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamalahai anak, kenapalah buat ibubapa macam ni...akk baca pun rasa sedih, bersabar ya Nur...sedap roti canai kuah banjir..
BalasPadamCie kalau jadi kak tot pun akan rasa nak marah kalau dah tinggalkan makanan tapi tak balik pulak. Suami Cie pulak balik kerja lambat kalau keluar daerah tapi tak bagitau. Kita dah sedia makanan. Lama2 Cie dah tak sedia makanan kalau dia kerja luar daerah. Ada masa dia tanya pulak ada makanan tak. Jawapan Cie takde. Pandai2 la dia makan dulu sebelum balik. Hati kita pun tak sakit.
BalasPadamanak2 .. biasa la, selalu amik mudah benda2 mcm tu kan...sabar yer
BalasPadamSemoga kita kuat dalam mnjaga hati sndiri & mnjaga anak2 yang makin melangkah ke alam remaja/dewasa.Amin
BalasPadamIn sya Allah kita usahakan mendoakan anak-anak sentiasa dirahmati Allah tidak kira di mana mereka berada, sentiasa menjadi penyejuk hati ibu dan ayah, dikelilingi oleh orang yang baik-baik dan menjadi anak soleh dan solehah. Memang banyak kita hendak kena bersabar dan berlapang dada kan sebab perspektif kita dan mereka biasanya berbeza. Hendak mencari titik pertemuan itu yang kadang-kadang jenuh. Tiba-tiba teringat kepada satu bab di dalam salah sebuah buku oleh Tuan Hasrizal Abd Jamil bila anaknya bertanya 'adakah abi akan terima saya sekiranya saya LGBTMNOPQRS' macam itu la lebih kurang soalannya. Tuan Hasrizal jawab 'tetaplah pulang kepada umi dan abi kerana walaupun hati umi dan abi akan remuk tetapi kamu tetap anak kami dan kami mendoakan kamu diberikan hidayah' lebih kurang macam tu jawapannya. Bila KSarie baca kisah ini, KSarie terus teringat kepada ayat Quran yang mengatakan 'barangkali anak-anak adalah ujian kepada kita'. Ada juga ceramah yang mengatakan menjadi ibu bapa ini kena banyak berdoa untuk anak-anak kerana hati anak-anak dan kita semua Allah yang pegang. Semoga dipermudahkan semua urusan kita, ibu bapa di dalam mendidik anak-anak agar menjadi orang yang dikurniakan kebahagiaan di dunia dan juga akhirat
BalasPadamPaham yg kakak rasakan. Sayapun akan marah jika dah sediakan makanan, tp tak bilang nak tidur tempat lain. Krn sayapun benci sangat pembaziran makanan.
BalasPadamKalau dipikir, dulu saat masih tinggal dengan orangtua, pernah juga saya tak nak makan apa yg sudah dimasak mama. Padahal saya tahu mama letih buat semua. Sekarang setelah jauh dari mama, baru terasa saya rindu masakan nya. Terkadang memang anak2 jadi paham setelah mereka jauh dari kita..
Sabar Kak Nur sabarrr..sejukkan hati.
BalasPadamSamalah kami pun, suka beli makanan kongsi-kongsi. Kadang makan separuh-separuh.
Generasi sekarang berbeza dengan generasi kita dulu. Dulu rasa bersyukur sentiasa ada makanan. Tak kisah mak masak apa, mesti makan bagi habis.
Terkadang macam tu lah. Antara sebab makanan terus masuk peti kalau dah habis waktu makan di rumah ni. Hehe pandai2 lah panaskan nanti kalau lambat.
BalasPadamFaham sangat perasaan kecewa tu. Mudah-mudahan lepas ni anak tu fahamlah yang samada balik atau tidak inform parents. Jangan ambil mudah. Bukan susah pun.
BalasPadam