Nasib baik sudah boleh komen dekat blog, kan. Saya dah merajuk dah. Best juga, ada time-out dari blog. Boleh juga buat sesuatu yang tak berfaedah seperti main Farmville 2:Country Escape. Eh! 🙈
Cuti sekolah seminggu berlalu dengan sangat pantas, kan. Hmm.. esok dua orang budak sudah kena pulang ke sarang. Bye bye....
Entri kali ini, saya nak cerita tentang aktiviti briskwalk solo saya, di Esplanade Lumut, pada hari Isnin, 10 Ogos 2026 yang lepas. Sudah lama saya tak bawa kereta Viva. Kereta lari saya dulu, ni. Tapi anak sulung, Amirul, sudah kidnap Viva, bawa ke Dungun. Bila dia cuti semester, barulah berpeluang bawa Vivaku yang comei, dan senang parking ini.
![]() |
| Kucing-kucing Esplanade salah orang ni. |
Kucing-kucing tu ingat, saya kakak pencinta kucing yang selalu bawa cat food. Sampai saya nak berjalan pun, kucing menghalang laluan saya. Sudah cakap pada kucing, salah orang la. Barulah kucing tak ikut saya berjalan.
![]() |
| Eh... eh.. ada lotong |
Lotong atau Dusky leaf monkey. Badan hitam. Mata macam pakai spek bingkai putih. 😁 Lotong ni, baik dan pemalu. Dia tak kacau kita, macam kera liar tu.
![]() |
| Di sana tu, jeti naik feri ke Pangkor. |
Bila jalan pagi, rasa a sense of accomplishment, sebab berjaya lawan malas dengan pandu kereta, keluar rumah, dan berjalan keluarkan peluh. Juga dapat tengok pemandangan cantik tepi laut, di Esplanade Lumut ni.
![]() |
| Pemandangan matahari naik |
Ada rombongan Cik Kiah tengah piknik, pakai baju hijau semua. Saya berjalan lalu di hadapan sekumpulan kakak-kakak sedang makan di tempat duduk batu yang disediakan sepanjang Esplanade Lumut.
Masa kawan dia cakap, tak jelas sangat butirannya. Sikit-sikit dapat dengar, lebih kurang dia cakap," Tengok orang tu (merujuk pada saya yang sedang lalu depan dia orang), rajin briskwalk, bukan macam kita, pagi-pagi sudah melantak".
Lepas tu, saya terdengar kawan dia balas, "Alah.. kalau Allah cakap kena penyakit, sakit juga.". Yang ini jelas kedengaran, sebab suara kuat.
Memang betul. Kita boleh usaha macam-macam. Tapi bila Allah cakap, "Jadilah", maka jadilah.
Kita tak boleh tutup mulut orang. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Apa yang orang cakap, menggambarkan orang itu bagaimana.
Hahaha.. pelik betul orang macam ni. Saya berjalan pagi sebab dengan berjalan, saya rasa happy. 🥰 Itu je. Lantak pi la, apa orang nak cakap. Sudahlah, puiii...
![]() |
| Rekod berjalan pada hari itu |
Tudia, lebih lama dari biasa saya berjalan, berbanding berjalan pagi di padang. Sini seronok tengok laut, jadi ambil lebih masa, santai-santai. Berjalan selama 1 jam 9 minit, dengan jarak 4.31 kilometer.
Syukur, Alhamdulillah, atas nikmat sihat yang Allah berikan.
Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca sekalian.
Okay. Jumpa lagi, ya. 💗






syok berjalan tgk laut
BalasPadamAhhh... pedulikan orang... janji diri sendiri happy
BalasPadamBila la dpt jalan ke lumut lagi ni...
BalasPadam24jam jugak tak boleh komen tu. Lamanya tak jenjalan Lumut rumah kakak Cie.
BalasPadam