Selasa, 15 September 2026

Singgang ikan kembung

 Cerita saya masak apa pada hari Isnin, 24 Ogos 2026 yang lepas. 

Lauk singgang ikan kembung
Lauk singgang ikan kembung

Ikan kembung, saya beli di pasar minggu Batu 10, Lekir. Campur-campur, ada ikan mabong juga dalam satu piring. Beli ikan yang telah disusun siap banyak ekor atas piring, pelbagai jenis. Tapi saya sudah lupa saya beli ikan sepiring berapa ringgit. Itulah, masukkan gambar saja dalam draft entri. Lupa nak tinggalkan nota penting. Short term memory lost. Saya masak 3 ekor ikan. 

Resepi ikan singgang, saya rujuk dari buku resepi Masakan Kampung.

Resepi Singgang Ikan Tongkol (tapi saya ganti dengan ikan kembung)

Bahan-bahan:

Ikan tongkol, dibersihkan

🌸 1 biji bawang besar, 1 ulas bawang putih, 1 cm halia dan 1 cm lengkuas (Kesemua empat bahan ini dihiris halus)

🌸 1 batang serai, diketuk

🌸 1 biji cili merah/hijau, dibelah

🌸 Sedikit air asam jawa

🌸 Sedikit garam

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ikan. Masak hingga mendidih.

2. Kemudian, masukkan ikan, cili merah dan garam. Masak lagi hingga mendidih. Siap!

Ada resepi, tak guna air asam jawa, tapi guna asam keping. Kalau guna asam keping, sup singgang tu jadi jernih sikit.

Timun, sambal ikan, ayam bakar, singgang ikan kembung dan budu
Lauk-pauk pada hari tersebut

Ada timun sebagai ulam. Lauk dari peti ais, panaskan, sambal ikan. Ayam bakar beli di pasar minggu Bota, saya panaskan. Lauk baru masak hari itu, ikan singgang. Mangkuk untuk budu, ada bawang, cili padi dan limau kasturi. Budu belum masukkan lagi, tunggu meal time, baru tuang budu.

Bila masak singgang, mesti ada budu. 

Makan tiga beranak di meja makan. Mama makan bertambah. Seronok makan bersama. Selalu, ada budak tu suka makan dalam bilik, atau kami makan depan TV. Harus buat selalu, makan di meja makan. 

Alhamdulillah. Hari ini, kome nak masak apa? Makan apa hari ini?

Baiklah, jumpa lagi, ya. 💗

8 ulasan:

  1. Sedapnya Nur lauk singgang! Sy suka tapi suami dan anak² kurang gemar :(
    Memang kena gu dengan budu, baru terangkat hehe

    BalasPadam
  2. Kalau demam pekena lauk singgang sedap kan hirup kuar je dah berpeluh.

    BalasPadam
  3. Saya suka lauk singgang tapi tidak guna lengkuas.
    Lauk menyihatkan.

    BalasPadam
  4. Baru masak singgang minggu lepas, sedap hirup kuah. Ehh kita lupa letak serai.

    BalasPadam
  5. sama lah, kalau makan tak bagi makan asing-asing. senang nak kemas satu hal, bonding time pun ye jugak sebab bukan selalu dapat makan sama-sama.

    BalasPadam
  6. Menu singgang ni memang sesuai dengan budu & ulaman. Sedapnya.

    BalasPadam
  7. Sedapnya menu ikan singgang. Saya suka guna ikan kembung. Sedap manis rasa isinya. Ikan lain macam tak pernah buat lagi. Tapi singgang saya versi kuning dan jernih gitu. Versi macam ni tak pernah cuba buat lagi.
    Sesekali masak ikan kembung singgang sedap betul. Kena makan panas-panas baru best menghirup kuahnya tu kan.
    Seronok dapat makan sama-sama.

    BalasPadam
  8. Air Asam Jawa.... resepi baru ni sebab tak pernah lagi msk singgap letak asam jawa.. boleh try la lepas ni huhuu :D

    BalasPadam